Aug 24, 2014

Waktu Saya!

imej google


Masa untuk diri sendiri, ALONE. Yes, 'me' time!

Sejak anak-anak dah besar dan bersekolah, waktu pagi adalah 'waktu saya'.  

Bebas. Boleh buat sebarang kerja dengan tenang. Boleh berehat tanpa gangguan. Menikmati sarapan sambil menonton rancangan TV kegemaran saya (walaupun sekadar roti dan teh o, yang penting tak payah berebut remote TV dengan anak-anak, No more Disney XD!). Boleh buat apa saja. Nikmat :)

Well, biasanya waktu inilah yang saya gunakan untuk membuat kerja-kerja rumah. Basuh kain, sidai kain, lipat kain, gosok baju, sapu sampah, buang sampah, mop lantai, kemas dapur, kemas bilik, tukar cadar, cuci tandas, masak (ala kadar)dan blogging. Wahh, macam rajin sangattt haha

Tidaklah saya buat kesemua kerja-kerja ni sekaligus. Ada kerja yang mesti buat hari-hari, ada yang kena buat dua tiga hari sekali, ada pula yang dibuat seminggu sekali.  Kadang-kadang, ada yang hanya dibuat bila keadaannya dah terlalu kronik (saya pun selalu juga dilanda virus M(alas) hehe). Paling tidak pun, bila dah 'sakit mata' tengok bakul baju kotor dah penuh, habuk dan helaian rambut dah bersepah-sepah kat lantai atau karpet rumah, atau baju yang menunggu untuk dilipat dah semakin menggunung, memang kena produktifkan diri cecepat ;p

Bila tinggal seorang diri ni, disiplin diri sangat penting.  Kadang-kadang, lepas breakfast, rasa macam sedappp je kalau tidooooo atau lepak-lepak baca novel/majalah/suratkhabar sampai tengahari, tapi itulah, tidur/baring lama-lama pun nanti sakit kepala. Nak tak nak, habis je tengok MHI (program tv kegemaran saya pagi-pagi, kekadang saya layan gak Nasi Lemak Kopi O hehe), harusss lah punch in jadi 'bibik'.

**sedikit tips mengatasi rasa malas di waktu pagi; cepat-cepat buat solat dhuha :)



imej google



Waktu berseorangan juga, adalah waktu untuk 'reflection'. Waktu berfikir. Muhasabah diri. Inilah yang saya rasakan beberapa hari ini, saat-saat mengikuti perkembangan mh17 di kaca TV, akhbar dan media sosial.

Teringat pada mh370. Terbayang juga mereka yang berada di Gaza dan Syria.  Terkenang pada keluarga dan orang-orang tersayang, mereka yang telah 'pergi' dan paling utama, mereka yang masih berada di depan mata.


Betapa singkatnya kehidupan. Esok, lusa, minggu/bulan dan tahun depan, bukan jaminan. 

Berpisah dan bercerai mati.  Sakitnya bila kehilangan. Siksanya menanggung rindu.

Salam Takziah untuk semua yang terlibat dengan tragedi mh17 dan mh370.

Hari ini hari mereka. Bagaimana pula kita nanti? Mudah-mudahan beroleh husnul khotimah.

Rukun Iman ke 6, Percaya kepada qada' dan qadar.

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah, kekuatan dan kesabaran pada kita semua. Amiin.. 


No comments: