Jan 31, 2015

Versi 2015

imej:funnyinternetpicture.com

Ini entri yang ke-tiga puluh untuk Januari. Esok sudah Februari. Target menulis purata 1 entri sehari hampir tercapai bulan ini, kurang satu entri saja. Haihh..

Apa pun, permulaan yang baik untuk 2015 dalam diari saya sebagai seorang blogger (walaupun perjalanan saya masih sangat jauh). Alhamdulillah.

 

Terima kasih yang sudi jadi follower, yang baik hati memberi komen, yang meluangkan masa jadi silent reader, yang bermurah hati share tulisan saya di google+, twitter atau facebook. Yang share link ke sini juga tak dilupakan. Tekan butang 'like' saja pun dah cukup bermakna untuk saya.  Yang memberi apa juga bentuk sokongan kepada saya, tanpa saya sedar, secara langsung atau tidak langsung. *you know who you are*

Semuanya amat saya hargai.  Allah saja yang boleh membalas jasa kalian :)

Saya akan cuba untuk terus berkongsi di blog ini. Semoga tulisan saya semakin berisi, berinformasi dan berkualiti. Blogging bukan setakat untuk suka-suka (walaupun sebenarnya memang suka sangat, 24 jam menghadap pc pun boleh, tapi komitmen lain tak mengizinkan hehe). Saya anggap ini antara peluang dan medium saya untuk 'memberi'. Moga ada manfaatnya untuk semua, insyaAllah.


Tahniah dan terima kasih, anda dah selesai pun membaca entri in.

Ahlan wa sahlan Februari 

Sedulang Nasi Arab di Hari Jumaat


Siaran tertunda dari semalam.

Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat. Dapat makan nasi arab, tajaan seorang hamba Allah di majlis bacaan yassin dan solat hajat, di Nur Kidz (anjuran Persatuan Kanak-kanak Autistik Islam Johor).

Makan percuma, satu nikmat. Makan dalam dulang, double triple nikmat! (seumur hidup saya yang hampir mencecah 4 series ni, baru beberapa kali je kot makan dalam dulang hehe).

Semalam, sebelum saya ke majlis ini, sempat saya membelek-belek akhbar sambil bersarapan dengan anak-anak.  Keratan cerita tentang seorang ibu dan anak angkatnya yang istimewa (penghidap celebral palsy), sangat menarik perhatian saya.

Untuk anda yang kurang tahu tentang celebral palsy, boleh google atau baca serba sedikit tentang anak-anak berkeperluan khas ini, di sini --->  Malaysian Advocates for Celebral Palsy MYCP




Secara amnya, celebral palsy (cp) ini, adalah sejenis kecederaan otak yang agak serius atau biasanya dikenali sebagai 'spastik'.

Dipendekkan cerita, menjaga anak-anak special needs sebegini, SANGAT mencabar. Kalau kita yang menjaga anak tipikal yang sihat pun terasa susah dan penat, inikan pula ibubapa yang dianugerahkan anak-anak cp.  Jaga seorang anak cp ibaratnya menjaga 5-6 orang anak tipikal, mungkin lebih mencabar lagi :(

Saya jadi insaf bila membaca kisah ibu ini, Nor Wahidah Mohd Baharum. Nur Dania Aleesya Abdullah bukan darah dagingnya, tiada langsung pertalian saudara. Kuasa Allah, beliau terbuka hati dan ikhlas menjaga Nur Dania yang disahkan cp sejak lahir.  Saya K.A.G.U.M!

Apalah sangat cabaran saya membesarkan dan mendidik anak autisme saya, kalau nak dibandingkan dengan ujian yang sanggup digalas oleh Nor Wahidah.  (saya jadi malu dan terasa sangat kerdil)

Baca cerita penuh di sini -> Kasih Hingga Hujung Nyawa

Berita sebegini sepatutnya dijadikan muka depan dan tajuk utama akhbar, bukannya cerita remeh temeh tentang artis dan isu-isu lain yang kekadang tak layak diberi liputan langsung.

Semoga Allah mudahkan semua urusan keluarga ini dan anak-anak cp lain yang senasib dengan Nur Dania Aleesya. Amiin.

Berbalik kisah makan nasi arab sedulang tadi, semalam di Nur Kidz, selain bacaan Yassin dan surah Al-Kahfi, kemudian solat hajat dan jamuan, ada juga diselitkan tazkirah oleh seorang ustaz.  Sejak dah jadi ibu dan masuk peringat umur remaja purba ni, memang seronok dan teruja nak dengar tazkirah.  Kalau masa zaman sekolah dulu, ya Allah, asal tazkirah je, mengantuk. Mengantuk je, tazkirah haha (buruk perangai). *ok melalut sudah*


Paling saya tak lupa isi tazkirah yang disampaikan, (saya tak pandai nak quote sepenuhnya skrip ustaz, tapi lebih kurang begini pesanannya), 

"Anak-anak istimewa kita ni nanti, di hari perhitungan, Allah akan beritahu mereka, kamu tidak akan dihisab, masuklah kamu ke dalam syurga..dan mereka (anak-anak istimewa) pula akan berkata, kami tidak akan masuk syurga ya Allah, kecuali dengan kedua-dua ibubapa kami....

sehinggakan orang-orang lain yang melihat berkata, Ya Allah kenapalah kami tidak diuji sebegitu semasa di dunia dulu.."

Mendengar skrip ini, terus hati saya jadi sebak, airmata tak boleh nak ditahan-tahan, kalau saya sedang sorang-sorang di rumah atau dalam bilik, memang dah menangis semahu-mahunya kot...saya lemah, saya banyak dosa, saya tak layak.., tapi Allah bagi kelebihan, nikmat dan rezeki, seorang anak syurga! Allah...

Balik rumah, saya kongsi cerita dan tazkirah dengan suami, saya beritahu dia,


"Allah, susahnya nak tahan air mata, merah-merah muka dan mata tak nak bagi airmata mengalir, maluuu kalau menangis depan orang!" dan dia ketawa perlahan tengok saya bercerita..hehe
 
Senyum selalu :)

Jan 29, 2015

Bukan Tomyam Kung



Memang bukan tomyam kung. Tomyam versi apa entah. hehe

Bila agak-agak masa untuk memasak agak terhad dan kudrat memasak tak berapa nak ada, saya suka pilih menu tomyam.  Simple. Sedap belum tentu haha.

Hari Khamis, anak-anak balik dari sekolah lebih awal dari biasa. Selesai kerja-kerja mendobi, mengemas bagai, haruslah memasak pulak.  Tengok jam, tinggal sejam suku je berbaki sebelum saya keluar menyupir (ambil anak balik dari sekolah).

Dengan kalutnya, terus saya capai daun ketumbar, serai, bawang, lengkuas, cili pagi, tomato dan baby carrot serta ayam (tak kelihatan dalam gambar). Saya ambil segenggam bihun dan rendam dalam air panas, biar ia cukup kembang dan lembut sementara menunggu tomyam ayam siap dimasak.

Oh ya, saya alergik makanan laut.  So, memang bertomyam ayam saja, udang dan sotong, tak termasuk dalam ini cerita hehe.

Tomyam versi saya (belajar daripada encik suami), blend saja tomato, bawang, lengkuas dan sedikit cili padi (jangan ditanya sukatannya, saya pun ikut sesuka hati dan sesedap rasa aje). Sementara itu, ayam direbus atas dapur bersama serai, kalau ada daun limau purut, silalah letak sehelai dua.  Jangan lupa masukkan carrot (atau sayur-sayuran lain pilihan anda).  Yang di-blend tadi, tuang saja ke dalam air rebusan ayam.  Kemudian tambah garam dan air limau secukup rasa.  Kalau rasa macam tak cukup pedas, silalah tumbuk atau patah-patahkan sedikit lagi cili padi.  Petik sikit daun ketumbar dan campak ke dalam kuah tomyam tadi. Tunggu sampai mendidih atau sehingga ayam betul-betul empuk sebelum dihidangkan.

Tak payah letak kiub tomyam pun ye, tuan-tuan dan puan-puan. Yang tiada masalah alahan seafood, boleh la masukkan udang dan sotong sesuka hati hihi.

Hasilnya, meleleh-leleh air mata, air hidung anak-anak saya, waktu makan lunch tadi. haha (hero-hero saya tak tahan pedas, maknya masak terpedas la pulakk)

Harap maaf, tak sempat snap gambar tomyam yang dah siap dimasak, supirmama bergegas nak keluar menjalankan tugas. hehe

Seronoknya esok Jumaat. Weekend sudah bermula di tempat saya. Malam ni boleh tidur dengan tenang. Tak payah siapkan uniform, beg sekolah atau fikirkan menu bekal dan breakfast anak-anak esok pagi. I like!

Al-Mulk sebelum tidur jom :)







Jan 28, 2015

Rezeki Cendol


Ahad lepas, seorang rakan belanja saya makan cendol (gambar di atas). Ok, memang tak nampak cendolnya sebab saiznya halus-halus hehe, tapi tetap sedap. Dapat makan cendol free, harusslahh sedapp kan? Cuaca kat luar panas berdenting, Allah izinkan saya menghirup cendol sambil duduk-duduk menunggu anakanda saya berterapi. Oh! nikmat. Alhamdulillah :)

Pagi ini, saya belanja diri sendiri makan nasi lemak.  Beli dari warung tepi jalan aje. Sedap juga walaupun sekadar nasi lemak telur rebus dan bukan percuma. Rezeki juga. Perut kenyang, hati senang. Alhamdulillah :)

Bercakap tentang rezeki ni, saya teringat pada buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin). Saya suka baca buku ni berkali-kali, terutamanya bila terasa 'sempit' lagi menyempitkan haha.Buku ini menyebut tentang perkara-perkara yang mungkin kita dah lama tahu dan sedar, tapi kita lupa. Leka.  Bila baca semula buku ni, rasa 'sempit' terus bertukar menjadi lega, insyaAllah.


Ok nak kongsi sedikit ringkasan isi-isi penting dari Bab 18: Menjemput Rezeki dengan Sedekah.

"Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). "
(Al-An'am 6;160)

Oleh itu, formula paling berkesan menambah rezeki, 1-1=10. Sembilan syarat sebelum menggunakan formula di atas ialah;


Pertama, Yakin.

Kedua, Yakin.

Ketiga, Yakin.

Keempat, Yakin.

Kelima, Yakin.

Keenam, Yakin.

Ketujuh, Yakin.

Kelapan, Yakin.

Kesembilan, Barulah mula berdoa, beribadat dan bertindak!

1-1=10. Apa yang ditolak? Dalam maksud menjemput rezeki, 'tolak' itu bermaksud sedekah. Begini, setiap seringgit yang kita sedekahkan akan digandakan sepuluh kali. Berapa pun yang disedekahkan pasti dan pasti akan kembali lagi sepuluh kali ganda.

Andaikata wang boleh bercakap, ia akan berkata," Bukan setakat mendapat balasan sepuluh kali ganda, malah tuan akan terhindar daripada bala, rezeki tuan akan melimpah ruah, memudahkan jodoh dan kesihatan tuan akan bertambah baik!"

Wahhh, begitulah hakikat sedekah.

AJAIB. Namun ia bersyarat, iaitu mesti YAKIN.

"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia."
(Al-Hadid 57:11)

1-1 pasti jadi 10, bukan kosong. Malah Allah yang Maha Kaya boleh membalasnya sehingga 700 kali ganda dan lebih lagi. Allahuakbar!

So, bila rasa 'sempit', terus memberi, memberi dan memberi. Jangan tangguh-tangguh. Segalanya pasti Allah balas.

Bila kita bersedekah secara mengejut, Allah akan datangkan rezeki secara mengejut juga.  Datangnya tak disangka-sangka. Memang AJAIB.
-------------------------------------------------------------------

Fuhh, sekarang faham kan, kenapa bila saya boleh jadi lega setiap kali membaca buku ni di kala 'sempit'? hehe

Ada banyak lagi tips menjemput rezeki; jaga solat dan solat di awal waktu, solat dhuha, solat tahajjud, zikir, mendoakan orang lain, membaca Quran, tekun berusaha dan sentiasa bersyukur.

Satu lagi, (peringatan untuk diri sendiri juga), apa sahaja yang memberi faedah kepada kita adalah rezeki. Sihat dan kuat tubuh badan, rezeki.  Lidah yang fasih dan lancar, rezeki. Kesabaran adalah rezeki.  Masa lapang pun rezeki.  Idea bernas dan kreatif juga rezeki. Peluk anak atau pasangan, rezeki. Hantar anak pergi sekolah, rezeki juga. Semua ini boleh membawa kita kepada rezeki yang lain.

Masa dan ruang untuk saya berkongsi informasi ini di ruangan blog saya pagi ini juga adalah rezeki.

Saya harap esok esok ada lagi rezeki untuk saya mem-blogging dan berkongsi info, insyaAllah. Amiin!

Sekian.

Keep Calm and Keep On Giving. Give to others and it will come back to you tenfold :)


Jan 26, 2015

Nak Jadi BoboiBoy


Ini topi lama suami saya. Topi zaman universiti. Dah berlapuk pun. Zarif jumpa, dia suka dan dia jadikan topi 'Boboiboy' nya. Perkataan AIR tu merujuk pada 'kuasa air' Boboiboy.

Zarif peminat Boboiboy? Bukan setakat minat, tapi obses!

Tidur mimpikan Boboiboy. Topik sembang dengan maknya pun, topik Boboiboy. Saya yang hanya tahu sikit-sikit pasal Boboiboy ni pun, terpaksa buat-buat macam tahu banyak hehe. Bila bersembang, lagaknya memang kena ala-ala bersembang dengan 'rakan sebaya' (pada anak) ;p

imej google


Sebut pasal anak ni, saya teringat pada satu artikel yang dikongsikan rakan facebook, beberapa hari yang lepas. Saya sengaja bookmark page tersebut supaya boleh dirujuk dari semasa ke semasa (peringatan bersama).


Cara Efektif Membangunkan Jiwa Anak-anak:


1. Bersahabat Dengan Anak: Selalulah luangkan masa bersama anak-anak, jadi pendengar setia, jadi peneman di saat susah dan senang, dorong dan beri semangat pada anak-anak.


2. Menggembirakan Hati Anak: Layan anak dengan baik, cium, riba dan peluk anak selalu, usap kepalanya, berikan makanan yang baik dan makan bersamanya.

3.Wujudkan Persaingan Sihat dan Berikan Ganjaran: Semangat bersaing akan menjana potensi anak-anak secara positif.  Ganjaran pula adalah hadiah motivasi yang berkesan.

4.Memotivasikan Anak: Beri dorongan jiwa kepada anak-anak, pupuk semangatnya agar anak-anak jadi berani dan tidak mudah menyerah kalah.

5. Puji dan Bergurau Senda dengan Anak: Pujian boeh membangunkan emosi yang positif dan membantu mengeluarkan potensi atau bakat terpendam.

6. Membangunkan Kepercayaan dan Keyakinan Diri Anak: Sokong kemahuan mereka dan latih anak-anak agar menjaga rahsia (amanah). Biasakan anak-anak berpuasa. Kemampuan menahan diri daripada rasa lapar dan dahaga adalah satu kejayaan.  Bekalkan anak-anak dengan sumber ilmu (alQuran, hadis dan sirah Nabi).

7. Memberi Panggilan Yang Baik kepada Anak: Rasullullah saw sering memanggil mesra anak-anaknya  'Wahai Anakku'. Anak-anak yang mendengar ungkapan tersebut akan merasa dirinya 'dekat' dengan Rasulullah saw.

8. Memenuhi Keinginan Anak: Memenuhi kehendak anak-anak biarlah bertempat dan rasional. Apapun, ini adalah pendekatan psikologi yang efektif untuk menambat hati dan membentuk emosi positif antara anak-anak dan ibu bapa. 

(Baca artikel penuh di sini: Rasulullah s.a.w Bapa Mithali)

Berbalik kisah Boboiboy, ada satu soalan daripada Zarif yang selalu buat saya speechless; "Ma, kalau adik doa mintak Allah bagi adik superpower macam Boboiboy, Allah bagi tak?"

"Hmmmmmmmm...Ma tak tahula dik. Allah je yang tahu." jawab saya dengan muka yang berkerut-kerut. huhu
Errr..kalau anda di tempat saya, apa jawapan anda?

Sekian cerita di tengah malam Isnin. InsyaAllah nanti saya sambung cerita lagi :)

Parenting is not a practise. It's a daily learning experience. (quotepix.com)


Jan 25, 2015

Oh! Kek Pisang

Saya ni spesis amatur bab masak-memasak (terutamanya, baking). Pagi tadi bila mak mertua hulurkan pisang pada saya, "Nah, syida selalu buat cokodok..." Entah mimpi apa agaknya malam tadi, tetiba saya terasa nak buat kek pisang. haha

Sebut pasal cokodok, dah selalu sangat saya buat, anak-anak pun sampai dah naik jemu agaknya. Sejak kebelakangan ni, cokodok saya tak berapa nak laku huhu.

Berbalik pada cerita kek pisang, bila saya google resepi, resepi dari Azie Kitchen menarik perhatian saya.   Saya ikut satu persatu resepi dan arahan cara membuat kek pisang, seperti yang dikongsi oleh Puan Azie, kecuali satu. Beliau gunakan pisang emas, saya guna pisang berangan (kot?!) *haaa...tengokla tu, nama pisang pun tak pass haha*


Bahan-Bahan:

3-4 biji pisang (dilecek)
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Diayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan lain:
1 sudu besar jus limau nipis (tak letak)
1 sudu kecil esen vanilla




Cara-cara:

Panaskan oven pada suhu 170C.
Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.

Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5min atau sehingga putih. 
Masukkan pisang dan kacau rata.

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan spatula.

Masukkan esen vanilla, jus limau (jika ada) dan gaul rata.
Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak.

Saranan oleh Puan Azie; apabila permukaan atas telah perang, kurangkan suhu oven ke 150C.

....dan inilah hasil kek pisang saya.

*malu nak tunjuk dalam loyang. Kongsi gambar yang atas pinggan sudahlaa.. haha*




Bak kata Puan Azie, 
" kek pisang ini memang sedap, memang lembab dan secukup rasa kemanisannya." 

Saya sangat setuju! :)

Siapa lagi yang bersetuju dengan saya? Semestinya hero saya, si Zarif.
Habis sebekas kek pisang dimakannya sebelum ke sekolah agama.

"Ma buat sendiri ke ni?" "Eh, ye lahh."
"Sedaplah!" "Alhamdulillah"

Bila kena puji, rasa macam dapat duit hehe.



Anda suka kek pisang? 
atau tercari-cari resepi kek pisang yang sedap dan mudah?
Cubalah resepi ni :)

Tempoh penyediaan (termasuk masa membakar kek): lebih kurang sejam setengah.

Jumpa lagi!

Jan 24, 2015

Solat Subuh Gajah?!

imej: islamituindah.my


Solat Subuh. Saya tak nafikan, ia antara solat yang paling berat untuk ditunaikan. Selalu juga saya kalah, bangun subuh, tapi 'subuh gajah'.

Beberapa tahun kebelakangan ni, tanpa saya sedar, Allah beri kemudahan untuk saya bangun Subuh. Tabiat 'subuh gajah' masih ada, tapi dah tak sekerap dulu. hehe

Kucing. Saya bela kucing sejak lebih kurang 4 tahun yang lepas. Sejak dari membela Betty (Betty pun dah tiada sekarang), sehinggalah kepada 8 ekor anak bulus yang saya ada sekarang, memang merekalah antara 'alarm' subuh saya.

Semasa kucing saya baru ada seekor dua, mereka tidur dalam bilik, samada bersama saya atau anak-anak.  Masuk saja waktu subuh, memang mereka akan terus menerus berusaha mengejutkan saya bangun, sebab mereka nak makan! haha

Digigit atau dijilat di kaki, tangan, badan, bunyi mengiau non-stop, kadangkala mereka tunggu di tepi muka saya dan purring (bernafas dengan kuat), pernah juga masuk bawah selimut. Memang 'ajaib'lah kalau kita tak bangun, sebab tak boleh nak tidur dibuatnya dengan 'gangguan-gangguan' ni.

Sekarang ini, sejak dah ada 8 ekor kucing (semuanya baka kucing jalanan dan sudah dikembirikan), bilik tidur adalah kawasan larangan.  Kalau dibenarkan masuk, jawabnya tuan kucing tidur atas lantai. haha

Pintu bilik ditutup. Tapi bila Subuh, mereka akan mengiau dari luar, kadang-kadang dengar bunyi pintu dicakar, adakalanya mereka 'bergurau' dan bercekau sesama sendiri semasa menunggu beramai-ramai di luar bilik.  Dah lapar, macam-macamlah ragamnya.  Memang semua setia menunggu sehingga saya keluar dari bilik. Bagus betul :)

Kucing punya pasal, bingkas juga saya bangun. Solat Subuh, kemudian uruskan breakfast mereka.

Anak autisme saya, Nabil. Memang dulu, kini dan selamanya,  sangat senang bangun subuh. Kalau dia tidur awal (seawal jam 9 malam), biasanya dia bangkit sebelum azan subuh dilaungkan. Kalau dia tidur sekitar jam 10 malam, dia akan bangun sekitar jam 6 pagi.  Kalau dia tidur lewat sekalipun (jarang-jarang berlaku sejak dia bersekolah), dia akan bangun jam 5-6pagi juga. Tak kiralah hari bersekolah ke, hujung minggu ke, cuti umum ke, cuti sekolah ke, tetap bangun awal. Alhamdulillah

Abil bangun, tanpa bantuan alarm clock dan sebagainya. Walaupun kami setting alarm pada handphone, dia bangun sebelum ianya berbunyi. Dialah alarm clock! Tak kira di mana saja, di rumah sendiri, di rumah atuk, semasa pergi bercuti, everywhere. (Baca: Sekecil-kecil Nikmat) Tak tahulah kalau pergi oversea (zon masa yang berlainan) apa pulak situasinya kann, belum pernah cuba hehe.

Apapun, syukur ada kedua-dua 'kemudahan' untuk bangun subuh ini. Lebih mudah untuk bangkit pagi, lebih senang untuk istiqamah. insyaAllah 


Apa cerita subuh anda? Meh la kongsi :)


"Tiada solat yang dirasakan berat oleh orang munafik, kecuali solat Subuh dan Isyak.Sekiranya mereka mengetahui besarnya pahala yang ada pada keduanya, pasti mereka akan mendirikannya walaupun sambil merangkak." hadis riwayat Bukhari & Muslim.




Salam Sabtu!

Jan 23, 2015

Selamat Hari Jumaat


Haa...tengoklah imej tu, spesis tak nak guna visual dari google hari ni, haruss lah snap gambar sendiri hehe. Kejap je dah Rabiulakhir. Januari pun hampir ke penghujung. Oh pantasnya masa.

Menu sarapan pagi ini; Bihun Goreng, Teh 'O' panas, karipap dan donut. Jangan ditanya siapa yang masak? Yang pastinya, bukan air tangan saya hehe.

Sebelum menu di atas dihidangkan, seperti biasa saya tanya dulu pada Abil (walaupun selalunya saya dah tau pilihan seleranya), saja nak galakkan Abil bercakap dan berkomunikasi (fyi, individu autisme, walaupun ada kemampuan verbal, sangat 'berat mulut').

Saya: Abil nak makan apa, nasi lemak ke bihun goreng?
Abil: (Diam)

Selepas lebih kurang 15saat, saya tanya semula..


Saya: Abil nak makan apa, bihun goreng ke... (pause sekejap)..nasi lemak?
Abil: Maggi!

hahahahahaha jawapan yang sangat TAK dijangka (padan muka maknya ;p)

Ini semua akibat ternampak saya dan suami makan Mamee chef beberapa hari lepas. Oleh kerana dah 'kantoi' dan dia sibuk mahu rasa, kami beri Abil 'menjamah' sedikit.

