Jan 9, 2015

Kasut Phua Chu Kang

dari google



Kasut Phua Chu Kang ini mungkin antara item yang paling hot sekarang. Kita semua tahu bahawa kawasan-kawasan terjejas banjir kini sedang giat dibersihkan dan dibangunkan semula secara perlahan-lahan. Fasa yang mencabar.  Harta benda (terutamanya rumah) yang musnah bukan sikit-sikit.  Banyak tempat yang mengalami total lost. Allah :(

Bagaimanapun, ragam manusia yang pelbagai tetap sama dimana-mana.  Ada yang molek, ada yang kurang manis, ada yang mengkagumkan, ada yang menjengkelkan.  Saya mengikuti perkembangan tentang banjir dengan hati yang bercampur baur. Insaf.


Apapun, yang pasti, proses pembersihan dan pembangunan semula ini melibatkan masa yang agak panjang dan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Saya harap yang tampil membantu untuk memberikan sumbangan tenaga adalah mereka yang benar-benar ikhlas dan sedia berkhidmat dengan bersungguh-sungguh.  Amiin.

Kita yang melihat dari jauh, bantulah sedaya dan semampu yang boleh.  Jangan putus berdoa.

Saya 'folo' update banjir dari fb Warga Prihatin dan Raja Shamri. 

Pagi Jumaat yang sejuk , jom al-Kahfi :)

Jalan-jalan blogwalk ke sini pun menarik juga->
Hellen Keller: Rontaan Akal Mencari Makna
Serangan Berdarah Charlie Hebdo


Reading is for awesome people (anonymous) 




7 comments:

Azrio Kun said...

Kesian dengan nasib mangsa banjir..
Moga mereka dipermudah...

syida said...

kann? berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Amiin Ya Rabb

syafisyifa' said...

semoga mangsa banjir tabah..semoga Allah gantikan dengan perkara yang baik2 kepada mereka selepas ini...amin amin aminnnnn

Puan Kutu said...

pilu hati tgok mangsa banjir..klu keluarga sendiri macam manalah..semoga mereka tabah

syida said...

syafisyifa' & puan kutu,

tk atas komen. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..semoga doa2 kita dimakbulkan Allah..

Jari Manis said...

kasut phua chu kang!! yEzz..kasut ni paling laris kerana amat di perlukan semasa JM join Misi Bantuan Banjir di Pasir Mas tempoh hari

syida said...

haha...glamer kasut ni ;p

tak sabo tunggu JM kongsikan pengalaman misi banjir..cecepat tau!