Dec 12, 2014

Oh! Farm In The City




Ada macam-macam haiwan (tapi jangan expect untuk melihat haiwan seperti gajah, singa, harimau bagai). Nama pun petting zoo kan, so yang ada di FITC ni kebanyakannya adalah haiwan kecil/jinak/ternakan.

Kami tiba di sini, sekitar jam 11pagi. Alhamdulillah, cuaca sangat cantik. Tidak panas, tidak hujan. Sedang-sedang aje redupnya. Itu pun dah cukup untuk buat kami berpeluh-peluh di dalam FITC ni. Almaklum sajalah, ramai 'askar', ala-ala rombongan taska/tadika hehe.



Gambar di atas adalah selepas kami membeli tiket masuk.  Seingat saya, dengan myKad/myKid, harga tiket (dewasa) rm30, (kanak-kanak) rm25. Kanak-kanak di bawah 90cm adalah percuma.

Untuk info lanjut tentang tiket dan waktu operasi FITC, sila klik SINI.

Saiz keluasan FITC ini, tidaklah sebesar Zoo Negara. Tapi sangat memadai untuk aktiviti melihat dan mengenal haiwan, sambil mengeluarkan peluh dan membantu tubuh merembes hormon endorfin (sebab rasa seronok dan teruja bersama yang tersayang eceh ;p).

Ok. Moh kita layan visual pulak :)





Maryam takut-takut sepanjang berada di sini. 
Tengok kura-kura dalam cermin pun dia cemas hehe.
Terpaksa saya pujuk dia perlahan-lahan untuk tengok dengan lebih dekat.




Dua orang hero ni, khusyuk tengok semua haiwan. hehe


Nampak tu, ular...atas kepala tau! haha
Sampai menangis anak buah saya yang comel ni. 






Pandai burung merak ni posing.



Landak ni dalam kaca ye, tuan-tuan dan puan-puan. 










Yang seronoknya di FITC ialah, anda bebas memberi makan kepada haiwan-haiwan yang berkenaan. Makanan-makanan haiwan ini diedarkan oleh pekerja-pekerja FITC secara percuma. Haiwan-haiwan di sini pula kebanyakannya sangat 'responsif' a.k.a kebuloq! haha


Hati-hati bila masuk ke dalam kandang kambing tau, 
nanti habis baju dan tali beg anda 'dikunyah' :p





Tikus belanda dan arnab


See the fish?! sangat meriah!





 
Selesai sesi memberi makan ikan (setiap seorang diberi sebekas makanan),
 "Awesome!" kata Maryam.




Abil tekun tengok memerang.



....dan iguana (..kot haha)



Kemudian, Abil dan Zarif ber-pony ride.
Dapat sekali round saja, sayanggggnya.
Laju pulak pony tu berjalan. haha




Burung di sini pun cantik-cantik.




Alhamdulillah, memang berbaloi ke sini.
Kawasannya bersih dan terjaga, kalau ada taman kucing lagi saya suka. hehe

Saya puji dengan penyediaan sinki dan paip yang mencukupi di serata kawasan FITC. Sangat mudah untuk membersihkan tangan dan lain-lain anggota badan selepas menyentuh haiwan-haiwan di sini.

Oh ya, setiap kanak-kanak riang diberi sijil kehadiran FITC tau.
Sijil tanpa nama (taip sendirilah nama anak-anak tu ye ;p)


Exit dari FITC, kami sambung berjimba di IOI City Mall, Putrajaya.




I have a great family. I live an amazing life. -John Oates


InsyaAllah akan ada lebih banyak lagi outing dan family trip sebegini 
(we look forward to it!)


Alhamdulillah :)

No comments: