Jan 11, 2015

Menjadi Pakar Motivasi

Ahad. 11 Januari 2015

...dan supirmama mula bertugas hari ini. Tahun baru, rutin baru. Alhamdulillah, pagi tadi bermula dengan agak baik. Sekolah dah bermula, jadual 'waktu saya' pun kembali.  Lega!

Hampir dua bulan tanpa 'me time' boleh bikin stres hehe. Breakfast bersama kak Dina (esok baru dia balik asrama) sambil menonton rancangan TV saya, oh nikmat! ;p




Anak ini, mengalami sedikit anxiety sejak semalam.  Beliau jadi pengawas tahun ini.  Belum pernah memegang sebarang jawatan dan setelah sekian lama selesa menjadi seorang pelajar cemerlang yang low profile, tahun ini berbeza.  Maka, dia panik.  Saya sangat faham rasa itu. Saya pun pernah lalu fasa itu.  Pernah panik, cuak, takut dan rasa tak tenteram seperti itu.

Terpaksalah maknya jadi pakar motibasi motivasi sekejap ('fefeeling' Prof Dr Muhaya haha). Fikir positif, think happy thoughts, zikir, doa, berbakul-bakul nasihat saya.  Nampak gayanya, hari-hari kena brainwash Nurhan Zarif ni.

Balik dari sekolah, biasanya kami akan bersembang-sembang. Peluang yang baik untuk brainwash hehe. Bagus juga kak Dina masih available hari ni. Boleh jadi 'fasilitator' kejap hehe.

Nurhan Nabil macam biasa. Happy. Pagi ini, tiba-tiba saya rasa dia lebih tinggi daripada biasa haha. "Ishh..budak 12 tahun ni", usik kak Dina sewaktu mereka bersalaman ketika Abil keluar dari kereta sebelum menuju ke pintu pagar sekolah. Saya hanya tersenyum. Rezeki di pagi Ahad :)

Oklah, gotta go! waktu tengahari ke petang adalah waktu paling sibuk untuk supirmama. Semoga semuanya dipermudahkan dan harussslah saya sambung cerita saya lagi esok esok lusa insyaAllah..


dari fb Positive Parenting: Toddlers and Beyond




4 comments:

syafisyifa' said...

wahhh bagus tu ada bakat jd pakar motivasi...seronok anak2 syida mak jd penasihat setia

syida said...

itula syafisyifa', jadi mak ni..kna pandai macam2, pikul tugas macam2, multitask! janji anak2 happy hehe

Jari Manis said...

"Terpaksalah maknya jadi pakar motibasi motivasi sekejap ('fefeeling' Prof Dr Muhaya haha). Fikir positif, think happy thoughts, zikir, doa, berbakul-bakul nasihat saya. Nampak gayanya, hari-hari kena brainwash Nurhan Zarif ni."

JM setuju dgn statement ni kerana sbb sbg parent kita perlu ada ILMU, ilmu keibubapaan...siapa lagi yg boleh mendidik anak2 dgn lebih cemerlang selain dari guru..ye PARENT org yg paling hampir..ILMU mesti ada...perlu byk buat rujukan

syida said...

betul tu JM...jadi parents ni, kna ada ilmu, xleh sebarangan ikut hati,emosi dan perasaan. akhir zaman ni, sangat BANYAK cabaran...