Dah pandai mintak Maggi pulakk. Adehh...

Of course lah saya tak ikut permintaannya kan? hehe

Saya; Abil makan bihun goreng jelah ye? Boleh? ke nak nasi lemak?
Abil: Nak mee...bihun!

ok! dan kami terus breakfast bersama-sama. Alhamdulillah :)

Moralnya, lepas ni kalau nak makan maggi, kena lebih 'bersembunyi' daripada biasa haha. Lebih baik lagi, tak makan maggi langsung, kan? (Oh mampukah?)

Bihun goreng. Nasi lemak. Teh 'O'. Karipap. Donut. Rezeki.
Anak autisme yang mengalah, patuh dan akur, walaupun tak dapat makan maggi. Rezki juga!

Sekian, enjoyyy your Jumaat!

Al-Kahfi jom :)



Jan 22, 2015

Siaran Hari Khamis


sumber: google

Buat julung-julung kalinya bersiaran dari luar, biasanya saya hanya blogging di rumah. Hari ni, mode gigih mengangkut lappy dan curi masa untuk menulis satu entri, sementara anak bujang saya berterapi di pusat intervensi-nya.

Saya hanya ada lebih kurang 25minit sebelum beredar. Here goes.....

Tiga perkara untuk saya syukuri hari ini;



  • Alhamdulillah lengkap 5 hari persekolahan minggu ini, Ahad-Khamis.  Esok dan lusa, masa untuk berehat.
  • Saya lihat seorang pembantu restoren memberi makan seekor kucing jalanan di depan sebuah restoren (tempat saya bersarapan dengan suami selepas menghantar anak-anak ke sekolah). Baru saja terlintas niat dalam hati untuk beri kucing tersebut makan sebelum saya meninggalkan restoren itu, Tak lama kemudian, saya lihat beliau bawa sebekas nasi serta ikan dan dihulurkan kepada kucing itu di luar. Allah beri peluang saya melihat kebaikan orang lain. Allah makbulkan juga doa saya supaya kucing itu diberi rezki makanan. Syukur :)
  • Rezki masa untuk update blog hari ini dan nikmat kesihatan yang Allah beri untuk saya menjalankan tugasan saya setiap hari.  Thank you Allah!
"Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang sentiasa bersyukur."

I am thankful everyday, insyaAllah :)


Jan 21, 2015

Bukan kisah Juara Lagu

Memang bukan kisah Juara Lagu pun :p
Nak sembang angan-angan hari Rabu hehe

Ruang khas dan tempat simpanan beg dan peralatan sekolah anak-anak di rumah.
(lihat visual di bawah)

Situasi sekarang:
Letak beg atas kerusi belajar, tepi meja, atas sofa, kekadang atas meja di ruang tamu.

Kalau dapat ruang yang kemas, teratur dan sistematik macam dalam imej-imej yang saya kongsikan ni, alangkah bahagia!




sumber: babble.com

sumber: pinterest


sumber: vizimac.com


Boleh lihat lebih banyak koleksi ruang simpanan barang-barang yang cantik dan menarik di sini: 

The Organised Housewife

Then, boleh join geng angan-angan saya haha



Sistem dan ruang simpanan yang teratur dan kemas seperti ini sebenarnya sangat bagus diaplikasikan untuk anak autisme. Ia sangat memudahkan tugas mengajar mereka mengurus diri dan menjaga barangan keperluan mereka dengan baik.  Once you teach them, they'll remember it for life

Ini berdasarkan apa yang saya lihat pada anak saya, Abil. Dikhaskan tempat menyangkut baju-baju, kasut dan barangan keperluan lain, memang dia SENTIASA akan pastikan barang-barang tersebut berada di tempatnya.  Pantang dialih (kecuali semasa sedang digunakan), akan secara otomatik disimpan semula ke tempatnya. Bagus kan? Tak perlu suruh-suruh dia kemas berulang-ulang kali (selalunya berlaku pada anak-anak tipikal), dia dah tahu sendiri.

Bagaimanapun, saya masih belum ada ruang dan sistem seperti di atas, one sweet day insyaAllah (dah siap-siap printscreen dan whatsapp gambar-gambar dan link di atas pada encik suami hehe)

Rabu adalah hari kesukaan saya, sebab esok Khamis! (Jumaat adalah hari cuti) hehe

What's your favourite day of the week?


Jan 20, 2015

Macam Comel Je

Antara tugasan saya sehari-hari, sediakan menu bekal ke sekolah untuk anak-anak saya. Memang pening. Yang seorang, seleranya begini. Seorang lagi, seleranya begitu. Maknya pulak tak berapa nak rajin dan tak berapa pandai nak masak macam-macam. huhu

Alhamdulillah, tahun ini rezeki Abil, dapat makan percuma setiap hari (bawah Rancangan Makanan Tambahan). Semua murid pendidikan khas secara automatik, dapat kemudahan ini. Rezeki :)

Sebenarnya, RMT ni dah mula dari tahun lepas (untuk Abil). Tapi tahun lepas, Abil masih mahu makan bekalan yang saya sediakan. Tahun ini, menu yang lebih pelbagai dan lebih sedap (mungkin), berjaya menarik minat Abil untuk makan menu percuma di kantin secara berjemaah (dengan kawan-kawan). Syukur.

So, tugas saya lebih ringan sikit tahun ini. Hanya perlukan sediakan bekal untuk Zarif. Dia darjah 3 tahun ini. Tahun lepas, pernah minta duit poket lebih sebab nak cuba beli makanan di kantin.  Selepas lebih kurang dua bulan, ada satu insiden sakit perut dan cirit birit berlaku (pada Zarif), terus dia serik dan hanya mahu makan bekal dari rumah. Mak tak kisahlah, janji makan :)

Selera Zarif ni tak sesusah mana untuk dipenuhi.  Boleh makan apa saja. Cuma, saya kena sediakan satu untuk ke sekolah kebangsaan, satu lagi untuk dia makan sebelum ke sekolah agama. Jarak masa antara waktu balik dari sekolah kebangsaan dan sekolah agama, sangat rapat. Hanya selang satu jam. Jadi, saya tunggu dia balik dari sekolah agama, baru sempat beri makan nasi (atau menu lain yang berat-berat). Menu tengahari (sebelum ke sekolah agama), yang ringan-ringan, ala-ala snek saja. Cukup untuk alas perut.

Panjang la pulak ceritanya haha. Ok, nak kongsi gambar mini burger (salah satu menu bekalan zarif). Saya guna baby bun yang saya beli dari bai roti. Sekeping burger ayamas, saya potong empat. Letak salad dan cheese sikit. Tabur pepper pada burger, calit mayonis sikit pada roti. Sos cili? No-no! Hero saya sorang ni tak tahan pedas hehe.








Comel je. Sekali ngap dah habis hehe. Senang la Zarif nak mengunyah dalam kereta, waktu ke sekolah agama.

Apa menu bekal anak-anak anda?

Selasa yang happy. Jumpa lagi :)



Jan 19, 2015

5 Sebab

imej google
 


Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan saat, kita dikurniakan Nikmat oleh-Nya. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur.

Alhamdulillah untuk 5 perkara ini;

1. Saya hampir-hampir terlanggar motosikal semasa hantar anak saya ke sekolah agama. Nyaris! Tapi syukurlah semua selamat. Tiada langsung kemalangan berlaku.

2. Jumaat lepas, sewaktu melawat kak Dina di asrama, dia mengadu pada saya yang dia gagal masuk kumpulan pancaragam sekolah kerana lewat mendaftar/beri nama. Meleleh air matanya. Sedih saya tengok. Dalam hati berdoa, adalah rezeki untuk anakku ini masuk band sekolah. Kalau bukan sekarang, tahun depan depan pun tak apa. Semalam, dia sms saya, "Ma, dina dapat masuk band. Dah dapat kasut!" Syukur :)

3. Hari Ahad biasanya trafik lebih sesak daripada biasa kerana anak-anak bersekolah tapi ibubapa yang bekerja sektor swasta bercuti hujung minggu. Semalam, saya dan anak-anak berjaya keluar awal. Trafik lancar. Semua urusan pergi dan balik sekolah, mudah belaka.

4. Walaupun semalam dan hari ini, adalah hari persekolahan (hari bekerja). Saya sempat siapkan dua tiga entri di blog sambil uruskan rutin menyupir dan urusan-urusan lain. Rezeki :)

5. Masih bernafas hingga ke saat ini. Never take this for granted. Anugerah termahal dari-Nya.



Maka Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?
(Surah Ar-Rahman 55:13)


Jan 18, 2015

Membesar Bagai Johan



7 Annoying Things Toddlers Do That Are Actually Good For Them


Selesai membaca artikel (link di atas itu), terus saya 'gali' gambar-gambar lama dan menatap wajah-wajah comel anak-anak saya di zaman 'toddlerhood' mereka hehe.

Patutlah saya pernah membaca satu tips, untuk mengawal dan mengelakkan rasa marah yang keterlaluan pada anak-anak (bila mereka buat perangai 'cantik'), simpan gambar mereka semasa bayi di dalam dompet anda (untuk ditatap setiap kali rasa marah itu muncul). Memang boleh 'cair', kan? MasyaAllah :)

Alkisahnya, kebanyakan karenah anak-anak semasa mereka kecil, sebenarnya sangat bermanfaat dalam proses tumbesaran mereka. (sumber: pickanytwo.net)

Dipendekkan cerita, berikut sedikit sebanyak manfaat daripada tabiat dan perangai anak-anak kecil di fasa 'toddlerhood' mereka:-

Making a Mess. Bila di-google translate, 'making a mess' maknanya membuat kacau bilau haha. Bila anak-anak kecil membuat sepah, memang kacau bilau kita dibuatnya, kannn? Kita kemas, dia menyepah. Dia menyepah, kita kemas balik. Sepah-kemas-sepah-kemas, forever after hehe.

Menurut kajian, yang dikongsikan dalam artikel (link di atas), anak-anak yang membuat sepah, belajar dengan lebih berkesan. Contohnya, messy ketika makan. Ramas sana sini, calit dan palit sana sini, baling sana sini, tumpah sana sini. Sebenarnya, sambil 'mencomotkan diri', sambil mereka belajar nama-nama makanan dan kata kerja yang terlibat dalam aksi messy ketika makan itu.

Same Book, Same Song, Same Game, Everything The Same. Anak-anak kecil ni, tak kenal erti jemu kan? Boleh tengok Frozen beratus kali, kartun Pocoyo, Barney dan Upin Ipin beribu kali haha. Tengok, tengok, tengok dan tengok lagi. Samalah juga dengan lagu atau permainan kegemaran mereka. Kita dah rasa nak 'muntah' tapi mereka masih 'steady' menonton/mendengar atau bermain game yang sama saban hari.

Pengulangan demi pengulangan ini sebenarnya sangat membantu dalam perkembangan bahasa. Yelah kan, sampai dah boleh hafal skrip dan tahu apa adegan (dalam filem atau siri animasi) yang bakal berlaku seterusnya. Moralnya, pantau apa yang anak-anak tonton dan dengar. Ia adalah asas kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.

"No." Selalu menjawab "Tidak." atau "Tak Nak." Jom mandi, "Nanak!" Haaa, macam biasa dengar je skrip ni kann? Menidakkan, membangkang atau membantah arahan penjaga atau ibubapa memang biasa berlaku.  Ia sebenarnya adalah proses mengenal diri sendiri dan perjalanan membentuk identiti atau personaliti anak-anak. Jadi, awasi cara anda menangani situasi sebegini. Bak kata pepatah inggeris, handle with care hehe. Perangai atau karenah yang seringkali disalah-tanggap sebagai 'degil' ini, jika ditangani secara berhemah, akan melahirkan anak-anak yang berani membuat pilihan atau keputusan dan memupuk sikap berdikari.

Clingy. Diterjemahkan oleh google translate sebagai 'lekat' haha. Betul la tu melekat, macam magnet. Karenah ini antara yang sangat menguji ibubapa, betul tak? Memang kita akan dihantui rasa bersalah dan 'fefeeling' menangis air mata darah setiap kali anak-anak buat perangai clingy apabila perlu ditinggalkan untuk sebarang urusan.  Kadang-kadang, boleh naik darah juga dibuatnya. Masakan tidak, kalau ditinggalkan untuk ke tandas atau solat saja pun, mereka tak mahu dan menangis bagai nak rak.

Berita baiknya ialah, sikap ini menunjukkan betapa sayangnya mereka pada kita. Mereka rasa selamat bersama kita dan memerlukan kita di sisi mereka setiap masa. Alahaiii..

Pelukan dan pautan erat mereka setiap kali ditinggalkan (untuk sementara) menunjukkan yang mereka perlukan perhatian dan jaminan bahawa mereka bukan ditinggalkan untuk selama-lamanya. Ibubapa perlu berusaha meyakinkan anak-anak kecil ini bahawa mereka akan kembali dan anak-anak tidak perlu terlalu risau dan takut. Everything's gonna be alright (insyaAllah).


Temper tantrums. Mengamuk! (oh tidakkk) Ini mungkin karenah anak-anak kecil yang paling mencabar. Solusinya, kena BANYAK sabar.  Menangis, meronta, mogok dan mengamuk adalah salah satu cara anak-anak meluahkan perasaan.  Kita semua sedia maklum, rasa marah, kecewa dan susah hati, kalau tidak diluahkan, boleh 'memakan diri'. Teori ini bukan saja untuk yang dewasa, anak-anak kecil pun sama.

Ini bukan bermakna ibubapa perlu menurut apa saja kehendak si kecil setiapkali mereka protes. Sebaliknya, ibubapa/penjaga disarankan bersikap cool (seolah-olah tiada apa berlaku/tidak menunjukkan sebarang reaksi) bila mana anak-anak kecil 'tunjuk perasaan'. Sebaiknya, siasat apa punca kemarahan anak-anak.  Cari solusi berdasarkan puncanya. Individu dewasa yang bersabar dan menangani protes anak kecil dengan cara berhemah adalah 'model' terbaik (kepada anak-anak) tentang bagaimana mengawal dan mengatasi rasa marah dengan cara yang positif.


Refuse to Sit Still. Anak-anak fasa toddler memang sentiasa bertenaga. Tak kenal penat. Tak reti letih. Melihat keaktifan anak-anak dari sudut yang positif, aktif bermakna mereka sihat dan otak mereka sentiasa 'bekerja'.  Si kecil yang aktif juga, biasanya tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan berat badan ideal dan kebarangkalian untuk mereka menjadi overweight atau obese adalah rendah.

Dawdle. Suka berlengah-lengah. Dah namanya pun anak kecil kan, pada saat kita sedang kelam kabut dikejar masa, waktu itulah juga dia mahu bersantai-santai dan berlengah-lengah.  Rutin harian yang sangat padat, memang selalu menyebabkan kita terkejar-kejar dan terburu-buru. Tapi, untuk si kecil, tiada apa yang perlu dikejar, they have all the time in the world. haha

Hakikatnya, karenah ini sebenarnya mungkin 'signal' supaya kita lebih bertenang dan relaks dalam apa jua situasi. Keep calm and take one thing at a time :)

Moralnya, walaupun karenah dan perangai si kecil kadangkala menguji dan mencabar tahap kewarasan dan kesabaran kita, sebenarnya ia adalah sebahagian daripada proses perkembangan minda dan emosi mereka.  Peranan kita sebagai individu yang lebih dewasa? Jauhi yang negatif, pupuk yang positif. (peringatan untuk diri sendiri)






Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu 
hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
(sumber: kiemiftah.com)




Jan 16, 2015

4 Hari Sekolah, 1 Hari MC

imej dari: infokesihatan4u


Siapa yang mc tu? Nurhan Zarif.

Semalam, sudah 'berlubang' satu hari rekod kehadirannya.  Baru minggu pertama. haishh..

Tak apalah kan. Nak buat macamana. Allah bagi sakit. Allah juga yang bagi sihat. Sejak pagi Rabu, memang Zarif dah mula mengadu tekaknya rasa tak sedap dan hidung sudah mula berair.  Tapi saya gagahkan juga meminta beliau ke sekolah. Balik dari sekolah agama di sebelah petang, dia mengadu sakit kepala. Badan dah mula 'dedar'. Sebelah malam, memang suhu badan agak panas.  Saya beri Zarif makan supplemen sebelum tidur.

Pagi Khamis, bila dikejutkan, terasa badannya masih panas, merah bibirnya. Bila dikejut, masih sakit kepala (katanya). Saya ambil keputusan untuk rehatkan saja Zarif di rumah. Dia ikut saya hantar Abil ke sekolah.  Waktu bersarapan, saya minta beliau kerap minum air. Menjelang tengahari, nampak dia lebih segar. Mungkin sebab dah makan ubat demam dan kerap minum air putih. Saya pujuk dan pujuk supaya beliau ke sekolah agama. Mula-mula dia tak nak. Akhirnya dia 'termakan pujuk'. Alhamdulillah :)

oh ya, sempat saya gugel tips tentang sakit kepala. Jangkitan di bahagian telinga, hidung dan tekak memang salah satu penyebab sakit kepala. So, selsema, batuk, sakit tekak dan sakit kepala, memang normal. Pakej lengkap. huhu

Petua orang lama, perah limau kasturi atas kepala, ramas-ramaskan pada rambut dan picit bahagian kepala yang sakit.  Tips lain;

-urut dengan minyak urut/panas di bahagian tengkuk, kepala dan belakang telinga.
-Letakkan ice pack di atas kepala untuk beberapa minit. Kalau tak ada ice pack, balut ketulan ais dengan tuala pun boleh.
-Kurangkan, atau lebih baik lagi, elakkan MSG (bahan perisa tambahan/ajinomoto).
-Rehat seketika di tempat yang gelap dan tenang (bebas dari bunyi bising dan hiruk pikuk).
-Minum air elektrolit (100plus, revive) untuk menghidratkan dan memberi tenaga pada badan.
-MInum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Ada beberapa lagi tips menarik. Baca sepenuhnya di SINI.

Hari ini sudah hari Jumaat. Masa untuk berehat. Zarif pun nampaknya sudah sihat.  Syukur.

Saya jumpa artikel menarik di facebook pagi tadi. 

Sila, sila baca: Menjadi Lima Dengan Mudah, Alhamdulillah!

Ok. Saya berhenti di sini. Be healthy. Be happy. Jangan lupa Al-Kahfi :)



Jan 15, 2015

Minum Air Pelangi


imej: afrinafaiqa.blogspot.com


Air pelangi? Apakah? Orang panggil, infused water. Ada juga yang sebut detox water atau spa water. Saya je yang panggil air pelangi. Cantik. Colourful!

Infused water ni banyak khasiat. Saya sendiri dah mula praktis minum air ni sejak sebulan dua yang lepas. Cuma masih on and off (belum cukup istiqamah).

Basically, anda boleh gunakan apa saja buah-buahan dan sayuran segar. Potong-potong ikut saiz yang sesuai dengan bekas minuman anda. Masukkan air. Letak dalam peti sejuk semalaman. Setiap kali lepas minum air ni, memang tekak rasa segar!

Khasiat khusus air ni bergantung pada jenis buah dan sayur yang anda gunakan.  Secara amnya, infused water ni bagus untuk kulit, memberi tenaga, menyingkirkan toksin dalam badan dan menurunkan berat badan. Wahhh, bagus kan? Tapi kena buat secara konsisten baru boleh nampak kesannya secara optimum (peringatan untuk diri sendiri ni ;p)

Ada banyak kombinasi buah dan sayur yang boleh dibuat, paling kerap digunakan, lemon!

Tapi saya tak suka gunakan lemon. Awal-awal dulu memang letak lemon. Berkerut-kerut muka menahan rasa pahit lemon tu. Bila jumpa alternatif lain yang lebih sedap, 'babai' lemon haha.



Antara kombinasi infused water yang pernah saya sediakan;

-buah lemon +daun pudina +strawberi
-buah lemon +batang seleri +strawberi
-buah oren +strawberi
-buah oren +timun +strawberi

Kombinasi yang paling sedap di tekak saya (buat masa ini); 


buah oren +buah epal hijau +daun pudina + daun parsley. 

Tak pahit, tak masam, tak tawar, manis-manis buah.


Anda boleh gunakan apa saja buah dan sayur kesukaan anda. Kiwi, epal, tomato, tembikai, blueberi, anggur, limau kasturi, limau nipis, ikut selera anda.

Bila minum infused water ni, perut saya yang memang sedia lawas ni, makinnn lawas!(menunjukkan betapa banyaknya toksin dalam tubuhku huhu)

Oh ya, TAK perlu tambah gula ya, tuan-tuan dan puan-puan. Ok je. Sedapp :)


A healthy mother makes a healthy family. 


Jan 14, 2015

Penat Tapi Happy

Oh! busy-nya minggu pertama persekolahan. Hampir dua bulan, supirmama bercuti. Bila dah kembali bertugas, rasa letih yang amat! 

Di celah-celah penat, letih, semput dan kalut, masih terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri.  Alhamdulillah :)

Kalau boleh saya nak bercerita panjang. Dalam kepala ni, macam-macam nak kongsi. Tapi stamina tak mengizinkan. huhu

Yang pastinya, di saat sibuk dengan rutin harian, saya rasakan masa berlalu dengan begitu pantas. Laju! Tau-tau dah Rabu. Esok khamis. Yeayyyyy ;p


Yang tak best-nya, mesti weekend pun berlalu dengan laju juga kan? haishh..

Apa pun, terima kasih pada yang singgah menjengah di sini saban hari.  Tak sempat blogging beberapa hari yang lepas, buat saya rasa sangat guilty

Saya harus berhenti di sini. 

Early to bed, early to rise makes a man healthy, wealthy and wise! hehe


ok. Saya rindu anak dara saya. Hence, this picture. 



Sekian.

Life is good. Be grateful.

Jan 11, 2015

Menjadi Pakar Motivasi

Ahad. 11 Januari 2015

...dan supirmama mula bertugas hari ini. Tahun baru, rutin baru. Alhamdulillah, pagi tadi bermula dengan agak baik. Sekolah dah bermula, jadual 'waktu saya' pun kembali.  Lega!

Hampir dua bulan tanpa 'me time' boleh bikin stres hehe. Breakfast bersama kak Dina (esok baru dia balik asrama) sambil menonton rancangan TV saya, oh nikmat! ;p




Anak ini, mengalami sedikit anxiety sejak semalam.  Beliau jadi pengawas tahun ini.  Belum pernah memegang sebarang jawatan dan setelah sekian lama selesa menjadi seorang pelajar cemerlang yang low profile, tahun ini berbeza.  Maka, dia panik.  Saya sangat faham rasa itu. Saya pun pernah lalu fasa itu.  Pernah panik, cuak, takut dan rasa tak tenteram seperti itu.

Terpaksalah maknya jadi pakar motibasi motivasi sekejap ('fefeeling' Prof Dr Muhaya haha). Fikir positif, think happy thoughts, zikir, doa, berbakul-bakul nasihat saya.  Nampak gayanya, hari-hari kena brainwash Nurhan Zarif ni.

Balik dari sekolah, biasanya kami akan bersembang-sembang. Peluang yang baik untuk brainwash hehe. Bagus juga kak Dina masih available hari ni. Boleh jadi 'fasilitator' kejap hehe.

Nurhan Nabil macam biasa. Happy. Pagi ini, tiba-tiba saya rasa dia lebih tinggi daripada biasa haha. "Ishh..budak 12 tahun ni", usik kak Dina sewaktu mereka bersalaman ketika Abil keluar dari kereta sebelum menuju ke pintu pagar sekolah. Saya hanya tersenyum. Rezeki di pagi Ahad :)

Oklah, gotta go! waktu tengahari ke petang adalah waktu paling sibuk untuk supirmama. Semoga semuanya dipermudahkan dan harussslah saya sambung cerita saya lagi esok esok lusa insyaAllah..


dari fb Positive Parenting: Toddlers and Beyond