Nov 30, 2014

Oh Nasi Arab!

Saya sekeluarga suka makan nasi arab, lebih-lebih lagi kalau dapat makan yang sedulang tu.
Memang berselera sungguh!

Rezeki Jumaat (yang lalu).
Dapat bersantap makan tengahari di Restoren Wadi Hana Elarabi, JB.

Saya google dan jumpa info di blog Johorkaki.

Wadi Hana Elarabi Restaurant




Selepas menjamu selera, kami rasa nasi arab di sini bukanlah yang terbaik yang pernah kami makan, walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, boleh tahan. Kami bagi 6/10 :-)

Yang best di sini, tempat makan yang selesa, very comfy. Macam rumah! Nak duduk di lantai pun boleh, nak duduk makan berkerusi meja pun boleh. Interior design restoren ini memang superb, ala-ala istana pun ye juga. Ditambah dengan layanan mesra staf restoren, alhamdulillah, perut kenyang dan hati pun senang. hehe

Enjoy the pictures!








Kalau tengok menunya, memang rasa nak order semua. Tapi kami order secukup yang nak dimakan saja.  Nak tahu menu-menu makanan Arab yang ada di sini, baca di sini--> blog Johorkaki

Salam Ahad!


Nov 29, 2014

Masam+Manis+Pedas=Nyums!

Jeruk Asam Boi, sedang hot di media sosial sekarang ni.
Sana sini sharing tentang jeruk asam boi ni.
*kecur air liur*

Beberapa hari yang lepas, tercapai hajat saya nak cuba buat sendiri.
Dapat makan puas-puas.

Senang je pun nak buat. Itu pasal saya 'rajin' nak buat. hehe

Saya ikut resepi yang dikongsi Cik Epal.

Resepi Jeruk Mangga Muda Asam Boi



Saya beli mangga tak berapa muda. Tapi 'hantam' sajalah. hehe
Ini gambar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.




Di bawah ini pula, gambar selepas jeruk disejukkan sejam dua.



Ok. close-up sikit :p



Memang puas makan. Nak buat pun senang aje.
Oh ya, jeruk ni tak guna cuka. I like!

Anak-anak dan suami tak berapa nak suka makan mangga stail jeruk ni.
Maka dengan gembiranya saya makan seorang diri. hahaha

Anda dah cuba? Fuhh sedapp tau. Rasa nak buat dan makan lagi dan lagi ;p


Nov 24, 2014

Berpagi-pagi, Berpeluh-peluh


Assalamualaikum :)



dari google

..dan cuti sekolah pun bermula.
Isnin yang tenang.
Kami ke padang, bersenang-senang, bersenam-senam. hehe





Selesai berpeluh-peluh di sini, kami terusss pergi makan.
Roti bawang 1, nasi lemak ayam 3! 

hahaha...hancusss (dietku)

Apapun, aktiviti fizikal memang bagus untuk semua.
Buang toksin, kurangkan stres, lapangkan fikiran, rasa lebih sihat! (insyaAllah)


The Benefits of Exercise for Children with Autism


Alhamdulillah untuk hari ini. 'Jumpa' esok esok esok insyaAllah ;)






Nov 18, 2014

Senyum Tanda Sihat


(Gambar di atas) Abil pada sesi terapi mingguannya pagi ini.

Senyum, ketawa, segar, sihat wal-afiat, selepas lebih kurang seminggu terlantar sakit.
Ya, betul-betul 'terlantar'. Kesian Abil. Sungguh 'azab' saya melihatnya terlantar begitu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dah lama Abil tak sakit kuat macam tempohari.
Biasanya, demam sehari dua, kebah. Panas badan 24jam, esoknya segar.

Kali ini, memang demam kuat 4-5hari, lengkap dengan pakej muntah-muntah dan loya selama 3-4hari. Hari keenam, demam mula beransur hilang tapi badannya masih lemah. Keluar pula ruam-ruam merah. Genap seminggu, ruam-ruam mula hilang, demam sudah tiada 100% dan Abil sudah mula tersenyum semula. Ya Allah, nikmatnya melihat senyuman itu. Alhamdulillah :)

Bila Abil demam, sejak-sejak dah masuk fasa pra-remaja ni, karenahnya agak terkawal.

Dia tidak merengek atau menangis. Cuma terbaring, diam. Hampir tak dengar dia bersuara. Bila suhu badannya naik terlalu tinggi, saya arahkan dia mandi, dia mandi (walaupun waktu itu pukul 2-3pagi). Disuruh makan ubat, dia patuh (walaupun selepas itu dia muntah semula ataupun terbatuk-batuk menahan rasa loya).  Disuruh makan, makan juga beberapa suap sebelum dia menolak lembut tangan saya (menandakan dia sudah tak lalu makan lagi).

Hari kedua demam, kami bawa Abil ke klinik. Kebetulan stok ubat demam di rumah sudah habis. Doktor menyebut juga kemungkinan denggi, tapi agak sukar untuk mengambil darah Abil untuk dikaji punca demamnya. Doktor mengalah, katanya tunggu lagi sehari dua, sambil mencadangkan Abil mula mengambil antibiotik.

Dua hari berikutnya, nampak sedikit progress apabila antibiotik sudah mula diberi pada Abil.  Muntah-muntah tiada lagi.  Dia juga sudah boleh bangun dan bergerak sedikit-sedikit, tidaklah terbaring saja seperti dua hari pertama demam.  Tapi dia masih kelihatan lemah dan selera makannya masih kurang.

Masuk hari kelima, demamnya menjadi 'kuat' semula. Setiap 4jam ubat demam diberi untuk mengawal suhu badan dan mengurangkan sakit. Saya jadi bertambah risau. Saya sangat takut dengan kemungkinan denggi. Bila disuruh minum 100plus, Abil menolak. Kami beri dia tembikai merah, hanya sikit saja dimakannya.

Akhirnya, suami cadangkan supplemen Transfer Factor (TF). Selepas lebih kurang biji kapsul TF ditelan (pada 3x pengambilan), demam Abil beransur kebah. Ruam mula keluar tapi dia sudah kembali 'bersuara' dan berselera makan. Leganya Ya Allah..

Hari ini, masih ada sedikit lagi ruam-ruam merah di kaki Abil.  Tapi Abil sudah cergas, mukanya kembali 'bercahaya' dan selera makannya macam orang tak makan 2 hari.haha

Simptom-simptom Abil ketika demam tempohari sebenarnya sangat ada persamaan dengan mak mertua saya, ketika diserang denggi sekitar 5-6bulan lepas. Benar-benar denggikah? Wallahualam...

Apapun, alhamdulillah, Abil serasi dengan TF. Harap Abil dan anak-anak yang lain terus sihat, insyaAllah.

**psst, ini bukan iklan TF. Nak info lanjut, sila google sendiri ;p

Yang pastinya, sihat selepas sakit, priceless! #syukur

Oh ya, kalau anak-anak atau ahli keluarga demam kuat, 3 hari atau lebih. Jangan tunggu ya, lekas-lekas ke doktor. Seeloknya buat blood test. huhu

Saya harap sangat yang Abil akan dapat overcome rasa takutnya bila diperiksa oleh doktor. Setakat tengok-tengok, suluh-suluh anak tekak dan mulut tu, boleh lagi. Diperiksa dada dan badan dengan stetoskop pun Abil masih ok. Tapi kalau nampak jarum, ya ampunnn, memang kami tak mampu nak buat apa-apa, melainkan dia 'dipengsankan'.






He who has health, has everything. ~Thomas Carlyle

Nov 10, 2014

Ke Port Dickson Lagi


Waktu kejadian; Hari Raya Aidiladha
Lokasi kejadian: Lexis, Port Dickson

Kami pernah ke Grand Lexis tahun lepas. Alhamdulillah, anak-anak sangat suka dan rezeki mereka, kami ke GL sekali lagi tahun ini. 





Berbeza kali ini, kami pergi ke GL dengan mak ayah mertua saya.  Jadi, untuk bilik tambahan, kami book 1 unit di Lexis. Apa beza antara Grand Lexis dan Lexis?

Grand Lexis ada private pool dalam setiap unit villa-nya. 
Lexis? Hanya ada public pool di luar bilik hotel. No private pool.
Hotelnya sebelah-menyebelah aje :)

Oleh kerana motif bermalam di Lexis hanyalah untuk tambahan katil dan tempat tidur, maka kami book standard room yang paling harga patut di sini, tapi alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi, waktu check in, pihak hotel upgrade bilik kami ke water chalet.


Macamana boleh dapat upgrade pulak? Entah, orang dah bagi, kami ambil saja tanpa banyak soal. Oh ya, kami dapat water chalet pada harga standard room (mengikut bookings). So, untungggglahh hehe


Hiasan dalaman bilik yang cantik. Ada 1 katil king size dan 1 katil double. Kalau untuk 4orang sekeluarga tu, memang sedang-sedang elok. Servis pun bagus. Yang tak best, banyak nyamuk! erkkk~




Oh ya, tak ada private pool tapi ada bathtub ini. hehe



fefeeling jakun dengan water chalet, siap buat 'kakishot'. hehe


Unit kami yang paling dekat dengan daratan, jadi tak dapat nak menikmati pemandangan laut secara optimum. Tapi ok sangat dah ni :)








Selain mandi manda 3hari 2malam di bilik hotel, kami sempat jalan-jalan petang sambil makan aiskrim di tepi pantai Teluk Kemang. 












Sekian melaporkan :)

'Jumpa' lagi insyaAllah





Nov 9, 2014

Oh! Ikan Laga



#throwback

Khamis yang lalu, sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah Zarif. Macam-macam ada, ala-ala mini karnival jom heboh hehe.

Waktu saya jemput dia di sekolah, tiba-tiba nampak Zarif memegang dua ekor ikan dalam cawan plastik. 

"Siapa punya ni?" saya bertanya. "Adik punya lah..orang bagi." dia jawab.

"Siapa nak jaga?" saya tanya lagi. "Kenapa? Ma nak suruh adik buang ke ikan ni?" dia tanya semula.

Errkkkk..(saya diam je. Tak ada jawapan)

Sampai di rumah, saya bantu Zarif dan ayahnya cari bekas yang sesuai. "Kawan adik kata, ikan laga tak boleh duduk sama-sama Ma, nanti dia bergaduh, boleh mati." ok fine. Jumpa dua bekas. Selepas diletakkan anak pokok teratai (ambil dari laman kami), nampak cantik pulak balang ikan tu. Hilang kisah nak buang ikan tu tadi. hehe

Sepanjang hari, entah berapa kali dia menjengah ikan-ikan laganya di bilik kakak. Kenapa bilik kakak? sebab ada rak tinggi dan bilik ini jarang dimasuki oleh kucing-kucing kami yang 'ramai' tu. huhu

Esok harinya, dia sibuk mengajak saya bantu dia jemur ikan-ikan laganya di bawah matahari. Dapat info dari google, katanya.

"Ma, ikan-ikan ni boleh besar ke?" Entah, cuba google. hehe (jawapan standard orang yang tak tau apa-apa pasal ikan laga).

Beberapa jam kemudian, "Ma, nanti ikan ni boleh jadi besar mana?" Masih soalan yang sama, tapi lain skrip. "Adik dah tengok kat google, tapi tak ada." Oo patutla dok tanya saya lagi dan lagi.

"Takpe, nanti kita tanya ayah." Yes, ayah adalah lebih berinformasi dari Mr Google (haha konon)

Memang saya selalu baca, membela haiwan peliharaan mengajar anak-anak sikap tanggungjawab. Saya setuju sangat. Tengoklah tu, saya perhatikan saja. Bagi makan, cuci balang. Semua dia buat sendiri. Alhamdulillah :)











Nov 8, 2014

Bowling Lagi hohoho




Haa..kan dah kata hari tu, ada potensi bowling jadi regular activity kami. hehe

Tiga hari lepas, kami berjimba lagi.


Seperti biasa, Abil is all smileyyyy. Suka sangat!



Dia bukannya kisah pun berapa pin yang jatuh, sesekali lepas baling, dia akan tunggu dan tengok berapa pin yang jatuh, Selalunya, dia baling saja, terus pusing belakang dan tunggu giliran seterusnya, sambil tersenyum riang!

Zarif pulak, pada mulanya bermain dengan muka sedih. Baling bola, masuk longkang. Baling lagi, masuk longkang lagi. Baling sekali lagi, longkanggg juga. Adehhh..sian anakku. Puas juga kami pujuk.



"Main for fun je dik..takpe, cuba lagi."
"Its ok adik. Dulu ma ayah pun bukannya terus pandai main.."
"Fokus dik, fokus..mesti boleh punya..jangan sedih-sedih. Main happy happy je.."



Bagaimanapun, Zarif tetap muncung..sehinggalahhh...score 0 bertukar kepada 8 pada cubaan yang terakhir dalam 1st round (kami main dua round). Yes, lapan pin jatuh akhirnya! hahahaha barulah anak mak nak senyum semula :)))

Masuk round kedua, Zarif score hampir 30pin. Muncung pun hilang.hehe Alhamdulillah..

Abil? Jangan main-main, walaupun ada bolanya yang masuk longkang..banyak juga pin yang jatuh. Score Abil biasanya dalam 20-30 pin untuk setiap round.

Kali ini, saya perhatikan, cara Abil membaling sangat pelbagai. Sekejap baling begini, sekejap begitu.  Seolah-olah dia bereksperimen dengan cara membaling bola bowling yang berlainan. Ada masanya nampak usahanya untuk meniru gaya membaling yang betul. Oh ya, kali ini saya tak sempat rakamkan gaya Abil mem-bowling, video terdahulu ada di SINI.

Ada ke saiz kasut bowling untuk kanak-kanak. Eh, ada! Tak percaya tengok kasut Zarif tu, saiz paling kecik, saiz 1 :)

 



Kali ini, saya main sampai sakit-sakit badan esok harinya. haha penangan bowling

Memang bowling satu bentuk senaman yang bagus, untuk semua golongan insyaAllah. 

Tak percaya, boleh klik dan baca link di bawah :)



Weekend is here..Selamat berjimba bersama yang tersayang :)



Nov 7, 2014

Sekecil-kecil Nikmat

imej google

Setiap pagi, bunyi alarm memang wajib kedengaran. Mula-mula dari handphone saya, lebih kurang setengah jam kemudian, alarm dari handphone suami saya pula akan berbunyi.

Begitulah rutinnya. Kalau tak ada alarm, dikhuatiri akan 'terbabas' Subuh dan anak-anak akan 'public holiday' lah jawabnya..haha.

Abil is a morning person. Biasanya, bila alarm kami berbunyi, dialah orang pertama yang akan bangun.  Kadang-kadang, sebelum alarm berbunyi, dia sudah bangkit dulu.

Bila alarm saya berbunyi, memang saya akan matikan segera..paling tidak pun, tekan butang snooze untuk 'masa tambahan' sebelum ia berdering semula beberapa minit kemudian. hehe


Bila alarm suami saya pula berbunyi, memang biasanya ia akan terus berbunyi dan berbunyi sebab suami saya tidur pengsan! (haha maafkanlah dia yang bekerja shif malam setiap hari dan hanya pulang ke rumah lewat jam 2-3pagi).

Abil pula, tak tahan mendengar bunyi alarm. Setiap alarm yang berbunyi, kalau lambat di-off, akan dijejakinya. haha

Kalau alarm handphone saya, senang saja. Tekan sebarang butang, alarm akan terus off. Tapi handphone suami saya lain sikit. Untuk off alarm-nya, kena jawab beberapa soalan Matematik yang simple-simple, lapan tolak lima, tujuh campur dua..dan banyak lagi.

So, it's a challenge for Abil. Nak off alarm, kena buat kira-kira. Memang la dia tak mahu! hehe

Oleh sebab Abil tak tahan bunyi alarm tu terus berdering tapi dia malas nak jawab soalan Matematik pagi-pagi.  Akhirnya, apa dia buat? Dia campak ajelah handphone tu ke ayahnya, Kalau nasib baik, handphone jatuh atas selimut atau tilam haha. Nasib malang sikit, handphone jatuh atas kepala atau muka ayahnya. huhu


Maka terpaksalah saya ajar dia untuk serahkan handphone itu pada ayahnya secara berhemah dan sebut "Ayah, off alarm."

Boleh je maknya nak tolong off, tapi nanti ayahnya akan terus 'membuta'. hehe

Minggu ini, nampaknya Abil dah mula praktikkan apa yang diajar. Alarm handphone berbunyi, dia ambil. Bagi pada ayahnya (sesekali kena campak juga hehe).




"Ayahhh, off alarm. Ayah off alarm, off alarm!"

hahahaha

Dah macam tape recorder. Lagi dan lagi dan lagi. Hampir 10x juga Abil sebut barulah alarm di-offkan ayahnya :p


"Ayah, off alarm." Ayat pendek yang mungkin tak bermakna apa-apa untuk anda.

To me, it's a blessing.  From not knowing how and what to say to shut the alarm, he now knows the right way to convey his message. Ayah, off alarm! Alhamdulillah :)





Salam Jumaat


imej google



Nov 1, 2014

Bukan Semuanya Sama


Eh, dah November ye?Allah, kejap je kan...

Menjengah blog, tengok-tengok hanya dua entri saja untuk Oktober. haha padan mukaku
Tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi ke 2015. Setakat ini, catatan entri untuk 2014, baru mencecah angka 88, macamana nak pecah rekod tahun 2010, 200 entri ni?? huhu

Anyways, hari ni nak cerita pasal kucing dan autisme. Sebelum ini, saya pernah cerita tentang isu yang sama, di SINI dan SINI.

Sepanjang bulan lepas, sana sini (di media sosial), saya lihat ramai yang berkongsi kisah Iris Grace (lihat gambar di bawah) dan kucing comelnya, Thula. Peranan kucing/anjing/haiwan peliharaan lain sebagai 'therapist' kepada anak-anak istimewa, bukan cerita asing. Selalu juga saya baca kisah-kisah sebegini sejak dulu.  Haiwan kesayangan atau pet, menjadi 'penawar' kepada anak autisme (khususnya), apabila mereka memberi stimulasi kepada anak-anak atau individu autisme untuk berkomunikasi dan belajar pelbagai perkara baru, selain membantu mengurangkan simptom-simptom autisme yang negatif seperti tantrum (moody/tunjuk perasaan) dan stimming (sering berkhayal).




Baca lebih lanjut tentang Iris Grace dan Thula di sini --> Therapy Cat
(gambar ihsan google)


Bagaimanapun, sepertimana individu-individu tipikal, individu autisme juga berbeza di antara satu sama lain. Of course, mereka ada ciri-ciri persamaan tetapi setiap individu autisme ada personaliti mereka tersendiri.


Kalau Iris Grace sangat serasi bersama Thula, kucingnya, Abil pula, 'biasa-biasa' aje dengan kucing. Sejak kami membela kucing lebih kurang 4 tahun lalu, bermula dengan Betty (sekarang sudah tiada), kemudian Betto (sudah lebih kurang 3 tahun umurnya) dan ada 6 ekor lagi kucing jalanan yang kami kutip dan bela, sikap Abil terhadap kucing, masih dalam kategori 'biasa-biasa' aje. Dulu-dulu, ada juga nampak dia mengusap-usap atau sesekali bermain dengan Betto, tapi boleh dikira dengan jari.  Sekarang, yang lebih kerap berlaku, dikuis-kuis atau ditolaknya kucing-kucing yang berada di port kegemarannya, tapi hatta nak memeluk/mencium atau sayang kucing lebih daripada biasa? Belum lagi. hehe

Tapi tak apa. Cinta tak boleh dipaksa. haha

Memanglah kalau diikutkan hati, saya mahu kucing-kucing saya (atau paling tidak pun, salah seekor daripada mereka), bertindak sebagai therapy cat sebagaimana Iris Grace dan Thula. Tapi, tak best lah nak paksa-paksa, kan?

Abil tak minat kucing? Let it be. Its ok, jangan buli atau kacau mana-mana kucing sudahh..

Oh ya, tengoklah tu, Abil dan salah seekor kucing kami, Sammy. Sammy ni kuat 'mengendeng', tapi Abil 'bolayan'. hehe






Baca lagi kisah kucing dan autisme di sini -->  Cat Therapy for Autistic Children


Abil dan kucing jalanan :)

Sekian, happy weekend!



dari google