Jul 5, 2014

Nak Kurma?

imej dari google

"Nak kurma?"
"Tak nak!"

Hadoi...susah betul nak pujuk anak-anak makan kurma sekarang ni, termasuklah Abil.
Setahun dua yang lepas, masing-masing masih boleh 'dipaksa' lagi.
Sekarang? Hmmm.....

Saya pernah bercerita tentang kosmos (oops!) kurma di SINI.

Memang bagus makan kurma ni, terutamanya waktu bersahur. Dua tiga biji kurma dan segelas meal shake Shaklee untuk saya saja pun dah cukup mengenyangkan. Tapi sayangnya sekarang anak-anak dah tak mahu langsung makan kurma. Rugi...rugi.

Banyak hadis yang menyebut bahawa makanan Rasulullah saw dan para sahabat ialah buah kurma.  Dalam Al-Quran juga, Allah ada menyebut bahawa Siti Maryam hanya memakan buah kurma kering ketika melahirkan Nabi Isa a.s.

Allah berfirman yang bermaksud "Makanlah (kurma) dan minumlah dengan penuh girang hatimu...." 

(Surah Maryam: 26)
Antara manfaat buah kurma:
  • Tahan lama tanpa rosak dan busuk.
  • Ubat penyakit minda, juga makanan yang mengenyangkan.
  • Sarapan pagi yang terbaik.
  • khasiat-khasiat buah kurma (zat besi, kalsium, tenaga, serat, vitamin C dan pelbagai mineral) sangat mudah diserap oleh badan.


**sumber: Buku Rahsia Minda Hebat oleh Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Hj Muhammad Zakaria


Kurma ni ada macam-macam jenis, rasa dan tekstur kan? Saya suka yang lembut-lembut dan 'basah' isinya. Anda?

Selamat berbuka puasa petang ini. Jangan lupa makan kurma tau :)

No comments: