Jul 6, 2014

Geng Mata Zombie

Nampaknya, sejak semalam, Abil secara rasminya sudah jadi  geng mata zombie macam maknya. huhu

Sebenarnya, sebaik kami membawa balik kak Dina ke rumah dari asrama (akibat sakit mata Rabu lepas), memang saya sangat sangat risau kalau ia berjangkit (dan saya tahu, risiko berjangkit adalah sangat TINGGI. Conjunctivitis is highly infectious. Tapi nak buat macamana kan, tawakal ajelah.

Saya harapkan selepas saya, tak ada lagi yang sakit mata.  PALING saya risaukan, Abil. Saya tahu betapa tak selesa, pedih dan sakitnya mata bila kena conjunctivitis ni. Akhirnya, sehari selepas saya dijangkiti, Abil is next.  Allah nak uji dengan sakit. Sakit penghapus dosa.*sabar*

Sejak bermata zombie, saya tengok Abil kerap ke depan cermin untuk lihat keadaan matanya. Saya rasa behaviour ini sangat 'cute'. Kenapa? Sebab selama ni, nampak seolah-olah Abil ni tak pernah peduli apa yang berlaku di sekelilingnya, termasuk dirinya sendiri. Tapi, kali ini dia peka, mungkin rasa tak selesa dan pedih pada matanya menyebabkan Abil nak cari punca dan tengok sendiri di cermin. I like :)

Yang tak best-nya, dia tak tahan menggaru. Memang GATAL mata zombie ni haha. Sangat gatal.  Saya sendiri pun kadang-kadang tak tahan. Tapi kalau digaru, makin pedih. So, TAHAN ajelah selagi mampu.

Paling tak best, dia sangat TAKUT dengan ubat titis mata. Ya Allah, memang cabaran besar untuk kami. Nak letak eye drop saja pun macam nak bergaduh, macam kena dera! Meronta-ronta bagai nak rak. Buat cara lembut, tak berjaya. Cara paksa, pun gagal! Allah..

Saya buat demonstrasi, ayahnya titiskan ke mata saya, dia tengok. Ok. Bila tiba giliran dia, dia patuh bila disuruh baring. Nampak saja eyedrop, macam nampak hantu. hahahaha

Air masuk ke mata, walaupun setitis, is a BIG challenge for Abil. Masalah sensori. Saya akui, memang agak pedih bila dititiskan eye drop tu ke mata. Tapi rasa pedih itu mungkin berlipat kali ganda lagi dirasai oleh Abil. 


imej google

Untuk hari ni, saya kecualikan Abil dari berpuasa. Sakit mata, tak selesa dan lapar, not a good combination. Lagipun, as I said before, melatih anak berpuasa bukan satu perlumbaan. Memang sayang, dah cukup seminggu, kalau boleh memang nak dia teruskan berpuasa sehari penuh. Tapi kalau saya ikut rasa hati, objektif melatihnya berpuasa sudah 'lari'. So, saya rehatkan Abil berpuasa sehingga keadaan matanya beransur pulih insyaAllah.

Pagi ni, bila saya panggil Abil untuk breakfast, saya beritahu dia,

"Abil tak puasa hari ni, ok. Cuti puasa. Abil sakit mata. Dah sihat nanti, kita sambung puasa."

Dia diam, kemudian dia tengok muka saya, "Nak sekolah!" katanya. haha (bersemangat la pulak nak pergi sekolah, iyelah..rutih hari Ahad ;p)

"Tak sekolah hari ni, sebab sakit mata. Cuti. Duduk rumah." saya beritahu Abil sambil ketawa dalam hati. hehe

As for Zarif, dia sibuk berdoa nak jadi 'geng mata zombie' juga. Nak mc! haha sabo ajelahhh..

Baca tentang Pinkeye Infection (Conjunctivitis) di sini --> kidshealth.org

Salam Ahad :)



2 comments:

shogun_na said...

kalau saya pun, mcm adik Zarif jgk, nak MC...hahaha...

Semoga Abil dan kak Syida segera sembuh.

syida said...

tk ina.ni abg iwan pun dah kena semalam..