Sep 23, 2014

Refleksi. Refleksi. Refleksi!



imej google

Semalam, hari lahir mak saya yang ke-65 tahun.
Enam. Puluh. Lima. Tahun. Alhamdulillah.

65 tahun adalah tempoh masa yang cukup panjang.
Hari ini, saya lihat mak masih sihat, masih ceria, masih bertenaga dan masih comel, macam selalu :)

65 tahun yang masih dipinjamkan oleh Allah ini, adalah satu NIKMAT. Tak semua orang ada, tak semua orang dapat. Tak semua orang rasa.

Thank you Allah, thank you Allah, thank you Allah.


Kalau nak bercakap tentang syukur, terlalu banyak yang hendak saya 'ngomel'kan. hehe
Tapi saya rasa, 'diam' adalah cara terbaik untuk refleksi.  Melihat dan menilai kembali semua yang kita ada pada hari ini, semua dan segala-gala yang dipinjamkan oleh Allah pada kita sehingga ke saat ini.

Semalam, teringat pada mak saja, air mata dah bergenang.
Mak di sana. Saya di sini.
Tak dapat nak peluk dan ucapkan selamat hari jadi secara 'live'.
Tapi syukur, masih boleh bercakap dengan mak di telefon, masih boleh whatsapp birthday wish pada mak bersama-sama adik beradik yang lain.

Semoga Mak terus dilimpahkan dengan kasih sayang dari-Nya.

Just so you know, I heart my mother. very very much :)




imej google


“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (hadis riwayat Bukhari).


2 comments:

FrauMustaffa said...

aku yang jumpe mak setiap hari pon, meleleh air mata masa tulis wish bday mak kt whatsapp...i blame the pregnancy hormones!! haha :D
i pray my children will look up to me the way we do to mak..amiin :)

syida said...

haha ko mmg champion drama queen..i bet mak pun meleleh baca msg2 kita kat wasap pagi tu..
insyaAllah..amiin. amiin