Jan 18, 2015

Membesar Bagai Johan



7 Annoying Things Toddlers Do That Are Actually Good For Them


Selesai membaca artikel (link di atas itu), terus saya 'gali' gambar-gambar lama dan menatap wajah-wajah comel anak-anak saya di zaman 'toddlerhood' mereka hehe.

Patutlah saya pernah membaca satu tips, untuk mengawal dan mengelakkan rasa marah yang keterlaluan pada anak-anak (bila mereka buat perangai 'cantik'), simpan gambar mereka semasa bayi di dalam dompet anda (untuk ditatap setiap kali rasa marah itu muncul). Memang boleh 'cair', kan? MasyaAllah :)

Alkisahnya, kebanyakan karenah anak-anak semasa mereka kecil, sebenarnya sangat bermanfaat dalam proses tumbesaran mereka. (sumber: pickanytwo.net)

Dipendekkan cerita, berikut sedikit sebanyak manfaat daripada tabiat dan perangai anak-anak kecil di fasa 'toddlerhood' mereka:-

Making a Mess. Bila di-google translate, 'making a mess' maknanya membuat kacau bilau haha. Bila anak-anak kecil membuat sepah, memang kacau bilau kita dibuatnya, kannn? Kita kemas, dia menyepah. Dia menyepah, kita kemas balik. Sepah-kemas-sepah-kemas, forever after hehe.

Menurut kajian, yang dikongsikan dalam artikel (link di atas), anak-anak yang membuat sepah, belajar dengan lebih berkesan. Contohnya, messy ketika makan. Ramas sana sini, calit dan palit sana sini, baling sana sini, tumpah sana sini. Sebenarnya, sambil 'mencomotkan diri', sambil mereka belajar nama-nama makanan dan kata kerja yang terlibat dalam aksi messy ketika makan itu.

Same Book, Same Song, Same Game, Everything The Same. Anak-anak kecil ni, tak kenal erti jemu kan? Boleh tengok Frozen beratus kali, kartun Pocoyo, Barney dan Upin Ipin beribu kali haha. Tengok, tengok, tengok dan tengok lagi. Samalah juga dengan lagu atau permainan kegemaran mereka. Kita dah rasa nak 'muntah' tapi mereka masih 'steady' menonton/mendengar atau bermain game yang sama saban hari.

Pengulangan demi pengulangan ini sebenarnya sangat membantu dalam perkembangan bahasa. Yelah kan, sampai dah boleh hafal skrip dan tahu apa adegan (dalam filem atau siri animasi) yang bakal berlaku seterusnya. Moralnya, pantau apa yang anak-anak tonton dan dengar. Ia adalah asas kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.

"No." Selalu menjawab "Tidak." atau "Tak Nak." Jom mandi, "Nanak!" Haaa, macam biasa dengar je skrip ni kann? Menidakkan, membangkang atau membantah arahan penjaga atau ibubapa memang biasa berlaku.  Ia sebenarnya adalah proses mengenal diri sendiri dan perjalanan membentuk identiti atau personaliti anak-anak. Jadi, awasi cara anda menangani situasi sebegini. Bak kata pepatah inggeris, handle with care hehe. Perangai atau karenah yang seringkali disalah-tanggap sebagai 'degil' ini, jika ditangani secara berhemah, akan melahirkan anak-anak yang berani membuat pilihan atau keputusan dan memupuk sikap berdikari.

Clingy. Diterjemahkan oleh google translate sebagai 'lekat' haha. Betul la tu melekat, macam magnet. Karenah ini antara yang sangat menguji ibubapa, betul tak? Memang kita akan dihantui rasa bersalah dan 'fefeeling' menangis air mata darah setiap kali anak-anak buat perangai clingy apabila perlu ditinggalkan untuk sebarang urusan.  Kadang-kadang, boleh naik darah juga dibuatnya. Masakan tidak, kalau ditinggalkan untuk ke tandas atau solat saja pun, mereka tak mahu dan menangis bagai nak rak.

Berita baiknya ialah, sikap ini menunjukkan betapa sayangnya mereka pada kita. Mereka rasa selamat bersama kita dan memerlukan kita di sisi mereka setiap masa. Alahaiii..

