Dec 12, 2014

Musim Berkhatan?

Semasa saya balik ke rumah mak tempohari, ayah saya sempat menegur Zarif...

"Wah, tahun ni Zarif lega la ya? Dah selamat bersunat...kalau tak, waktu ni mesti dah panik sebab ramai yang bersunat."

Zarif diam saja. Berbual tentang bersunat memang bukan topik kegemarannya, walaupun dia dah selesai 'diprosedurkan' tahun lepas hehe.


Tahun 2012, Abil berkhatan. kaedah konvensional (laser)
Tahun 2013, Zarif berkhatan. kaedah smart klamp.


Alhamdulillah, hero-hero saya dah selamat berkhatan. Tak payah pikir lagi dah (buat masa ni) hehe.

Soalan yang biasa saya terima, mana lebih baik, laser atau klamp?? Well, it depends.

Kalau ikut pengalaman anak-anak saya, saya prefer kaedah konvensional (laser). Ini bukan bermakna kaedah smart klamp tak bagus kerana mengikut pembacaan dan pemerhatian saya, ramai juga yang puji dan berpuas hati dengan cara klamp.  Cara konvensional (laser) pula, ada juga yang mengalami komplikasi dan lambat sembuh. Setiap metode ada kebaikan dan kelemahan masing-masing.

Pengalaman Abil berkhatan cara konvensional (laser), baca sini --> Bila Abil berkhatan

Pengalaman Zarif berkhatan cara klamp:

Walaupun boleh terus berseluar (luka tidak kelihatan kerana bersarung dengan corong klamp), tapi dia masih takut-takut. Tak mahu mandi, susah diajak membuang air kecil, sanggup bertahan tanpa buang air besar berhari-hari. Dah macam ibu baru bersalin. Risau mak!

Kalau berkhatan cara konvensional, selesai prosedur, hanya perlu fokus untuk sembuh.  Cara klamp pula, saya dan Zarif susah hati selagi alat klamp itu belum ditanggalkan.  Tips yang saya dapat daripada mereka yang berpengalaman menggunakan kaedah klamp ialah, jangan takut mandi. Lebih elok lagi, sepanjang 'berpantang', amalkan duduk berendam dalam air (saya tambah sedikit garam ke dalam air rendaman Zarif). Jangan risau, tak pedih langsung.  Ini untuk memudahkan sarung klamp tertanggal sendiri tanpa perlu ke doktor. Kalau dah 5 hari ke atas, tapi klamp masih belum terbuka, silalah ke doktor. Kalau doktor yang bukakan klamp, lebih sakit (katanya).

Selepas klamp tercabut sendiri, luka Zarif bernanah sepanjang seminggu dua selepas berkhatan. Dugaan...

Walaubagaimanapun, selepas diusahakan menyapu krim antibiotik, akhirnya luka sembuh 100%. Alhamdulillah

Atas faktor-faktor ini, maka saya lebih suka berkhatan kaedah konvensional hehe.

Apa pun, ini cuma pendapat peribadi. Ada yang senang dengan klamp. Ada yang suka cara konvensional. Yang penting, sebelum mengkhatankan anak-anak, buat sedikit research, cari klinik/doktor yang bertauliah, fikir positif dan berdoalah semuanya berjalan dengan lancar.

Jangan terlalu banyak fikir. Lambat laun, kena redah juga, betul tak? Lagi awal bersunat, lebih baik insyaAllah :)




imej google

smart klamp


Sekarang, Zariflah orang yang paling bangga dengan dirinya sendiri haha. Dia sendiri yang volunteer untuk bersunat. Ketika kami bawa dia ke klinik, dia ikut tanpa expectation dan cukup teruja. Agaknya dah rimas diasak soalan, "bila nak bersunat? bila nak bersunat?" hehe Tapi bila di-inject sebelum dipasang klamp, dialah yang paling kuat menjerit. Riuh sekampung haha.

Umurnya 7 tahun ketika dikhatankan tahun lepas. Nabil berkhatan ketika umurnya 9 tahun. Oklah tu, sedang-sedang elok umur masing-masing ketika bersunat.

Yang pastinya, Zarif sekarang sudah ada sedikit fobia kalau dibawa berjumpa doktor. Tengok jarum pun dia dah tak sanggup. S.e.r.i.k (katanya). Alahai anak mak..

Kepada ibubapa yang ada anak-anak lelaki yang masih belum berkhatan, elakkan bercerita benda-benda yang menakutkan tentang berkhatan. Beri mereka semangat dan jelaskan apa yang perlu. Jangan lupa berdoa dan bertawakal.  Fikir yang baik-baik, insyaAllah yang baik-baik juga yang akan datang pada kita :)

Salam Jumaat!





No comments: