Jan 2, 2015

Oh! Candy Kelapa


Petang semalam, ada sorang makcik singgah rumah jual candy kelapa ni.  Saya pun belilah. 37 paket kecil, ada 2 ketul dalam setiap paket.  Kenapa beli banyak sangat? Kesian kat makcik tu..borong jelah semua. hehe

Candy kelapa ni, kegemaran saya masa kecik-kecik dulu. Saya tak ingat bila first time saya makan candy ni. Yang saya ingat, dulu, mak selalu belikan candy ni dan saya suka makan. Mak saya pun suka :)

Sekarang, dah jarang dan susah nak jumpa candy kelapa ni. Kekadang jumpa, bila beli, rasa tak berapa nak sedap. Tak macam yang mak belikan saya dulu. hehe

Kebetulan suami saya berpuasa hari ni, maka candy kelapa ni jadi dessert berbuka. Alhamdulillah :)

Saya yang sedang sakit gigi ni pun, join juga mengunyah candy kelapa walaupun pada mulanya cuba menahan diri. Bak kata mak saya, "ubatttt..." hehe

Bila dah rasa seketul, macam sedapp hehe. Akhirnya, mengunyah berketul-ketul. haha

Tadi ada 37 paket kan? Dah luak separuh, tapi masih banyak hoho. Mujur Zarif pun suka makan. Kak Dina tak nak, "Tak suka kelapa!. Baguslah, boleh mak makan lebih haha.

Abil? Dia pun tak suka kelapa. Lagipun, Abil memang susah nak disuruh mencuba menu-menu yang luar biasa daripada rutinnya.  Tak nak takpe, mak ayah dan Zarif boleh habiskannnn. haha
 
Sambil-sambil mengunyah, sempat saya search resepi candy kelapa di YouTube. Nah, ada videonya kat bawah tu. Takdelah susah sangat rupanya. Rajin tak rajin je nak buatnya. huhu




Anda suka candy kelapa? :)

5 comments:

Jari Manis said...

candy kelapa...sedap x..pernah mkn waktu ke sungai mekong dulu :-)

syafisyifa' said...

sedapnya...comel sangat warna warni... :)

syida said...

JM, nnti nak ke sg mekong jugaklahh, makan candy kelapa kt sana haha

syafisyifa', a ah comel sangat..saiznya mmg cukup2 utk kunyah trus telan..ngapp haha

Mummydearie said...

Saya pun sangat suka candy kelapa ni sampailah sekarang. Tapi yang biasa jumpa tak sesedap macam dulu-dulu masa kat kampung!

syida said...

mummydearie, haaa...itu la psl..ssh nak jumpa yang sedap macam dolu2 :p