Sep 27, 2014

Oh! Kaji Selidik

Pagi ini, saya dan suami masing-masing diminta mengisi borang kaji selidik, berkaitan autisme. Secara spesifik, kaji selidik ni bertujuan untuk melihat sejauh mana kesan autisme ke atas hubungan dan sikap adik beradik (terhadap anak autisme itu sendiri).

Soalan-soalannya biasa saja, mudah difahami, 15 minit dah siap diisi. hehe

Bagus juga kena kaji dan selidik ni, secara tak langsung, dapat menilai sejauh mana hubungan kami sefamili, khususnya anak-anak, 'terkesan' dengan autisme.

Secara keseluruhannya, saya puas hati. Alhamdulillah

Of course-lah masih ada aspek-aspek yang kena diperbaiki.  Kadang-kadang, ada juga kakak atau adik, stres dengan karenah Abil.  Ada masa-masanya, mereka marah, merungut dan bergaduh juga. Malu untuk bersama/dilihat bersama Abil di khalayak ramai? Pernah juga, terutamanya bila Abil 'mengamuk' atau 'buat perangai' kerana stres di kawasan umum. Sebagai manusia biasa, saya rasa ini normal.  Saya sendiri kadang-kadang rasa buntu dan 'macam nak lari sembunyikan diri' bila berdepan dengan situasi-situasi yang kurang best bersama Abil.  Bagaimanapun, itu cuma perasaan-perasaan 'halus' (hasutan syaitonn, bak kata orang). Setakat ini, kami masih mampu dan berusaha sedaya upaya untuk bertahan dan menerima seadanya.  Kena ingat Allah selalu... (peringatan untuk diri sendiri).

Hidup dengan Autisme adalah satu cabaran.

Berdepan dengan Autisme adalah satu ujian.

Tapi ia juga satu Anugerah.

Semuanya bergantung kepada bagaimana anda menerima, melihat dan menanganinya.

Positif atau negatif? Redha atau kecewa? Benci atau suka? You choose.

Kami sekeluarga, memilih untuk bahagia, HAPPY, with or without autism, insyaAllah :)

Setakat ini, kakak dan adik sangat supportive dengan Abil.  Boleh berseronok dan main bersama, rasa empati dan simpati bila Abil dalam kesakitan atau kesusahan, mereka juga concern dengan kebajikan Abil. Mengajar Abil kemahiran baru dan berkelakuan baik? Selalu juga. So, sikap-sikap negatif yang sesekali berlaku (seperti yang saya sebutkan di atas tadi) tak terlalu merisaukan.  Saya harap hubungan baik mereka ini akan berkekalan. Bff forever, Amiinn :)

Perkara-perkara ini selalunya mengambil masa  untuk disemai/dilatih pada anak-anak. Saya harap saya dan suami akan sentiasa berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik pada mereka. Kami pun manusia biasa, banyak buat silap. Moga Allah mudahkan..




imej google


Happy weekend to all :)

Sep 25, 2014

Macam-macam fobia

**semua imej adalah dari google



Sembang-sembang dengan Zarif semalam,

"Ma, ma tau tak, Candace tu, ada arachnophobia..."
"Candace?" sambil cuba mengingat dan meneka siapa Candace.

"Ya la, Candace, kakak 'Phineas and Ferb' tu..."
"Oo...budak perempuan tu, ma tauuu..."

"Arachnophobia tu apa?"
"Takut spider la ma..." dengan confident-nya Zarif menjawab.

Dalam kereta, tiba-tiba je masuk cerita Candace dan arachnophobia. Saya 'blur' sekejap, sebelum terbayang wajah Candace yang selalu saya nampak di Disney XD sesekali  menonton dengan anak-anak.

Sebetulnya, saya hanya kenal 'Phineas and Ferb'. Selebihnya, saya buat-buat tahu dan buat-buat faham.  Kadang-kadang, terpaksa juga ambil tahu hal-hal kartun ni, buat topik bersembang dengan anak-anak.

Bila Zarif sebut arachnophobia, saya terpegun juga.  Seingat saya, waktu saya umur 8 tahun, tak kenal pun ada arachnophobia. Nak sebut pun tak reti. Mungkin sebab masa tu, kartun Phineas and Ferb belum ada. haha (alasan)

Bagus juga dia 'pick up' ilmu-ilmu dan info-info sebegini daripada TV, menunjukkan yang dia tidak menonton sambil lewa dan hanya untuk suka-suka.



Gatophobia. Ailurophobia. Felinophobia.
Apa tu?
Jom baca di SINI.





Sep 24, 2014

Sesekali

dari google

Pagi ini, saya bersarapan dengan beberapa keping croissant, seketul muffin dan secawan kopi. Hujan renyai-renyai di luar. Allah, nikmatnya... (sambil menghirup kopi panas, lagi dan lagi..)

Imej di atas lebih kurang menggambarkan 'rupa' breakfast saya, kecuali biji-biji kopi yang bertaburan sebagai aksesori meja tu. haha

Dalam hati, 'fefeeling' tengah duduk di sebuah kafe, tepi jalan di Paris. haha (jauhnya berangan). Realitinya, saya sedang minum di atas meja lipat kecil, duduk di lantai, menghadap TV, menonton program Malaysia Hari Ini. Apa pun, ia masih satu NIKMAT. Alhamdulillah :)

Croissant dan muffin, buat sendirikah? Ohhh yang itu, of course la beli! hehe

Kalau anda nak tau,saya sangat jarang minum kopi. Sangat sangat jarang. Saya suka minum kopi, tapi badan saya 'tak membenarkan'. Minum kopi dan saya akan mula diserang anxiety. Jantung berdegup lebih kencang dari biasa dan kadangkala, sakit kepala. Teruk atau tidak, bergantung pada kuantiti kopi yang diminum.

Untuk mengelakkan situasi sebegini, saya campurkan kopi dengan vico. Secara tak langsung, kuantiti kopi boleh dikurangkan, sekaligus kesannya juga diminimakan. Hasilnya, kita enjoyy. hehe

Pagi yang indah untuk saya. Bagaimana dengan pagi anda?

-Dapat bersembang dengan anak-anak/pasangan di dalam kereta, semasa ke sekolah atau tempat kerja?
-Sempatkah bersarapan pagi bersama keluarga atau kawan-kawan sekerja?
-Bangun tidur dengan rasa sihat dan ceria? atau masih rasa penat dan sakit-sakit?
-Sampai ke tempat kerja atau apa juga destinasi dengan lancar, atau 'tersangkut' dalam kesesakan trafik?

Well, apa pun situasinya, semoga anda terus positif dan bersemangat :)

Ok. Masa untuk saya mendobi.  Jumpa lagi! *melambai*

Kongsi bahan bacaan online (isu autisme):

Bimbing remaja autisme berdikari
Ahmad ingin jadi Superman

Sep 23, 2014

Refleksi. Refleksi. Refleksi!



imej google

Semalam, hari lahir mak saya yang ke-65 tahun.
Enam. Puluh. Lima. Tahun. Alhamdulillah.

65 tahun adalah tempoh masa yang cukup panjang.
Hari ini, saya lihat mak masih sihat, masih ceria, masih bertenaga dan masih comel, macam selalu :)

65 tahun yang masih dipinjamkan oleh Allah ini, adalah satu NIKMAT. Tak semua orang ada, tak semua orang dapat. Tak semua orang rasa.

Thank you Allah, thank you Allah, thank you Allah.


Kalau nak bercakap tentang syukur, terlalu banyak yang hendak saya 'ngomel'kan. hehe
Tapi saya rasa, 'diam' adalah cara terbaik untuk refleksi.  Melihat dan menilai kembali semua yang kita ada pada hari ini, semua dan segala-gala yang dipinjamkan oleh Allah pada kita sehingga ke saat ini.

Semalam, teringat pada mak saja, air mata dah bergenang.
Mak di sana. Saya di sini.
Tak dapat nak peluk dan ucapkan selamat hari jadi secara 'live'.
Tapi syukur, masih boleh bercakap dengan mak di telefon, masih boleh whatsapp birthday wish pada mak bersama-sama adik beradik yang lain.

Semoga Mak terus dilimpahkan dengan kasih sayang dari-Nya.

Just so you know, I heart my mother. very very much :)




imej google


“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (hadis riwayat Bukhari).


Sep 20, 2014

Kembali pada Rutin

Hari Sabtu.
Sekejap saja seminggu berlalu.

Mode: Bersedia untuk Back to School.

Baju-baju sekolah semuanya sudah siap bergosok.
Kasut-kasut sekolah sudah bersih dan siap dikapur.
Beg sekolah sudah siap dikemas.
Esok kena set semula alarm ke jam 5 pagi.
*dalam blues*

Back to Hostel untuk kak Dina.
Mujurlah ada cuti Aidiladha lebih kurang dua minggu lagi.
Tidaklah terasa 'berpisah' lama sangat. hehe

Sepanjang minggu ini, walaupun cuti sekolah, hampir setiap hari Abil bangun seawal jam 3-4 pagi. Ya, dia bangun sebelum subuh. Mahu kejut saya bangkit untuk tahajjud barangkali.

Antara bertiga, dialah yang akan solat Subuh paling awal bersama saya. (sesuai benar title 'anak syurga' untuknya, Alhamdulillah).

Biasanya, bila masuk hari persekolahan, habit 'tarik selimut' pula bermula. Mungkin bila bersekolah, badan lebih letih, maka tidurnya pun mahu lebih, bila dikejut, dia mudah terjaga. Tapi babak 'tarik selimut' mesti ada untuk beberapa minit. hehe

Takpelah, adatlah tu, sekurang-kurangnya dia tak susah diajak ke sekolah, bangun pagi masih yang terawal dan senang disuruh bersiap.

Ok, esok rutin puan supir kembali sibuk.  Take care semua!






Sep 19, 2014

Dua Minggu Lagi

"Eiii tak sabarnyaaaa..."
itulah skrip Zarif, berulang kali, sejak dapat tahu yang kami akan bercuti ke PD raya haji ini (insyaAllah).

Alaaa..ke PD aje pun. hehe
Cuma Zarif tak sabar nak 'berkubang' sampai lebam ;p

Trip sempena aidiladha ini nanti hanyalah 'siaran ulangan'.
Kami akan ke hotel yang sama kami pergi tahun lepas.
Cuma kali ni, TukMi dan TukAyah akan join the trip.
The more, the merrier :)

Kali ini juga, saya rancang nak bawa anak-anak tengok ostrich.
Ya, burung unta.

Ostrich Farm, PD.

Sebelum ni, setiap kali ke PD, kami tak pernah sempat singgah ke Ostrich Farm.



imej google

Siapa yang pernah ke sini, sudi-sudikan berkongsi review :)


Salam Jumaat.
Jangan lupa surah Al-Kahfi :)


Sep 15, 2014

Relaks seminggu

imej google


Alhamdulillah, dapat juga menjengah ke warkah.

Kalut sikit seminggu dua ni.

Cuti sekolah dah pun masuk hari keempat untuk kami di Johor.
Berbaki 5 hari lagi sebelum kak Dina ke asrama semula. Tinggal 5 hari lagi sebelum anak-anak yang lain ke sekolah semula.


Menjelang hujung tahun, biasalah...mode final exam pun bermula.
Harus la mula ulangkaji bersama anak-anak dan study apa yang patut.
Cuti seminggu ni, insyaAllah kami tak kemana-mana.
Bajet cuti sudah diperuntukkan untuk berjimba semasa cuti raya Aidiladha awal Oktober nanti, insyAllah :-)

Aktiviti saya? 
Selain supervise anak-anak ulangkaji, 
saya berazam nak khatamkan baca buku ini (lihat bawah).
Asal baca je, lena..
Asal lena je, tengah baca..
Bila la nak habis, haha

Bukan salah buku, kisah Ahmad Ammar memang menarik..saya yang tak cukup stamina ;p

Apa pun, sekarang sudah di halaman 305.
Kena marathon lagi hingga ke mukasurat terakhir, 360.
 


ok.Take care!