Jul 3, 2014

Hari Ulangtahun

Semalam. 2 Julai.

Bukan hari kelahiran. Ulangtahun perkahwinan pun bukan.

Hari ulangtahun kehilangan Betty :(

Betty hilang. Macam MH370. Hilang macam tu aje. Tak ada jejak. Tak ada kesan. Tak ada closure.

She was our very first cat. Kucing yang telah berjaya 'menghijrahkan' saya daripada seorang yang ignorant tentang kucing, bukan seorang peminat kucing kepada 'saya' yang ada pada hari ini.

Semuanya bermula bila (tanpa disengajakan), tugas memberi Betty makan menjadi rutin saya pagi-pagi. The rest is history.

Saya sekeluarga redha.. Semuanya hak Allah, pinjaman Allah.

Setiap kali teringat Betty, air mata mesti bergenang.  Ya lah, dah macam anak sendiri. Kami dah anggap macam famili. Saya harap dia sudah 'diambil' Tuhan. Tak boleh bayangkan kalau dia menjadi kucing jalanan atau dijaga oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab. Saya harap dia selamat di mana saja dia berada.


"Adik nak puasa betul-betul. Puasa macam orang dewasa. 
Nak masuk syurga. Nanti boleh jumpa Betty kan ma?" 


Itulah skrip Zarif beberapa hari yang lepas waktu saya membenarkan dia minum tapi dia enggan sebab azan Subuh dah berkumandang. Allahu Rabbi ...




Antara gambar kegemaran saya, Abil dan Betty

FYI, Betty adalah satu-satunya kucing yang Abil suka belai/usap. Walaupun sekarang kami ada 7 ekor kucing, lepas Betty hilang, setakat ni saya tak pernah lihat lagi Abil membelai mana-mana kucing (secara voluntary).





Takkan ada kucing serupa Betty. No cats can ever replace her.
Sekarang, rumah saya meriah dengan 7 ekor kucing yang saya selamatkan dari jalanan.
Mungkin itu hikmahnya. Allah mahu saya bantu lebih banyak kucing terbiar.




Cats are amazing creatures. Patutlah ia-nya haiwan kesayangan Nabi saw




Jom beri makan pada haiwan-haiwan jalanan.
InsyaAllah ada ganjaran dari-Nya :)
(imej google)




Cats. If u don't like them, at least don't hurt them.
-unknown 


2 comments:

dak-eiza said...

sedihkan..
anggapla ada hikmah disebalik kehilangan betty
meriah umah ada ramai kucing kann
saya anak beranak penggeli kucing huhu

syida said...

dolu2 saya pun penggeli kucing..bela betty awal2 dulu pun sbb kak dina yang suka sangat..akhirnya saya mengalah (syg anak punya psl)...dan akhirnya juga saya terjebak suka kat kucing hehe