Pelukan dan pautan erat mereka setiap kali ditinggalkan (untuk sementara) menunjukkan yang mereka perlukan perhatian dan jaminan bahawa mereka bukan ditinggalkan untuk selama-lamanya. Ibubapa perlu berusaha meyakinkan anak-anak kecil ini bahawa mereka akan kembali dan anak-anak tidak perlu terlalu risau dan takut. Everything's gonna be alright (insyaAllah).


Temper tantrums. Mengamuk! (oh tidakkk) Ini mungkin karenah anak-anak kecil yang paling mencabar. Solusinya, kena BANYAK sabar.  Menangis, meronta, mogok dan mengamuk adalah salah satu cara anak-anak meluahkan perasaan.  Kita semua sedia maklum, rasa marah, kecewa dan susah hati, kalau tidak diluahkan, boleh 'memakan diri'. Teori ini bukan saja untuk yang dewasa, anak-anak kecil pun sama.

Ini bukan bermakna ibubapa perlu menurut apa saja kehendak si kecil setiapkali mereka protes. Sebaliknya, ibubapa/penjaga disarankan bersikap cool (seolah-olah tiada apa berlaku/tidak menunjukkan sebarang reaksi) bila mana anak-anak kecil 'tunjuk perasaan'. Sebaiknya, siasat apa punca kemarahan anak-anak.  Cari solusi berdasarkan puncanya. Individu dewasa yang bersabar dan menangani protes anak kecil dengan cara berhemah adalah 'model' terbaik (kepada anak-anak) tentang bagaimana mengawal dan mengatasi rasa marah dengan cara yang positif.


Refuse to Sit Still. Anak-anak fasa toddler memang sentiasa bertenaga. Tak kenal penat. Tak reti letih. Melihat keaktifan anak-anak dari sudut yang positif, aktif bermakna mereka sihat dan otak mereka sentiasa 'bekerja'.  Si kecil yang aktif juga, biasanya tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan berat badan ideal dan kebarangkalian untuk mereka menjadi overweight atau obese adalah rendah.

Dawdle. Suka berlengah-lengah. Dah namanya pun anak kecil kan, pada saat kita sedang kelam kabut dikejar masa, waktu itulah juga dia mahu bersantai-santai dan berlengah-lengah.  Rutin harian yang sangat padat, memang selalu menyebabkan kita terkejar-kejar dan terburu-buru. Tapi, untuk si kecil, tiada apa yang perlu dikejar, they have all the time in the world. haha

Hakikatnya, karenah ini sebenarnya mungkin 'signal' supaya kita lebih bertenang dan relaks dalam apa jua situasi. Keep calm and take one thing at a time :)

Moralnya, walaupun karenah dan perangai si kecil kadangkala menguji dan mencabar tahap kewarasan dan kesabaran kita, sebenarnya ia adalah sebahagian daripada proses perkembangan minda dan emosi mereka.  Peranan kita sebagai individu yang lebih dewasa? Jauhi yang negatif, pupuk yang positif. (peringatan untuk diri sendiri)






Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu 
hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
(sumber: kiemiftah.com)




5 comments:

Linda said...

Useful info....tq dear ;))

syida said...

u r most welcome! ;)

Puan Kutu said...

Mmg kerenah anak kadang2 bikin pening kepala.pasni kena simpan gambar baby depa dlm HP sbb sy takde wallet.hehe

Anak sy aiman suka berlengah lengah yg si afia suka buat semak,comot nak mkn sendiri.. Dh mula belajar nky tantrum juga..

Tq kerana mengingatkan

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Saya save ni untuk baca :)
Thanx sudi singgah blog saya..drshikinzainal.blogspot.com

syida said...

Dr Shikin, no problem...salam ukhwah :)

Pn Kutu, anak2 ni sbnrnya dari kecik smpai ke beso mmg x abis dengan karenah memasing, kan? apa pun, semua ada hikmahnya insyaAllah..sy pun sharing info je dari artikel yg sy bc tu..bnyk sy buat silap pada anak2 dulu huhu