Aug 27, 2014

Tak Rugi Buat Baik pada Haiwan

Kelmarin, saya bawa salah seekor kucing saya ke klinik haiwan. Sambil menunggu giliran, saya bersembang-sembang dengan seorang kakak (yang sedang menunggu juga). Kami bertukar-tukar cerita tentang kucing masing-masing.  Menurut kakak ini, kesemua kucing-kucingnya juga kucing kampung (macam saya). Dia tak sebutkan pula berapa jumlah kucing peliharaannya sekarang, tapi katanya, kebanyakan kucing-kucingnya 'dikutip' dari warung makannya dulu (sekarang beliau tidak berniaga di warung lagi).

Tempoh menunggu tidaklah lama sangat, tapi macam banyak je yang kami sembangkan. hehe

Ada cerita gembira dan ada juga cerita sedih. Dia bercerita bagaimana beberapa ekor kucingnya pernah didera/dipukul dan disiksa, bukan oleh orang dewasa, tapi kanak-kanak. Allah....

"Ada sekor kucing akak, baru beranak kecik, sedar-sedar dah hilang sehari dua, akhirnya akak jumpa dia dah lembik kena pukul dengan teruk dengan sorang budak lelaki (anak jiran)...."

Sedihnya Ya Allah...

"Akak tangkap budak tu, bawak pergi jumpa mak dia, tapi mak dia boleh buat muka selamba. Dia kata anak dia stres. Akak jawab balik, stres? habis tu kalau stres je, boleh pegi pukul binatang, pukul orang, buat suka hati...nak dera ke, nak bunuh ke? Puan tau tak, sekarang dia kecik lagi, dia siksa kucing. Nanti dah besar, saya tak heran kalau dia pukul orang pulak, silap haribulan dengan puan (maknya) pun dia pukul tau!"

Memang emosi kakak itu bercerita dengan saya. Akhirnya kucing beliau yang didera itu mati. Saya pun tumpang rasa marah dan kecewa. Astaghfirullahaladzim...

"Masa akak tinggal di flat masa kat KL dulu, akak bela kucing juga, dua ekor. Semua orang kat flat tu dah kenal, siap tolong kucing-kucing akak tu naik turun lif. Tapi akhirnya mati juga, kena baling dari atas dengan sorang budak, pak guard yang nampak dan bagitau."

Ya Allah, sampai macam tu sekali. Kesian kucing tu mati tersiksa :'(

"Akak pegi juga jumpa mak budak tu (dengan bantuan pak guard). Bila bagitau pada maknya, maknya ketawa! Ya Allah, bayangkan...betapa geramnya akak masa tu...anak buang kucing dari tingkat atas flat, maknya boleh gelak aje...Ya Allah.."

Saya dapat rasakan kekecewaan dan kemarahan kakak ini. Menganiaya haiwan, tak kiralah kucing, anjing dan sebagainya, bukan perkara remeh.  Ia satu perbuatan kejam dan tak patut dibiarkan.  Sekiranya kita rasa terancam dengan mana-mana haiwan sekalipun, ia bukan alasan untuk kita menindas mereka sesuka hati. Sebolehnya, cuba kaji, siasat dan cuba fahami serta elakkan membuat sebarang provokasi kepada mereka.  Haiwan-haiwan ini walaupun tak berakal, tapi mereka ada perasaan. Mereka ada emosi. Kadang-kadang, mereka boleh 'rasa' dan 'baca' fikiran kita.

Saya sendiri pernah lihat bagaimana kanak-kanak kecil menendang, memukul dan memijak kucing-kucing di depan mata.  Saya tak salahkan kanak-kanak ni (terutamanya yang masih belum mumayyiz), mungkin mereka nak 'bergurau' dan mengganggap haiwan-haiwan ini (biasanya kucing yang sering menjadi mangsa), macam objek atau mainan saja.  Yang sedih dan buat saya MARAH ialah apabila orang-orang dewasa (khususnya ibubapa) yang berada di sekeliling mereka, langsung tidak menegah dan menegur, apatah lagi menghalang anak-anak ini daripada mendera haiwan-haiwan itu. Mereka buat-buat tak nampak dan membiarkan saja.

Allah...

Sedarkah anda, what you give, you will get back?

Tahukah anda, menyayangi setiap yang bernyawa, ada pahalanya?

Bukankah kucing (atau anjing dan haiwan-haiwan lain) juga makhluk hidup ciptaan Allah, seperti kita juga?

Belajarlah menyantuni haiwan, ajarlah anak-anak kecil di sekeliling anda berbuat baik kepada haiwan. Laranglah mereka daripada bersikap kasar dengan haiwan. Buat baik pada haiwan adalah cool!




Kalau anda tengok di sekeliling, cukup banyak kucing-kucing dan anjing-anjing jalanan yang hidup terbiar dan tertindas. Dibuang di pasar/tepi jalan atau di parking lot, disimbah air/minyak panas, dibaling batu, dicucuh rokok atau api, dipukul, disepak dan diterajang, dilanggar dengan kereta tanpa rasa bersalah. Sebab itulah keadaan mereka cukup menyedihkan, comot, kotor, lapar, berkurap, berkudis, berpenyakit dan sesetengahnya, menjadi kurang upaya akibat didera. 

Mana perginya perikemanusiaan? Mana hilangnya kasih sayang?

Tak suka haiwan, tak apa. Tak suka kucing atau anjing, it's ok. Tapi janganlah diganggu atau berlaku kejam pada mereka.  Kalau anda mampu memberi makan, sedekahkanlah walau sedikit.  Tak perlu usap-usap dan pegang pun, cukuplah dengan memandang mereka dengan penuh ihsan dan doakan mereka.

Kalau boleh bantu haiwan-haiwan ini, itu yang terbaik. InsyaAllah ada ganjaran dari-Nya.




Melentur buluh biarlah dari rebungnya...





Sekian.




Aug 26, 2014

Abil menghafaz lagi..

dari google

Surah al-Ma'un. Abil mendengar dan mengikut kami baca surah ini sejak 5-6minggu yang lepas. Alhamdulillah, sekarang dia sudah boleh membaca sendiri dengan agak baik. Cara sebutan masih belum perfect, mungkin sekitar 90% betul bacaannya.  Ok sangat dah tu..boleh terus maju dan kena pastikan dia tidak lupa (sebagaimana surah-surah yang lain).

Sewaktu saya mencadangkan kepada suami untuk melatih Abil surah Al-Ma'un, dia agak keberatan.  "Boleh ke?" dia tanya saya. "InsyaAllah, kita cuba jelahhh.."

Yang saya suka setiap kali Abil belajar membaca surah (biasanya selepas solat berjemaah), dia fokus, nampak sangat berminat. Raut muka Abil setiap kali dia berjaya membaca surah, sangat priceless! Senyum, sengih dan ketawa sedikit (seolah-olah menunjukkan dia sangat berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian diri sendiri). Alhamdulillah.

Di peringkat awal, saya kurang pasti samada fokus dan minat ini sudah ada atau tidak. Waktu itu, saya kurang memerhati, mungkin juga saya sendiri sudah lupa.

Kadang-kadang Abil berkerut-kerut dahi atau buat 'muka ketat', terutama bila ayat-ayatnya agak panjang dan agak berbelit-belit, tapi setakat ni, takde insiden 'mengamuk' atau protes semasa belajar menghafaz surah-surah dari juzuk Amma.

Kalau sebelum ini dia suka surah al-Kautsar, sekarang dia asyik mengulang-ulang 3 ayat terakhir dari surah al-Ma'un. Entah kenapa dia berkenan sangat dengan ketiga-tiga penghujung surah ini :)

*setakat ini, saya masih belum berpeluang nak rakam video Abil menghafaz.

Sekarang, sudah empat lima hari kami mulakan surah Al-Fiil untuk Abil. Dari segi pembacaan, baru 30-40%. Kena praktis lagi dan lagi, insyaAllah.

Oh ya, surah Al-Fiil adalah surah kegemaran Zarif, sebab dia suka dengar cerita tentang tentera bergajah yang dikalahkan oleh burung-burung Ababil. 

Baca terjemahan surah Al-Ma'un di SINI.


Salam Selasa :)


Aug 24, 2014

Waktu Saya!

imej google


Masa untuk diri sendiri, ALONE. Yes, 'me' time!

Sejak anak-anak dah besar dan bersekolah, waktu pagi adalah 'waktu saya'.  

