Dec 28, 2014

Masih Tajuk Popular

Banjir. Banjir. Banjir. Masih cerita hangat minggu ini.

Dengarnya, keadaan masih tidak banyak berubah, khususnya di Pantai Timur. Bagaimanapun, khabarnya, bantuan barang-barang keperluan yang dikumpul sebahagiannya sudah selamat diagih-agihkan. Namun, masih ada mangsa di kawasan-kawasan terpencil yang masih belum mendapat bantuan. Semoga hari ini semuanya dipermudahkan. Amiin.

Allah sedang mengajar kita, kata seorang teman.

Saya sangat setuju. 

Peringatan dan pengajaran dari Allah ini, bukan saja untuk mangsa banjir, malah untuk semua, yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, termasuklah yang tidak terlibat langsung.

Jom bermuhasabah.

Menjengah di facebook, saya melihat usaha seorang sahabat membawa anak autisme-nya membeli barang-barang keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir. Allahu, usaha yang sangat murni. Ya, anak-anak autisme sukar memahami dan menyelami isu-isu 'subjektif' sebegini. Melibatkan mereka secara positif dalam apa saja aktiviti berkaitan banjir atau menolong mangsa banjir, adalah sangat bagus. Jangan ajak/ajar anak-anak main air banjir sudahlah ye :p

Untuk Abil, saya mulakan dengan menunjukkan gambar-gambar mangsa banjir dan bercerita dengan ayat-ayat yang ringkas.

Waktu -waktu sebegini adalah waktu yang sesuai untuk mengajar anak-anak (tipikal mahupun yang berkeperluan khas) mengenal Allah dan menyemai sikap empati dan pelbagai nilai murni dalam diri mereka.

Mendidik Anak Sempena Peristiwa Banjir

Oh ya, kisah tragis korban banjir, Puan Norhayati Sulung dan suami, adalah satu peringatan 'keras' untuk diri saya. Sebaya dengan saya, beliau meninggalkan enam orang anak yang masih kecil (khabarnya sudah diambil menjadi anak angkat MB Terengganu. Alhamdulillah. Saya harap ia berita sahih). sumber: fb Saiful Nang

Saya tak mahu mengomel panjang lagi tentang banjir. Sebenarnya banyak cerita yang saya nak kongsikan di sini. Tapi, atas dasar solidariti untuk mangsa banjir, saya tangguhkan dulu. Sabar ya :)

Jangan jemu berdoa. 
Moga semuanya selamat dan dipermudahkan. Amiin



dari google


2 comments:

Pak Yoep said...

Assalam. Terima kasih ikuti perkembangan blog pak yoep.

syida said...

pak yeop, sama2 ;)