Sep 15, 2014

Relaks seminggu

imej google


Alhamdulillah, dapat juga menjengah ke warkah.

Kalut sikit seminggu dua ni.

Cuti sekolah dah pun masuk hari keempat untuk kami di Johor.
Berbaki 5 hari lagi sebelum kak Dina ke asrama semula. Tinggal 5 hari lagi sebelum anak-anak yang lain ke sekolah semula.


Menjelang hujung tahun, biasalah...mode final exam pun bermula.
Harus la mula ulangkaji bersama anak-anak dan study apa yang patut.
Cuti seminggu ni, insyaAllah kami tak kemana-mana.
Bajet cuti sudah diperuntukkan untuk berjimba semasa cuti raya Aidiladha awal Oktober nanti, insyAllah :-)

Aktiviti saya? 
Selain supervise anak-anak ulangkaji, 
saya berazam nak khatamkan baca buku ini (lihat bawah).
Asal baca je, lena..
Asal lena je, tengah baca..
Bila la nak habis, haha

Bukan salah buku, kisah Ahmad Ammar memang menarik..saya yang tak cukup stamina ;p

Apa pun, sekarang sudah di halaman 305.
Kena marathon lagi hingga ke mukasurat terakhir, 360.
 


ok.Take care!

2 comments:

wa said...

Ha ah..yesss....cuti seminggu , aktiviti cuti kali ni, nak clearkan semua barang dalam kotak, dan bagi orang..dah tak de space dah kat umah ni...pas tu nak berkebun heheheh

syida said...

amacam wa, sempat x mengemas & berkebun? kejappp je cuti seminggu dah nak abiss..huhu