Bebas. Boleh buat sebarang kerja dengan tenang. Boleh berehat tanpa gangguan. Menikmati sarapan sambil menonton rancangan TV kegemaran saya (walaupun sekadar roti dan teh o, yang penting tak payah berebut remote TV dengan anak-anak, No more Disney XD!). Boleh buat apa saja. Nikmat :)

Well, biasanya waktu inilah yang saya gunakan untuk membuat kerja-kerja rumah. Basuh kain, sidai kain, lipat kain, gosok baju, sapu sampah, buang sampah, mop lantai, kemas dapur, kemas bilik, tukar cadar, cuci tandas, masak (ala kadar)dan blogging. Wahh, macam rajin sangattt haha

Tidaklah saya buat kesemua kerja-kerja ni sekaligus. Ada kerja yang mesti buat hari-hari, ada yang kena buat dua tiga hari sekali, ada pula yang dibuat seminggu sekali.  Kadang-kadang, ada yang hanya dibuat bila keadaannya dah terlalu kronik (saya pun selalu juga dilanda virus M(alas) hehe). Paling tidak pun, bila dah 'sakit mata' tengok bakul baju kotor dah penuh, habuk dan helaian rambut dah bersepah-sepah kat lantai atau karpet rumah, atau baju yang menunggu untuk dilipat dah semakin menggunung, memang kena produktifkan diri cecepat ;p

Bila tinggal seorang diri ni, disiplin diri sangat penting.  Kadang-kadang, lepas breakfast, rasa macam sedappp je kalau tidooooo atau lepak-lepak baca novel/majalah/suratkhabar sampai tengahari, tapi itulah, tidur/baring lama-lama pun nanti sakit kepala. Nak tak nak, habis je tengok MHI (program tv kegemaran saya pagi-pagi, kekadang saya layan gak Nasi Lemak Kopi O hehe), harusss lah punch in jadi 'bibik'.

**sedikit tips mengatasi rasa malas di waktu pagi; cepat-cepat buat solat dhuha :)



imej google



Waktu berseorangan juga, adalah waktu untuk 'reflection'. Waktu berfikir. Muhasabah diri. Inilah yang saya rasakan beberapa hari ini, saat-saat mengikuti perkembangan mh17 di kaca TV, akhbar dan media sosial.

Teringat pada mh370. Terbayang juga mereka yang berada di Gaza dan Syria.  Terkenang pada keluarga dan orang-orang tersayang, mereka yang telah 'pergi' dan paling utama, mereka yang masih berada di depan mata.


Betapa singkatnya kehidupan. Esok, lusa, minggu/bulan dan tahun depan, bukan jaminan. 

Berpisah dan bercerai mati.  Sakitnya bila kehilangan. Siksanya menanggung rindu.

Salam Takziah untuk semua yang terlibat dengan tragedi mh17 dan mh370.

Hari ini hari mereka. Bagaimana pula kita nanti? Mudah-mudahan beroleh husnul khotimah.

Rukun Iman ke 6, Percaya kepada qada' dan qadar.

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah, kekuatan dan kesabaran pada kita semua. Amiin.. 


Aug 21, 2014

Teringat Nemo

Teringat Nemo?

Yes, once upon a time, Abil memang crazy dengan Nemo. Tapi musim google, nyanyi dan hafal skrip-skrip Nemo dah lama berlalu.  Tetiba Nemo muncul semula. Semuanya lepas kami berkunjung ke Underwater World Langkawi dua tiga minggu lepas.




Belum habis lagi cerita Langkawi rupanya haha. Yang ini last, lepas ni bukak cerita lain lak hehe.Lokasi Underwater World Langkawi ni sangat dekat dengan motel tempat kami menginap, Langkapuri Inn. Boleh jalan kaki saja.  Ini adalah antara tempat terakhir yang kami berkunjung, sebelum berangkat balik.

"Nak pergi Aquaria! nak pergi Aquaria!" si Zarif mendesak-desak sebaik saja kami lalu depan kawasan Underwater World, sebelum sampai ke Langkapuri Inn dan skrip ini berulang-ulang kali kedengaran sepanjang kami di sana, sehinggalah akhirnya kami sampai ke sini pada hari terakhir. 

Apa yang saya perhatikan, Abil lebih fokus melihat ikan-ikan dan spesis-spesis hidupan laut lain di sini, berbanding semasa melihat haiwan-haiwan di Wildlife Park.  Bagaimanapun, samada dia khusyuk melihat ikan-ikan atau hidupan air itu sendiri atau menikmati pergerakan air, buih-buih, lampu-lampu dan objek-objek lain di dalam akuarium, tak dapat dipastikan.  FYI, individu autisme adalah sangat unik, cara mereka memerhati dan memahami sesuatu, berbeza dari individu tipikal.  Yang jelas, Abil sangat tenang di sini.

Semenjak dari trip ini juga, musim obses Nemo kembali. Ya lah tu, dia teringat Nemo selepas tengok ikan-ikan di sini. Anyway, saya layankan aje musim Nemo buat masa ini, so far ia-nya harmless dan masih terkawal.


Saya kongsikan sedikit visual semasa kami di sana :)










Anak-anak happy ke sini,  saya  puas hati :)

Kisah Langkawi Raya dah habis.

Sekian.



Aug 19, 2014

Rutin Tidur baru?

dari google


Rutin tidur Abil sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah agak stabil. Tidur awal sekitar jam 9 malam dan bangun pagi sekitar jam 5 atau 6 pagi. Dia tidur awal dan bangkit awal. Kebiasaannya, dia tidur terus menerus hingga pagi, kecuali waktu dia kurang sihat, jika dia sugar-high dan tidak banyak aktiviti di waktu siang (bila malam, masih bertenaga).

Dulu-dulu, waktu umurnya 2-6tahun, memang kerap rutin tidurnya 'bercelaru'. Tidur awal, tapi sebelum subuh, jam 2-4pagi, dia sudah bangun dan terus berjaga hingga malam berikutnya (tak tidur siang). Sekarang, situasi ni masih berlaku...cuma dah tak sekerap dulu, mungkin hanya dua tiga kali sebulan (bergantung pada keadaan).

Biasanya, kalau Abil sudah bangun lebih awal (sebelum subuh), dia akan layan diri. Tapi kami juga ambil langkah berjaga-jaga, ipad-nya kami simpan/sorok, komputer di-lock supaya kebarangkalian untuk dia tidur semula atau sekurang-kurangnya berbaring untuk cuba tidur lebih tinggi. Kunci-kunci rumah juga biasanya kami simpan (dia sudah pandai menggunakan kunci untuk buka/tutup pintu) untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Setakat ni, alhamdulillah...tapi kalau dia sudah terjaga, memang saya tak boleh tidur lena lagi, asyik terjaga-jaga meninjau keadaan Abil (walaupun dia selalunya berada dalam bilik saja hingga selepas subuh).

Minggu lepas, waktu Abil demam beberapa hari, saya tidur di sebelahnya setiap malam. Senang saya nak berjaga bagi dia makan ubat, basahkan kepala dan badannya dan tengok-tengokkan keadaannya.  Bila dia dah sihat semula, saya berpindah tidur ke bilik saya. Rupa-rupanya 'rutin' ini dah jadi sebati dengan Abil. Sekarang, hampir setiap malam, dia akan masuk ke bilik saya, kejutkan saya bangun dan 'paksa' saya masuk tidur ke biliknya. Oh anak..

"Ma...ma...ma..Mak!" dia sebut dengan terang dan kuat, sambil tarik tangan saya berkali-kali.
"Abil nak apa ni? Go sleep, ma nak tidur lah.." saya beritahu dia dengan mata separuh pejam.

Masalahnya, selagi saya tak bangun dan berpindah tidur, dia tak give up. Tak habis-habis,  berkali-kali, "Ma...ma..mak...tidur!" sambil tarik saya suruh bangun. Maksudnya tu, nak suruh saya tidur sebelah dia la tu. aiyo!

Saya pun berjalanlah ala-ala zombie dan ikut tidur sebelahnya, biasanya dia akan sambung tidur semula. Sempat saya menjeling jam di dinding, baru pukul 3 lebih...dah 3-4 malam macam ni. haishhh..

Dengan Abil, once u start a new routine, memang susah nak tukar balik ke rutin asal. Ambil masa sikit kot..Letih la tidur berpindah randah ni, anak bujang saya ni dah 11 tahun, tak boleh la lagi tidur celah ketiak mak kan?

Sementara itu, nampaknya saya kena cari idea macamana nak buat supaya tak kena kejut tengah-tengah malam untuk berpindah tempat tidur. huhu

Anyway, apalah sangat tidur saya yang terganggu, kalau nak dibandingkan dengan nikmat mendengar Abil memanggil saya "Ma" "Mak" berkali-kali, dengan suara yang terang dan jelas, dengan inisiatif sendiri (tanpa prompt dan dibantu sesiapa). Syukur...




