Jan 15, 2015

Minum Air Pelangi


imej: afrinafaiqa.blogspot.com


Air pelangi? Apakah? Orang panggil, infused water. Ada juga yang sebut detox water atau spa water. Saya je yang panggil air pelangi. Cantik. Colourful!

Infused water ni banyak khasiat. Saya sendiri dah mula praktis minum air ni sejak sebulan dua yang lepas. Cuma masih on and off (belum cukup istiqamah).

Basically, anda boleh gunakan apa saja buah-buahan dan sayuran segar. Potong-potong ikut saiz yang sesuai dengan bekas minuman anda. Masukkan air. Letak dalam peti sejuk semalaman. Setiap kali lepas minum air ni, memang tekak rasa segar!

Khasiat khusus air ni bergantung pada jenis buah dan sayur yang anda gunakan.  Secara amnya, infused water ni bagus untuk kulit, memberi tenaga, menyingkirkan toksin dalam badan dan menurunkan berat badan. Wahhh, bagus kan? Tapi kena buat secara konsisten baru boleh nampak kesannya secara optimum (peringatan untuk diri sendiri ni ;p)

Ada banyak kombinasi buah dan sayur yang boleh dibuat, paling kerap digunakan, lemon!

Tapi saya tak suka gunakan lemon. Awal-awal dulu memang letak lemon. Berkerut-kerut muka menahan rasa pahit lemon tu. Bila jumpa alternatif lain yang lebih sedap, 'babai' lemon haha.



Antara kombinasi infused water yang pernah saya sediakan;

-buah lemon +daun pudina +strawberi
-buah lemon +batang seleri +strawberi
-buah oren +strawberi
-buah oren +timun +strawberi

Kombinasi yang paling sedap di tekak saya (buat masa ini); 


buah oren +buah epal hijau +daun pudina + daun parsley. 

Tak pahit, tak masam, tak tawar, manis-manis buah.


Anda boleh gunakan apa saja buah dan sayur kesukaan anda. Kiwi, epal, tomato, tembikai, blueberi, anggur, limau kasturi, limau nipis, ikut selera anda.

Bila minum infused water ni, perut saya yang memang sedia lawas ni, makinnn lawas!(menunjukkan betapa banyaknya toksin dalam tubuhku huhu)

Oh ya, TAK perlu tambah gula ya, tuan-tuan dan puan-puan. Ok je. Sedapp :)


A healthy mother makes a healthy family. 


6 comments:

nurbijen said...

Sy suka buat kiwi dan lemon... Tambah madu sikit nak hilang rasa pahit

syida said...

kiwi saya tak pernah cuba. kalau guna lemon, mmg saya akan letak madu sikit...tapi masih pahit la kt tekak saya..huhu

tenku butang said...

teman guna lemon dan madu..

syida said...

tenku butang, tekakku da xleh tolerate rasa lemon, walaupun dengan madu :P

oren atau limau aje yg diminum skrang ni :)

Jari Manis said...

JM mmg ada masalah sembelit so nampknya mmg sesuai sgt lah ni

Puan Kutu said...

Entah bila nak rajin buat. Badan pun dh penuh toksin dah ni. Hahaha