Oct 27, 2014

Jimba-jimba Main Bowling


Minggu lepas, cuti deepavali.
Kak Dina dapat balik bermalam dan kami ambil peluang untuk 'berjimba' main bowling ramai-ramai.

Saya dan suami memang enjoy main bowling. 
Main saja-saja, suka-suka. Kasi hilang stres dan tension. hehe


Saya dah LAMA tak main.
Kalau tak silap saya, ini  pengalaman pertama untuk Zarif dan Abil.
Rasanya kak Dina macam pernah main sekali dua sebelum ini, saya pun dah lupa.

Rancangan asalnya, hanya suami dan adik saya yang main.
Kami-kami ni, sekadar jadi penonton.
Akhirnya, alang-alang anak-anak saya semua dah berstokin, 
terus sewa kasut untuk semua main.
haha



Mulanya, Abil nampak biasa-biasa aje. Rileks. Tenang.
Mungkin dia baru 'kenal' bowling. hehe

Duduk saja di kerusi, dia terus mahu sarung kasut bowling.
Walaupun suasana agak bising dan agak ramai orang di sekeliling, Abil ok. 
Tak nampak sebarang tanda dia 'terganggu'. Alhamdulillah.
Mungkin masalah sensorinya sudah ok. Sedikit sebanyak, dia sudah boleh bertoleransi dengan bunyi-bunyian yang agak kuat dan suasana 'meriah'. 

Selain itu, dia boleh menunggu gilirannya dengan sabar. *suker mak tengok* hehe
Selepas 1-2 round bermain, nampak Abil makin seronok.
Makin lama bermain, rasa seronok itu tak dapat disorok-sorok lagi. haha
Dia melompat, Dia berpusing-pusing. Senyum. Ketawa.
Memang happy sangatlah :))







Zarif dan kak Dina, macam biasa.
Masing-masing malu sebab tak pandai main. haha
Alahaii, kebanyakan yang main kat pusat bowling tu bukannya hebat mana pun :p
Hantam sajalah labuuu

Disebabkan malu, asal nak baling bola, mesti nak berdua. haha
Tak kisahlah, janji bahagia :)




Abil dapat tunjuk ajar daripada ayahnya.
Alhamdulillah

Bagaimana Abil baling? Dengan caranya tersendiri. haha
Dia cuba juga masukkan jari ke dalam lubang-lubang pada bola tu, tapi jari-jarinya tersangkut pulak. Langsung bola tu 'tergantung'. haha

Tengoklah tu, dah buat macam 'rumah sendiri'. hehe
Anyways, kiri kanan depan belakang semua orang bising dengan hal masing-masing.
So, kami biarkan Abil enjoy sakan, asalkan tak ganggu kawasan orang lain bermain.

Kalau anda nak tahu, walaupun majoriti bola Abil masuk 'longkang', dia score juga tau.
Haa...cer tengok video kat bawah ni. 


video


Oh ya, main bowling adalah satu terapi yang bagus juga untuk individu autisme.
Nampaknya ada potensi untuk bowling jadi regular activity kami , insyaAllah :)



2 comments:

shogun_na said...

budak2 mmg nak sgt main tp as usual...mamanye akan kata...too small for u guys...tggu dah besar nanti kte gie main (walhal, kami laki bini mmg xminat sgt bowling)

Maybe sbb excited pin jatuh kot...entahla... one sweet time... hehehe...Nampak Abil tersenyum gembira....

syida said...

ina, ammar farzana mmg kna tggu besar sket..sbb bolanya berat hehe..zarif ambil pun angkat mcm angkat batu bata haha..kna beli bola sndiri kot(ada ke jual? )

nampak bebudak ni seronok, ayahnya suka la sbb dia giler main bowling.hehe