Salam 23 Syawal :)


Aug 17, 2014

Langkawi Raya ( episod 2)




Kami pernah ke sini sekitar 5-6 tahun yang lepas.  Entrance-nya masih sama. Waktu first visit dulu, anak-anak saya kecik lagi, tengah lasak. Saya pun tak fokus sangat pada binatang-binatang yang ada, dok busy kejar anak-anak haha.

Kali ini, memang kami betul-betul enjoy lawatan ke sini. Enjoy macamana tu? Well, kalau anda ke sini, selepas membeli tiket, di pintu masuk, anda akan disapa untuk membeli makanan burung. So, bila masuk ke dalam Park ini, memberi makan burung-burung dan haiwan-haiwan lain (yang berkenaan) menjadi tugas hakiki anda.hehe

Kebanyakan burung yang ada di sini, memang jinak dan....lapar! Mungkin sebab kami antara pelawat yang datang sebaik saja Park ini dibuka. Kalau datang dah petang-petang sikit, mungkin situasinya berbeza.





Burung Flamingo. 
Berebut-rebut mereka makan dari tangan saya (yess, mak yang over haha).
Bila paruh mereka menyentuh tapak tangan saya, tak sakit pun tapi...geliiiiii! haha


Anak-anak pun tak lepaskan peluang untuk bagi makan pada haiwan-haiwan.
Tengok tu, Zarif bagi makan pada racoon.
Racoon ni, macam kucing pun ada, macam cik siti(kus) besar pun ada huhu.
Nasib baik comel hehe.





Abil pulak, bila disuruh bagi makan, dia yang paling takut!haha.
Akhirnya, bila sampai ke tempat kancil, dia memberanikan diri.
Itu pun sebab kancil tu makan carrot, tak sentuh tapak tangan.
Bila kancil dah gigit carrot tu, cepat-cepat dia lepaskan tangannya. 



Burung unta ialah haiwan yang paling happening dan paling LAPAR di sini haha.
Bergilir-gilir kami bagi makan, berebut-rebut mereka datang dekat. Seronok!




Sempat juga kami ambil gambar family di sini (bawah).
Tengok betapa perfect-nya Abil memberikan pose dan eye contact!
'Wajib' frame-kan ni hehe :)



It was a very pleasant and enjoyable visit.
Dapat peluang kenalkan  Abil pada haiwan-haiwan secara live. Alhamdulillah..


Langkawi Raya (episod 1)? Klik SINI.




Aug 15, 2014

Langkawi Raya (episod 1)


Salam Jumaat.

Alhamdulillah, akhirnya Abil sihat semula.  Tiada demam sejak kelmarin.  Tinggal batuk sikit-sikit saja. Mudah-mudahan ahli keluarga yang lain terus sihat, jangan ada yang dijangkiti 'virus' Syawal lagi. Amiinnnn..

Ini entri throwback. 2 hingga 4 Syawal, kami di Langkawi. Dah lama tak bawa anak-anak berjimba di tepi laut, mandi-manda, main pasir, main ombak!

Perjalanan kami menaiki bot dari jeti Kuala Perlis, alhamdulillah, lancar.  Hati saya sedikit 'cuak' bila melihat bilangan penumpang yang beratur untuk menaiki bot besar, sekitar 400-600 orang.  Penuh! Tapi cuaca yang cerah, laut yang tenang dan hanya sedikit berombak (cukuplah untuk buat saya 'suspen' beberapa kali haha) memudahkan perjalanan kami semasa pergi dan balik.

Abil sedikit anxious sewaktu perjalanan pergi. Mungkin sebab saya tak sempat bercerita panjang kepadanya tentang trip kami ke Langkawi pagi itu. Dikejutkan pagi-pagi, lepas breakfast terus dibawa ke jeti. Tahu-tahu dah kena menunggu dan beratur untuk naik bot, RAMAI orang pulak tu. Suasana bising dan hiruk pikuk di jeti, sangat tidak membantu. Maka sempatlah anak teruna saya ni menangis se-round di jeti. (sabar ajelah huhu)

Bagaimanapun, perjalanan balik berlangsung dalam keadaan mood Abil yang sangat baik (tengok gambar di atas).  Walaupun sudah penat, tapi dia sudah tahu dan faham apa yang sedang dan bakal berlaku. Jadi, tak anxious lagi. Semua ok. Alhamdulillah :)





Penginapan kami sepanjang 3hari 2malam --> Langkapuri Inn, Pantai Cenang.

Saya bagi 3/5 untuk Langkapuri Inn.  Tiada tuala disediakan, breakfast included (menu oklah, buat mengalas perut), bilik agak berpasir (mungkin faktor lokasi yang sangat berdekatan dengan pantai). Bagaimanapun, semua yang tidak memuaskan ini saya maafkan sebab tandas bersih dan lengkap. hehe

Paling best, dari apartment kami, berjalan 5 minit saja sudah nampak pantai dan laut.  Pantai Cenang memang cantik (sila google image).  Cuma, saya agak 'terkujat' bila melihat kepadatan kawasan pantai ini sekarang, berbanding dulu (Saya pernah ke sini bersama keluarga kira-kira 20++ tahun yang lalu). Sekarang, pantai Cenang sudah jadi hot spot untuk para pelancong. Sesekali, terasa macam berada di Phuket atau Bali....sigh..

Sedikit tips, kalau ke pantai Cenang, berjimbalah di tepi laut di waktu pagi, selepas subuh dan early breakfast, memang pantai itu anda yang punya haha.  Pelancong-pelancong mat salleh dan mak pak arab tidur pengsan di waktu pagi, so kawasan pantai agak lengang dan sangat selesa untuk bermain dan beriadah di waktu ini. Ombak pagi pun tak kuat sangat. Best!



Entah apa silapnya, gambar-gambar di tepi pantai Cenang yang saya capture dengan handphone saya, hilang semuanya! (nangesss). Mujurlah ada beberapa keping gambar yang saya sempat upload di Instagram, adalah juga kenang-kenangan huhu..


Pantai Cenang adalah sangat bersih, cantik dan happening.  Kalau anda ke sini di sebelah petang, sila jaga pandangan mata anda huhu.  Anyway, anak-anak saya sangat enjoy mandi laut.  Tak bosan-bosan mereka main ombak, pagi petang.

Apa lagi aktiviti kami di Langkawi? Well, memang tujuannya nak berjimba di pantai, jadi tidaklah kami berjalan-jalan sangat, kecuali ke kedai gamat, kompleks Haji Ismail Group (borong coklat), Langkawi Wildlife Park dan Underwater World Langkawi.





Tunggu episod seterusnya...
 Coming soon, insyaAllah :)


Jom Al-Kahfi.




Aug 11, 2014

Tak Sihat


imej google

Musim demam, katanya.

Tiga empat hari lepas, saya pun demam juga. Mula dengan selsema teruk, bersin non-stop. Kemudian demam dan batuk. Alhamdulillah, batuk dan selsema cepat reda kali ni. Demam pun habis selepas dua hari. Tapi sakit-sakit badan, post-demam, masih terasa. Masih in-recovery mode.

Sejak petang semalam, Abil pula demam.  Saya dah dapat agak yang dia kurang sihat bila dia tidur siang. Balik dari sekolah, mandi, lunch dan solat zuhur, terus dia baring atas katil dan lena. Tidur siang, sesuatu yang jarang-jarang berlaku dalam rutin Abil, kecuali time dia kurang sihat.

Menjelang petang, suhu badannya dah mula naik. Kemudian, lepas makan malam, dia baring lagi atas katil, siap berselimut.  Gitulah Abil, sihat ke, tak sihat ke, memang diam aje.  Bila saya rasa kepalanya, panas. Saya sebut, "Abil demam." "Demam!" dia ulang semula skrip saya. hehe demam-demam pun comel ;p


Malam tadi, saya terpaksa tidur sebelah Abil. Risau dia termuntah sendirian atas katil.  Abil ni, kalau nak muntah ke, apa ke, memang tak reti bertindak.  So, terpaksalah saya standby setiap kali dengar dia terbatuk-batuk atau mahu bangun ke tandas.

Yang sayunya, bila nampak saya baring di sebelah, cepat-cepat dia datang himpit saya. Dia wordless, saya speechless haha (anak saya sorang ni dah 'bujang' 11 tahun, tapi bila sakit, terasa macam masih baby lagi...)


Oh ya, saja nak share sedikit pembacaan saya tentang demam pagi ni..

(petikan: http://nurzariff.blogspot.com/)

"Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba-tiba disebabkan oleh tubuh terdedah pada virus baru. Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh kita sendiri.

Sistem imuniti berbeza-beza pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat & seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.

Kerana itulah anak-anak selalu demam bila disuntik vaksin. Ia menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.

Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu tergesa-gesa beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.

Tips meredakan demam:

1. Pastikan anak betul-betul demam. Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak-anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu. “Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun-tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan-lahan menggunakan tuala pertama, dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga, serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/AIS!
Air sejuk/ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.
3. Galakkan anak minum air dengan banyak. Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak-anak dan segelas cawan. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih kecil, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air. Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas (air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain-lain. Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak melalui tanda-tanda di bawah ini.
Dehidrasi ringan:
Aktif, jumlah air kencing dan kekerapan macam biasa, air mata ada ketika menangis.
Dehidrasi sederhana:
Merengek, bibir merekah dan mulut kering, air kencing kurang banyak, 1-2 kali sehari, berwarna kuning pekat, mata cengkung ke dalam dari biasa, tiada atau sedikit air mata ketika menangis.
Dehidrasi teruk:
Lembik, tidak mampu membuka mata atau melihat kembali, tidak kencing langsung dalam 24 jam, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, kaki dan tangan sangat sejuk, bernafas dengan laju, nadi lemah dan cepat, kulit kering dan berkedut. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/terus ke hospital untuk rawatan lanjut.
4. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak-anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak-anak juga lebih selesa.
5. Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan. Ubat paracetamol (atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun-tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. 
Sekiranya demam anak-anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
6. Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah.  Anak demam adalah ujian, tanda Allah sayang. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK. Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Doakan yang baik-baik ye wahai ibu bapa. "

Sekian. Baca lebih lanjut di SINI.

Doakan Abil cepat sembuh ye :)

Salam 15 Syawal.

Aug 6, 2014

Gambar raya?

dari google

Gambar raya? Bergambar sekeluarga dengan uniform raya di pagi Syawal? Oh sorry, kami tak ada. haha

Well, bergambar beramai-ramai dengan keluarga besar memang ada. Tapi gambar kami berlima sekeluarga kecil, cik abe saya 'terlupa' nak shoot. *sabo jelah*

Yes, suami saya merangkap 'jurufoto' keluarga pada pagi 1 Syawal tempoh hari. Gambar-gambar keluarga adik beradik saya semua ada.

Gambar kami? TAK ADA. Hmmmmm..

Anyway, masalah remeh je. Gambar berlima bukan dengan uniform raya selain di pagi 1 Syawal insyaAllah ada. *cubaan cover line rasa terkilan. haishhh*

Sementara menunggu saya edit/watermark gambar-gambar kami di Langkawi sebelum di-publish di sini, saya kongsikan dua bahan bacaan online yang bermanfaat insyaAllah :)





Salam 10 Syawal

Aug 4, 2014

Kisah Kawan-kawan

dari google

Pagi tadi, sebaik saja saya dan Abil tiba di sekolah, saya nampak dua tiga orang kawan-kawan Abil dari kelas pendidikan khas. Kebetulan, mereka sedang menuju ke bilik sukan (saya agak mungkin mereka nak ambil peralatan sukan untuk kelas pendidikan jasmani mereka pagi ni). Bilik sukan pula memang terletak di tengah-tengah laluan ke kelas Abil. Sebaik saja mereka nampak Abil sampai dan masuk ke kawasan sekolah,

"Nabil...Nabil!" salah seorang menjerit sambil mereka menuju ke arah Abil dan terus pimpin tangannya.
"Kita hantar Nabil pergi kelas dulu..." seorang lagi mengarahkan.

Saya berdiri sambil memerhatikan mereka, selang lebih kurang 10 langkah dari mereka. Abil pulak, senyum sengih memanjang.  Suka la tu, kena 'pampered' dengan kawan-kawan. Bukan dia tak tahu menuju ke kelas sendiri, tapi saya selalu diberitahu oleh cikgu Abil, kawan-kawannya memang sangat protective dengan Abil, sangat boleh diharap untuk 'menjaga' Abil sewaktu di sekolah. FIY, kawan-kawan Abil kebanyakannya adalah slow learner. Mereka tiada masalah komunikasi dan boleh berinteraksi secara verbal dengan baik.

Macam tulah Abil, senyummmmm saja bila disapa dek kawan-kawan.  Senyummm saja bila dipimpin dan berjalan dengan kawan-kawan. Senyummm penuh makna. Senyum seorang kanak-kanak autisme yang sangat gembira kerana ada kawan-kawan yang menghargainya. Senyum seorang kanak-kanak autisme yang hatinya kembang setaman sebab ada yang sudi untuk berbual dan menegurnya sekalipun dia tak pandai membalas dengan kata-kata. Cukuplah dengan senyum :)

Saya. yang. memerhati. juga. SENYUM.

Nikmat dan rezeki yang tidak ternilai di pagi hari. Alhamdulillah!


imej google

Oh! Kenit

imej google


Entri saya tentang Kenit baru saja publish pagi tadi..

Sejak hari Kenit hilang, saya terus menerus berdoa..
Akhirnya, Allah makbulkan....syukur!

Bak kata pepatah Inggeris, 
never give upmiracles happen :)

Saya harap Kenit selamat dan tak menghilangkan diri lagi. Amiin!

Happy mode ON.

Salam Isnin semua :)))


Aug 3, 2014

Hilang Lagi



Mula-mula Betty, sekarang Kenit :'(

Sekitar 3 Syawal, saya diuji dengan kehilangan Kenit.
Ya, hilang kucing saja.  Ujian kecil. Tapi tipulah kalau saya kata saya tak sedih.
Saban hari dia makan dan bermain depan mata saya.
Selalu juga dia tidur di hujung kaki.
Setiap kali dipanggil nama, dia mengiau manja.
Allah...

Kak Dina dan Zarif antara yang terkesan dengan kehilangan Kenit.
Masih saya ingat selepas kami kembali ke rumah (dari KL) tahun baru cina 2013, 
Kenit mengiau-ngiau dalam hujan di rumah jiran.
Umurnya masa itu, baru dalam 3-4 minggu. Di dalam longkang.
Sebatang kara.
Basah dan takut.

Tiga empat hari juga kak Dina berusaha 'menjinakkan' Kenit.
Waktu diselamatkan, dia sangat garang. Tak mahu makan. Tak mahu dipeluk. 
Apa pun tak mahu.
Dia menyelit di celah pasu luar rumah kami selepas kami ambil dari rumah jiran.
Akhirnya, dia mengalah dan kami pelihara dia dengan penuh kasih sayang.
Antara 7 ekor kucing kami, dialah yang paling senang dijaga, tak banyak karenah.
Allah pinjamkan setakat 3 Syawal yang lepas.

Kami redha. Tapi rasa risau sangat kuat.
Entah apa nasibnya dan dimana dia sekarang.
Kami hanya mampu doakan yang terbaik untuk Kenit.
Kalau masih ada umur dan 'jodoh' kami dengannya, mudah-mudahan Allah pelihara Kenit dan ia berjaya ditemui dengan selamat. Amiin..


July is officially our sad month.
Betty hilang 2/7/2013. Kenit hilang 30/7/2014.


Be safe, Kenit, wherever you are.


-----------------------------------------

LATEST UPDATE:
Kenit selamat! Alhamdulillah :)


Aug 2, 2014

Hijau Merah Aidilfitri


 Adik beradik saya 6 orang.
3 famili berbaju raya merah, 2 famili berbaju raya hijau. Seorang berjubah hitam.
Mak ayah saya pilih hijau.
Merah vs hijau.

Tak pakat-pakat pun. Kebetulan :)

Di pagi 1 Syawal, kami semua ada bersama. Meraikan kemenangan.
Cukup kuota. Full house. Lengkap. Sempurna!
Alhamdulillah :)

11 orang team cucu tahun ini.
Tahun depan insyaAllah bakal bertambah lagi..




Trivia di sebalik foto:


Ku sangkakan Abil saja, rupa-rupanya


......anak-anak buah saya yang tipikal pun, ada juga yang sukar memberi eye contact pada kamera.
......anak-anak buah saya yang tipikal pun, ada juga yang rimas berlama-lamaan posing depan kamera.
......anak-anak buah saya yang tipikal pun, ramai juga yang hiper!


Bergambar dan berkumpul bersama keluarga adalah satu Nikmat.
Moga ada lagi rezeki sebegini di masa akan datang.


Mak, bak, abang, kakak, adik-adik, semua anak-anak ku peluk erat.
Maaf diberi, keampunan dipohon.
Mengalir air mata. Sebak. Gembira. Syahdu.
Thank  You ya Allah...Thank You!




imej google


Salam Aidilfitri semua!