Dec 4, 2014

Bukan Selalu

Abil suka menulis. Tahap kemampuannya bukanlah menulis ayat panjang berjela, apatah lagi karangan (walaupun sekadar separuh muka surat). Dia suka menulis perkataan. Waktu dia obses menulis dulu (sekitar umurnya 6-7 tahun), dia boleh menulis dan menulis dengan khusyuk, pada kertas, pada cadar, mahupun pada buku akaun bank. (puas juga saya gali blogpost terdahulu untuk kongsikan bukti-bukti kejadian yang disebutkan di atas, tak jumpa la pulak :p) hahaha

Anyway, setiap kali saya tengok tulisan Abil. One word came across my mind, cantik!.

Tulisan adik dan kakak pun tak secantik tulisan Abil hehe. Masing-masing dengan keunikan tulisan mereka. Alhamdulillah

Menulis ni satu nikmat tau. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata je boleh hilang.  Syukur kita semua boleh menulis dan pandai menulis.

Untuk anak autisme seperti Abil yang tidak begitu berupaya mengekspresi dirinya dengan perkataan (verbal), menulis adalah satu kelebihan, walaupun buat masa ini, dia menulis hanya sepatah sepatah perkataan.  Daripada tulisannya, saya tahu apa yang dia suka dan apa yang selalu bermain di fikirannya ketika itu.

Melukis? Tak seperti sesetengah kanak-kanak autisme yang suka dan pandai melukis, ia bukan kegemaran Abil. Kalau nak tengok dia melukis, perlu disuruh. Itupun, lukisan-lukisannya selalunya bentuk-bentuk asas (bulat, segitiga, segiempat) ataupun gambar rumah, kereta, pokok, awan dan matahari. That's it. (saya doakan Abil jadi lebih kreatif lagi selepas ini).

Sekarang Abil jarang menulis.  Malam tadi, sambil lepak-lepak selepas Isya', entah apa mimpinya, dia menulis. Mungkin sebab dia nampak kakaknya menconteng-conteng kertas di sebelahnya, dengan pen marker. Marker pen is his favourite. Kalau pen Sharpie, paling dia suka (saya pun suka pen sharpie!) hehe

Ok. Tengok gambar jom..







Banyak tengok TV ni. Dia tulis semua program TV & movie yang ditontonnya baru-baru ni.







Gambar-gambar dan bentuk-bentuk lukisan yang simple tapi bila ditenung dan direnung, cantik juga.
Makna di sebalik lukisan, hanya Abil yang tahu :)



Tengok pen sharpie berkaler-kaler ni pun boleh jadi satu terapi tau. hehe

Oh ya, saja nak kabor, terutamanya pada kakak-kakak, adik, abang, makcik, pakcik yang berada di JB hujung minggu ini, sudi-sudikan ke event di bawah.
Sadly, saya tak dapat hadir sebab dah ada plan lain (yang diatur lebih awal) huhu..

Seronok tau car boot sale ni. 
Banyak barang-barang menarik pada harga yang menarik juga, insyaAllah.
Hasil jualan akan disumbangkan kepada Persatuan Kanak-kanak Autistik Islam JB.
Info lanjut tentang persatuan ini, klik SINI.



3 comments:

shogun_na said...

memang....tak dinafikan....mmg CANTIK tulisan Abil...kagum lak...

FrauMustaffa said...

Tulisan abil mcm tulisan maknye :)

syida said...

ina, mimah,
Alhamdulillah..rezeki Abil :)