Sep 24, 2014

Sesekali

dari google

Pagi ini, saya bersarapan dengan beberapa keping croissant, seketul muffin dan secawan kopi. Hujan renyai-renyai di luar. Allah, nikmatnya... (sambil menghirup kopi panas, lagi dan lagi..)

Imej di atas lebih kurang menggambarkan 'rupa' breakfast saya, kecuali biji-biji kopi yang bertaburan sebagai aksesori meja tu. haha

Dalam hati, 'fefeeling' tengah duduk di sebuah kafe, tepi jalan di Paris. haha (jauhnya berangan). Realitinya, saya sedang minum di atas meja lipat kecil, duduk di lantai, menghadap TV, menonton program Malaysia Hari Ini. Apa pun, ia masih satu NIKMAT. Alhamdulillah :)

Croissant dan muffin, buat sendirikah? Ohhh yang itu, of course la beli! hehe

Kalau anda nak tau,saya sangat jarang minum kopi. Sangat sangat jarang. Saya suka minum kopi, tapi badan saya 'tak membenarkan'. Minum kopi dan saya akan mula diserang anxiety. Jantung berdegup lebih kencang dari biasa dan kadangkala, sakit kepala. Teruk atau tidak, bergantung pada kuantiti kopi yang diminum.

Untuk mengelakkan situasi sebegini, saya campurkan kopi dengan vico. Secara tak langsung, kuantiti kopi boleh dikurangkan, sekaligus kesannya juga diminimakan. Hasilnya, kita enjoyy. hehe

Pagi yang indah untuk saya. Bagaimana dengan pagi anda?

-Dapat bersembang dengan anak-anak/pasangan di dalam kereta, semasa ke sekolah atau tempat kerja?
-Sempatkah bersarapan pagi bersama keluarga atau kawan-kawan sekerja?
-Bangun tidur dengan rasa sihat dan ceria? atau masih rasa penat dan sakit-sakit?
-Sampai ke tempat kerja atau apa juga destinasi dengan lancar, atau 'tersangkut' dalam kesesakan trafik?

Well, apa pun situasinya, semoga anda terus positif dan bersemangat :)

Ok. Masa untuk saya mendobi.  Jumpa lagi! *melambai*

Kongsi bahan bacaan online (isu autisme):

Bimbing remaja autisme berdikari
Ahmad ingin jadi Superman

No comments: