Nov 9, 2014

Oh! Ikan Laga



#throwback

Khamis yang lalu, sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah Zarif. Macam-macam ada, ala-ala mini karnival jom heboh hehe.

Waktu saya jemput dia di sekolah, tiba-tiba nampak Zarif memegang dua ekor ikan dalam cawan plastik. 

"Siapa punya ni?" saya bertanya. "Adik punya lah..orang bagi." dia jawab.

"Siapa nak jaga?" saya tanya lagi. "Kenapa? Ma nak suruh adik buang ke ikan ni?" dia tanya semula.

Errkkkk..(saya diam je. Tak ada jawapan)

Sampai di rumah, saya bantu Zarif dan ayahnya cari bekas yang sesuai. "Kawan adik kata, ikan laga tak boleh duduk sama-sama Ma, nanti dia bergaduh, boleh mati." ok fine. Jumpa dua bekas. Selepas diletakkan anak pokok teratai (ambil dari laman kami), nampak cantik pulak balang ikan tu. Hilang kisah nak buang ikan tu tadi. hehe

Sepanjang hari, entah berapa kali dia menjengah ikan-ikan laganya di bilik kakak. Kenapa bilik kakak? sebab ada rak tinggi dan bilik ini jarang dimasuki oleh kucing-kucing kami yang 'ramai' tu. huhu

Esok harinya, dia sibuk mengajak saya bantu dia jemur ikan-ikan laganya di bawah matahari. Dapat info dari google, katanya.

"Ma, ikan-ikan ni boleh besar ke?" Entah, cuba google. hehe (jawapan standard orang yang tak tau apa-apa pasal ikan laga).

Beberapa jam kemudian, "Ma, nanti ikan ni boleh jadi besar mana?" Masih soalan yang sama, tapi lain skrip. "Adik dah tengok kat google, tapi tak ada." Oo patutla dok tanya saya lagi dan lagi.

"Takpe, nanti kita tanya ayah." Yes, ayah adalah lebih berinformasi dari Mr Google (haha konon)

Memang saya selalu baca, membela haiwan peliharaan mengajar anak-anak sikap tanggungjawab. Saya setuju sangat. Tengoklah tu, saya perhatikan saja. Bagi makan, cuci balang. Semua dia buat sendiri. Alhamdulillah :)











No comments: