Dec 11, 2014

Rupa-rupanya Senang Saja

Bersambung daripada entri, Baru Nak Cuba :)

Kalau anda seorang amatur bab baking dan suka nak cuba resepi dessert yang simple,
silalah cuba....

Lapis Marie Cheese.

Sepertimana yang dikongsikan oleh baker otai; The Kitchen Guardian.




Bahan-bahan
1 paket biskut marie (plain), 1 paket biskut marie (coklat), 
250gm cream cheese, 300ml whipping cream
250gm susu pekat, lebih kurang 50g cheddar cheese.

*saya beli biskut marie coklat saja.

Mula-mula, lapikkan cake tin anda dengan baking paper
*saya tak buat pun, sebab dah plan nak makan lapis marie cheese ni dengan sudu, tak payah potong-potong macam kek biasa.



Sediakan bancuhan krim:
Mulakan dengan memukul cream cheese, kemudian masukkan susu pekat, bila sudah sebati, masukkan whipping cream dan pukul rata.



Kemudian, buat lapisan pertama dengan mengatur pecahan biskut marie (tak pecahkan pun boleh).
Selesai selapis biskut, sapukan bancuhan krim, atur semula biskut marie.
Ulang proses melapis sehingga bancuhan krim habis.


Lapisan paling atas adalah lapisan krim.
Boleh hias dengan pecahan biskut maria (yang ditumbuk halus) dan ditabur cheedar cheese.
*saya tabur cheese dulu, baru tabur pecahan biskut. Ikut sesuka hati anda, hokayy :p




Kak Dina tak suka cheese, maka dengan cadangan seorang kawan, 
boleh tabur pecahan biskut oreo juga.
*Tengoklah hasil kerja anak dara saya, lumayan betul serbuk biskut oreo-nya, dah macam serbuk arang (ooopss, haha)

Selesai memukul krim, melapis biskut dan menabur bagai, masukkan ke dalam peti sejuk. 
Chill semalaman.

Seeloknya memang biarkan semalaman, ye tuan-tuan, puan-puan.
Supaya biskut marie dan krim betul-betul mesra dan lembut dikunyah.
*ni bercakap berdasarkan pengalaman tak sabar menunggu semalaman,
baru dua tiga jam masuk peti sejuk dah terus baham hahaha.




Rupa fizikal lapis marie cheese dan lapis marie oreo saya memang tak berapa nak cantik,
tapiiiii sedapppp (hehe siapa lagi nak puji)

Menu famili ke? Saya, kak Dina dan Zarif je yang suka. Yang lain tak berapa minat.
Cukup untuk dessert kami tiga beranak selama tiga hari berturut-turut. hehe
Alhamdulillah :)

Anda ada resepi lain yang 'simple mimple', cer share & komen kat bawah nun..

K bai

No comments: