Jan 21, 2015

Bukan kisah Juara Lagu

Memang bukan kisah Juara Lagu pun :p
Nak sembang angan-angan hari Rabu hehe

Ruang khas dan tempat simpanan beg dan peralatan sekolah anak-anak di rumah.
(lihat visual di bawah)

Situasi sekarang:
Letak beg atas kerusi belajar, tepi meja, atas sofa, kekadang atas meja di ruang tamu.

Kalau dapat ruang yang kemas, teratur dan sistematik macam dalam imej-imej yang saya kongsikan ni, alangkah bahagia!




sumber: babble.com

sumber: pinterest


sumber: vizimac.com


Boleh lihat lebih banyak koleksi ruang simpanan barang-barang yang cantik dan menarik di sini: 

The Organised Housewife

Then, boleh join geng angan-angan saya haha



Sistem dan ruang simpanan yang teratur dan kemas seperti ini sebenarnya sangat bagus diaplikasikan untuk anak autisme. Ia sangat memudahkan tugas mengajar mereka mengurus diri dan menjaga barangan keperluan mereka dengan baik.  Once you teach them, they'll remember it for life

Ini berdasarkan apa yang saya lihat pada anak saya, Abil. Dikhaskan tempat menyangkut baju-baju, kasut dan barangan keperluan lain, memang dia SENTIASA akan pastikan barang-barang tersebut berada di tempatnya.  Pantang dialih (kecuali semasa sedang digunakan), akan secara otomatik disimpan semula ke tempatnya. Bagus kan? Tak perlu suruh-suruh dia kemas berulang-ulang kali (selalunya berlaku pada anak-anak tipikal), dia dah tahu sendiri.

Bagaimanapun, saya masih belum ada ruang dan sistem seperti di atas, one sweet day insyaAllah (dah siap-siap printscreen dan whatsapp gambar-gambar dan link di atas pada encik suami hehe)

Rabu adalah hari kesukaan saya, sebab esok Khamis! (Jumaat adalah hari cuti) hehe

What's your favourite day of the week?


5 comments:

syafisyifa' said...

Ya Allah cantik sgt..tersusun kemas :)

syida said...

kannn? geramm tengok...kalo cenggini kekdahnya, barang bersepah2 kat situ pun, still nampak cantek haha

hainom OKje said...

ohhhh...i pun loike Shida.... sukalah rumah nampak kemas, tp tulah ruang dlm rumah ni mcm tak de jer..... So acane tu?

Duk Johor ye?

Mummydearie said...

Cool. Kemas dan teratur je kalau ada ruang khas macam ni. Terus nak join berangan sama :)

Saya suka hari Jumaat sebab esok dan lusanya cuti. Boleh mengulit anak-anak!

syida said...

hainom, yup..sy di johor :)
itu la kan, masalahnya ruang yg ada semua dah penuh haha..itu psl angan2 je dulu ;p

mummydearie, sana weekend sabtu ahad kann? time weekend harusss la mengulit anak2 hehe