Aug 27, 2014

Tak Rugi Buat Baik pada Haiwan

Kelmarin, saya bawa salah seekor kucing saya ke klinik haiwan. Sambil menunggu giliran, saya bersembang-sembang dengan seorang kakak (yang sedang menunggu juga). Kami bertukar-tukar cerita tentang kucing masing-masing.  Menurut kakak ini, kesemua kucing-kucingnya juga kucing kampung (macam saya). Dia tak sebutkan pula berapa jumlah kucing peliharaannya sekarang, tapi katanya, kebanyakan kucing-kucingnya 'dikutip' dari warung makannya dulu (sekarang beliau tidak berniaga di warung lagi).

Tempoh menunggu tidaklah lama sangat, tapi macam banyak je yang kami sembangkan. hehe

Ada cerita gembira dan ada juga cerita sedih. Dia bercerita bagaimana beberapa ekor kucingnya pernah didera/dipukul dan disiksa, bukan oleh orang dewasa, tapi kanak-kanak. Allah....

"Ada sekor kucing akak, baru beranak kecik, sedar-sedar dah hilang sehari dua, akhirnya akak jumpa dia dah lembik kena pukul dengan teruk dengan sorang budak lelaki (anak jiran)...."

Sedihnya Ya Allah...

"Akak tangkap budak tu, bawak pergi jumpa mak dia, tapi mak dia boleh buat muka selamba. Dia kata anak dia stres. Akak jawab balik, stres? habis tu kalau stres je, boleh pegi pukul binatang, pukul orang, buat suka hati...nak dera ke, nak bunuh ke? Puan tau tak, sekarang dia kecik lagi, dia siksa kucing. Nanti dah besar, saya tak heran kalau dia pukul orang pulak, silap haribulan dengan puan (maknya) pun dia pukul tau!"

Memang emosi kakak itu bercerita dengan saya. Akhirnya kucing beliau yang didera itu mati. Saya pun tumpang rasa marah dan kecewa. Astaghfirullahaladzim...

"Masa akak tinggal di flat masa kat KL dulu, akak bela kucing juga, dua ekor. Semua orang kat flat tu dah kenal, siap tolong kucing-kucing akak tu naik turun lif. Tapi akhirnya mati juga, kena baling dari atas dengan sorang budak, pak guard yang nampak dan bagitau."

Ya Allah, sampai macam tu sekali. Kesian kucing tu mati tersiksa :'(

"Akak pegi juga jumpa mak budak tu (dengan bantuan pak guard). Bila bagitau pada maknya, maknya ketawa! Ya Allah, bayangkan...betapa geramnya akak masa tu...anak buang kucing dari tingkat atas flat, maknya boleh gelak aje...Ya Allah.."

Saya dapat rasakan kekecewaan dan kemarahan kakak ini. Menganiaya haiwan, tak kiralah kucing, anjing dan sebagainya, bukan perkara remeh.  Ia satu perbuatan kejam dan tak patut dibiarkan.  Sekiranya kita rasa terancam dengan mana-mana haiwan sekalipun, ia bukan alasan untuk kita menindas mereka sesuka hati. Sebolehnya, cuba kaji, siasat dan cuba fahami serta elakkan membuat sebarang provokasi kepada mereka.  Haiwan-haiwan ini walaupun tak berakal, tapi mereka ada perasaan. Mereka ada emosi. Kadang-kadang, mereka boleh 'rasa' dan 'baca' fikiran kita.

Saya sendiri pernah lihat bagaimana kanak-kanak kecil menendang, memukul dan memijak kucing-kucing di depan mata.  Saya tak salahkan kanak-kanak ni (terutamanya yang masih belum mumayyiz), mungkin mereka nak 'bergurau' dan mengganggap haiwan-haiwan ini (biasanya kucing yang sering menjadi mangsa), macam objek atau mainan saja.  Yang sedih dan buat saya MARAH ialah apabila orang-orang dewasa (khususnya ibubapa) yang berada di sekeliling mereka, langsung tidak menegah dan menegur, apatah lagi menghalang anak-anak ini daripada mendera haiwan-haiwan itu. Mereka buat-buat tak nampak dan membiarkan saja.

Allah...

Sedarkah anda, what you give, you will get back?

Tahukah anda, menyayangi setiap yang bernyawa, ada pahalanya?

Bukankah kucing (atau anjing dan haiwan-haiwan lain) juga makhluk hidup ciptaan Allah, seperti kita juga?

Belajarlah menyantuni haiwan, ajarlah anak-anak kecil di sekeliling anda berbuat baik kepada haiwan. Laranglah mereka daripada bersikap kasar dengan haiwan. Buat baik pada haiwan adalah cool!




Kalau anda tengok di sekeliling, cukup banyak kucing-kucing dan anjing-anjing jalanan yang hidup terbiar dan tertindas. Dibuang di pasar/tepi jalan atau di parking lot, disimbah air/minyak panas, dibaling batu, dicucuh rokok atau api, dipukul, disepak dan diterajang, dilanggar dengan kereta tanpa rasa bersalah. Sebab itulah keadaan mereka cukup menyedihkan, comot, kotor, lapar, berkurap, berkudis, berpenyakit dan sesetengahnya, menjadi kurang upaya akibat didera. 

Mana perginya perikemanusiaan? Mana hilangnya kasih sayang?

Tak suka haiwan, tak apa. Tak suka kucing atau anjing, it's ok. Tapi janganlah diganggu atau berlaku kejam pada mereka.  Kalau anda mampu memberi makan, sedekahkanlah walau sedikit.  Tak perlu usap-usap dan pegang pun, cukuplah dengan memandang mereka dengan penuh ihsan dan doakan mereka.

Kalau boleh bantu haiwan-haiwan ini, itu yang terbaik. InsyaAllah ada ganjaran dari-Nya.




Melentur buluh biarlah dari rebungnya...





Sekian.




2 comments:

mama ka0ri said...

Ya Allah..kesiannya kucing tu..kat umah pon ada 2 ekor anak kucing..anak sy yg bongsu tu pon sering cekik leher dia..tekan perut dia..sebab dia geram..tapi saya selalu tego cara tu salah..dia ingatkan mainan..huhu..
tapi bab yg mak gelak tu mmg saya takleh tahan..biar satu hari kena kat dia balik..kita tgk dia nak gelak ke nak buat apa..

syahida said...

betul tu, kdg2 anak2 x phm..kita sbg org tua la yg kna bgtau.pastu, bgtau sekali kdg2 x cukup atau anak2 masih belum ingat/betul2 paham, kna cerita selalu or berkali2..plg penting kna bgtau, Nabi saw pun buat baik pd haiwan, terutamanya kucing..


semoga Allah bg hidayah pd kita semua, Amiin