Jan 6, 2015

Memori Tercipta (di Melaka)

Assalamualaikum,

ewahh tajuknya :)


Saya pernah cerita serba sedikit tentang percutian kami di Bayou Lagoon sebelum ini. Bersambung..

Secara ringkas, kami menginap di sini, 3 hari 2 malam. Objektif utama: layan anak-anak main water slides. Memang kegemaran semua, terutamanya Abil.

Alhamdulillah, objektif tercapai walaupun ada beberapa kelemahan di sini sana. Kami tempah apartment 2bilik, dapat tiket masuk ke waterpark sepanjang tempoh menginap (untuk 4 orang sahaja). Jadi, terpaksa beli satu tiket extra. Harga tiket masuk ke waterpark; RM20 dewasa, RM15 kanak-kanak.  Tiketnya per entry.  Jadi untuk kami yang menginap di sini, masuk main di waktu pagi, keluar sekejap untuk lunch, rehat dan solat. Kemudian, masuk semula di waktu petang, untuk berjimba round kedua.  Kena beli tiket 2x untuk 1 hari. adehhh..

Sebagai langkah berjimat, kami belikan tiket extra untuk Abil (so harga kanak-kanak). 4 Wristband yang diberi percuma pula, tak boleh ditanggalkan selama tempoh menginap. Kalau ditanggalkan atau tertanggal, walaupun masih dalam keadaan baik, masih kena beli wristband baru (tak boleh minta ganti).  Dari segi ini, saya rasa, Lotus Desaru lebih ekonomi dan praktikal.  Di LD, harga wristband  (extra) cuma rm5. Kalau tertanggal/rosak/tidak boleh dipakai lagi, hanya tunjukkan wristband asal dan yang baru akan diberi percuma.

Mungkin peraturan ketat dan kos wristband di Bayou Lagoon lebih tinggi sebab waterpark-nya dibuka juga kepada orang awam (yang tidak menginap di hotel BL). Wallahua'lam.



Kami datang ke sini, beberapa hari sebelum cuti Krismas. Peak period. Ramai yang sedang bercuti. Waktu check in, kawasan reception agak sesak. Menunggu untuk check in juga agak lama, walaupun menggunakan sistem nombor. Kalau tak ada nombor, mungkin lebih kalut lagi.

Lif hotel pula (untuk Amari villa) agak kecil dan daripada tiga yang ada, satu rosak sewaktu kami check in. Jadi anda boleh bayangkan betapa lambat dan lecehnya untuk kami naik ke bilik di tingkat 9.  In fact, sepanjang 3hari 2malam di sini, beberapa kali kami turun naik untuk ke waterpark/keluar makan dan sebagainya, melalui tangga. Tingkat 9 tuuu...fuhhh!

Alhamdulillah, biliknya agak selesa dan bersih. Ada TV dan sofa di ruang tamu. Dua bilik dengan 4 katil single (dua katil di setiap bilik).  Satu tandas di dalam master bedroom. Satu lagi di luar. Aircond dan water heater berfungsi dengan baik.  Ada dapur kecil dengan sinki dan peti sejuk, serta meja makan. Tiada microwave, oh rugiii.




Waterpark-nya bersaiz sederhana. Berita baik sebenarnya untuk kami sebab keluasan yang sederhana memudahkan kami memantau anak-anak, khususnya Abil. Pada kebanyakan masa, Abil bergerak sendirian kerana stamina kami tak cukup untuk menyaingi beliau. Adoyai..Mata saya tak lepas memerhatikan Abil dari jauh. Kalau hilang beberapa saat saja pun, dah cukup merisaukan.

Ada sejumlah 4 water slides. Hanya dua yang saya kongsikan dalam gambar. Memang puas anak-anak saya turun naik slide, tak penat-penat.  Paling champion, Abil!


Keadaan agak sesak di waterpark. Mujur kami turun awal, jam 830 pagi waterpark dibuka. Kami dah ada depan pintu masuk hehe. Dapatlah juga bermain air dengan selesa untuk sejam dua yang pertama. Saya dan suami bergilir-gilir jadi 'pengawas' anak-anak. Risaukan Abil terutamanya.  Bila dah ramai, macam-macam karenah dapat dilihat.  





close up



Tandas, loker dan bilik persalinan untuk orang awam.
Tahap kebersihannya tak dapat dipastikan sebab saya tak gunakan kemudahan-kemudahan ini.



Ada kafe juga, tapi pilihan makanan agak terhad dan harganya agak mahal juga.
Kami ke kafe untuk bayar tiket waterball.
Zarif yang teringin sangat waterball ni.
Kos setiap bola; RM10 untuk 10minit (satu bola, boleh masuk maksimum 2 orang).






Zarif dan kakak sangat seronok main waterball
Tapi Abil tak berapa suka.
Tak sampai 5 minit, Abil dah minta keluar dari waterball
Mungkin dia fobia dengan ruang sempit.


Selain 4 wristband waterpark percuma yang termasuk dalam pakej penginapan, 4 tiket untuk theatre 9D juga diberikan. Kami terpaksa beli tiket extra, kalau tak silap saya RM15.  Tayangan theatre 9D ini hanya 10minit.  Kami rasakan ianya biasa-biasa saja.  Tak rasa sangat pun efek 9D tu(kecuali yang duduk di barisan paling hadapan). huhu


Tiga hari dua malam di Melaka, kami sempat singgah di Melaka International Bowling Centre. Besar tempat ni. Memang puas ber-bowling di sini.





 

Cukup tiga hari, kami pun berangkat pulang. Bayou Lagoon. Kalau kami ke sini lagi sekali, mungkin waktu off peak kot :)



2015 misi memburu water slides diteruskan.
Destinasi seterusnya, Bukit Gambang Resort (insyaAllah!)


Happiness is....spending time with family :)


8 comments:

Leen Die said...

salam..terima kasih coz tinggalkan comment kat blog kita..salam kenalan

Mar Mansor said...

Seronok dapat bawa anak jalan2 kan..sama2 bercuti..

shazalyza mohammad said...

Owh.. akhirnya review yg ditunggu2 muncul juga.. ticket per entry? Huhuhu... jenuh jgk la ye kalo nak stay full day dlm waterpark tu.. tp kalo nak kuar masuk, terpaksa beli tix lain..

syida said...

Leen->alhamdulillah, singgah la lagi :)

Mar->mmg seronok berjimba dengan anak2..kalau aku kayaaa, hari2 pergi berjimba haha

shaza_> itu la pasal..x praktikal la caj tix per entry (sangat tidak customer frenly) huhu

Mummydearie said...

Salam singgah!

Membalas kunjungan ni :)

Masa saya ke sini tempat ni baru lagi. Saya tak perasan pun ada 9D Theatre ni. Kotnya memang takda lagi tak masa tu. Bab lif tu, masa hotel ni masih baru pun kami mengalami nasib yang sama. Siksa nak menunggu lif turun naik. Berebut-rebut nak turun. Waterball tu pun takda nampak juga tau!

Maybelah masa off peak season boleh bawa superheroes sekali lagi ke sini. Baru je balik dari day trip ke Melaka sebenarnya.

syida said...

Mummydearie, kann? lifnya mak oii..buleh bikin stress!

Melaka mmg favourite place untuk jenjalan, esp utk daytrip sbb dia x berapa nak dekat & tak berapa nak jauhh haha

Hayati Sulaiman said...

kalau kak syida jadi pegi gambang resort nanti jangan lupa hello saya tau?

syida said...

yati, insyaAllah...doakan ada rezki kitorng smpai kuantan..leh jumpa nanti :)