Aug 26, 2014

Abil menghafaz lagi..

dari google

Surah al-Ma'un. Abil mendengar dan mengikut kami baca surah ini sejak 5-6minggu yang lepas. Alhamdulillah, sekarang dia sudah boleh membaca sendiri dengan agak baik. Cara sebutan masih belum perfect, mungkin sekitar 90% betul bacaannya.  Ok sangat dah tu..boleh terus maju dan kena pastikan dia tidak lupa (sebagaimana surah-surah yang lain).

Sewaktu saya mencadangkan kepada suami untuk melatih Abil surah Al-Ma'un, dia agak keberatan.  "Boleh ke?" dia tanya saya. "InsyaAllah, kita cuba jelahhh.."

Yang saya suka setiap kali Abil belajar membaca surah (biasanya selepas solat berjemaah), dia fokus, nampak sangat berminat. Raut muka Abil setiap kali dia berjaya membaca surah, sangat priceless! Senyum, sengih dan ketawa sedikit (seolah-olah menunjukkan dia sangat berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian diri sendiri). Alhamdulillah.

Di peringkat awal, saya kurang pasti samada fokus dan minat ini sudah ada atau tidak. Waktu itu, saya kurang memerhati, mungkin juga saya sendiri sudah lupa.

Kadang-kadang Abil berkerut-kerut dahi atau buat 'muka ketat', terutama bila ayat-ayatnya agak panjang dan agak berbelit-belit, tapi setakat ni, takde insiden 'mengamuk' atau protes semasa belajar menghafaz surah-surah dari juzuk Amma.

Kalau sebelum ini dia suka surah al-Kautsar, sekarang dia asyik mengulang-ulang 3 ayat terakhir dari surah al-Ma'un. Entah kenapa dia berkenan sangat dengan ketiga-tiga penghujung surah ini :)

*setakat ini, saya masih belum berpeluang nak rakam video Abil menghafaz.

Sekarang, sudah empat lima hari kami mulakan surah Al-Fiil untuk Abil. Dari segi pembacaan, baru 30-40%. Kena praktis lagi dan lagi, insyaAllah.

Oh ya, surah Al-Fiil adalah surah kegemaran Zarif, sebab dia suka dengar cerita tentang tentera bergajah yang dikalahkan oleh burung-burung Ababil. 

Baca terjemahan surah Al-Ma'un di SINI.


Salam Selasa :)


No comments: