Dec 2, 2014

Sudah Disember?!

imej google

2 Disember hari ini dan entri blog saya untuk tahun 2014 baru mencecah angka 97 huhu *tepuk dahi*

Rekod terbaik (peribadi) untuk blog ini ialah 200 entri pada tahun 2010.Dua ratus entri setahun bermakna, secara purata, saya telah menulis 16 entri sebulan atau 4 entri seminggu. Not bad..

Walaubagaimanapun, prestasi blogging saya menurun selepas tahun 2010 sebelum ia meningkat semula pada tahun lepas, 2013. Kalau anda perhatikan di bahagian arkib, angka-angka berikut dicatatkan...


2010 - 200 entri
2011 - 120 entri
2012 - 110 entri
2013 - 129 entri

Kalau saya mahu menyamai rekod tahun lepas, saya perlu blog 32 entri lagi dalam masa kurang dari 30 hari. Fuhhh...tak mustahil, tapi mencabar.

Kalau saya mahu mencantas rekod tahun 2010 pula, 201-97 = bermakna 104 entri lagi perlu dibuat, bersamaan dengan purata lebih kurang 3-4 entri blog sehari. Fuhhh...*terbeliak bijik mata macam mata baby dalam gambar kat atas tu* haha

So, hari-hari kena blogging kah? Kita go with the flow ajelahhh haha (jawapan selamat)

Sekian, keep Calm & solat on time :)


4 comments:

shogun_na said...

saya rasa, ada kalanye, as a blogger yg active (mcm akak misalnya) kadang2 ada jugak keputusan idea....atau juga mood rajin tak mai2...hehehe...it depends pd semangat seseorang blogger tu rasanya....akak ni wayyyy better dr ina...ina mmg la xcapai target...malas yg banyak....hahaha

syida said...

ina, semua yg ina sebut tuuu..mmg betul sangatt hehe
ina xpe, ada banyak excuse..penat bwk perot, keje fulltime lagi..kita ni kengkonon nak jdkan blogging as my fulltime job. doa2kan ye...

Cik Imans Syamsi said...

hhhaa..suka tengok gambar mata baby terbeliak tu..kl mcm sy ni disember mmg bulan berblogging sepenuh masa..hoho.sebab cuti sekolah kan..err..lupa nak ucap salam kenal..sy follow sini ya..

syida said...

cik imans, selamat berblogging.. tq sudi singgah :-)