Aug 15, 2014

Langkawi Raya (episod 1)


Salam Jumaat.

Alhamdulillah, akhirnya Abil sihat semula.  Tiada demam sejak kelmarin.  Tinggal batuk sikit-sikit saja. Mudah-mudahan ahli keluarga yang lain terus sihat, jangan ada yang dijangkiti 'virus' Syawal lagi. Amiinnnn..

Ini entri throwback. 2 hingga 4 Syawal, kami di Langkawi. Dah lama tak bawa anak-anak berjimba di tepi laut, mandi-manda, main pasir, main ombak!

Perjalanan kami menaiki bot dari jeti Kuala Perlis, alhamdulillah, lancar.  Hati saya sedikit 'cuak' bila melihat bilangan penumpang yang beratur untuk menaiki bot besar, sekitar 400-600 orang.  Penuh! Tapi cuaca yang cerah, laut yang tenang dan hanya sedikit berombak (cukuplah untuk buat saya 'suspen' beberapa kali haha) memudahkan perjalanan kami semasa pergi dan balik.

Abil sedikit anxious sewaktu perjalanan pergi. Mungkin sebab saya tak sempat bercerita panjang kepadanya tentang trip kami ke Langkawi pagi itu. Dikejutkan pagi-pagi, lepas breakfast terus dibawa ke jeti. Tahu-tahu dah kena menunggu dan beratur untuk naik bot, RAMAI orang pulak tu. Suasana bising dan hiruk pikuk di jeti, sangat tidak membantu. Maka sempatlah anak teruna saya ni menangis se-round di jeti. (sabar ajelah huhu)

Bagaimanapun, perjalanan balik berlangsung dalam keadaan mood Abil yang sangat baik (tengok gambar di atas).  Walaupun sudah penat, tapi dia sudah tahu dan faham apa yang sedang dan bakal berlaku. Jadi, tak anxious lagi. Semua ok. Alhamdulillah :)





Penginapan kami sepanjang 3hari 2malam --> Langkapuri Inn, Pantai Cenang.

Saya bagi 3/5 untuk Langkapuri Inn.  Tiada tuala disediakan, breakfast included (menu oklah, buat mengalas perut), bilik agak berpasir (mungkin faktor lokasi yang sangat berdekatan dengan pantai). Bagaimanapun, semua yang tidak memuaskan ini saya maafkan sebab tandas bersih dan lengkap. hehe

Paling best, dari apartment kami, berjalan 5 minit saja sudah nampak pantai dan laut.  Pantai Cenang memang cantik (sila google image).  Cuma, saya agak 'terkujat' bila melihat kepadatan kawasan pantai ini sekarang, berbanding dulu (Saya pernah ke sini bersama keluarga kira-kira 20++ tahun yang lalu). Sekarang, pantai Cenang sudah jadi hot spot untuk para pelancong. Sesekali, terasa macam berada di Phuket atau Bali....sigh..

Sedikit tips, kalau ke pantai Cenang, berjimbalah di tepi laut di waktu pagi, selepas subuh dan early breakfast, memang pantai itu anda yang punya haha.  Pelancong-pelancong mat salleh dan mak pak arab tidur pengsan di waktu pagi, so kawasan pantai agak lengang dan sangat selesa untuk bermain dan beriadah di waktu ini. Ombak pagi pun tak kuat sangat. Best!



Entah apa silapnya, gambar-gambar di tepi pantai Cenang yang saya capture dengan handphone saya, hilang semuanya! (nangesss). Mujurlah ada beberapa keping gambar yang saya sempat upload di Instagram, adalah juga kenang-kenangan huhu..


Pantai Cenang adalah sangat bersih, cantik dan happening.  Kalau anda ke sini di sebelah petang, sila jaga pandangan mata anda huhu.  Anyway, anak-anak saya sangat enjoy mandi laut.  Tak bosan-bosan mereka main ombak, pagi petang.

Apa lagi aktiviti kami di Langkawi? Well, memang tujuannya nak berjimba di pantai, jadi tidaklah kami berjalan-jalan sangat, kecuali ke kedai gamat, kompleks Haji Ismail Group (borong coklat), Langkawi Wildlife Park dan Underwater World Langkawi.





Tunggu episod seterusnya...
 Coming soon, insyaAllah :)


Jom Al-Kahfi.




No comments: