Jan 3, 2015

Rindu

12 Rabiulawal 1436. 3 Januari 2015.

Tahun-tahun lepas, bila tanggal 12 Rabiulawal tiba, saya akan terdengar paluan kompang, perarakan dan laungan selawat dari rumah saya.  Ya, suara anak-anak dari sekolah rendah agama di dalam kampung.  Meriah.

Bagaimanapun, pagi ini, sunyi.  Sekolah masih bercuti. Lantas sambutan Maulidurrasul oleh anak-anak ini pastinya ditangguh selepas sekolah dibuka nanti. Di JB, kadang-kadang hari lahir Nabi kesayangan kita ini, disambut sehingga menjelang bulan Rejab :p

Tak ada perarakan dan kompang kedengaran, tapi ingatan pada Baginda Rasul (SAW) kesayangan tidak pernah padam.  Nak dapatkan mood, aura dan semangat Maulidurrasul, on saja YouTube. Pilih saja mana-mana himpunan selawat, nasyid dan lagu-lagu mengenang Rasulullah s.a.w.  Semuanya merdu dan menyentuh kalbu.


"Rasulullah SAW merupakan seorang yang berketinggian sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak pula rendah, fizikal Baginda cantik, rambut Baginda tidak keriting dan tidak pula terlalu lurus, kulit (sedikit) kemerahan dan apabila Baginda berjalan, condong ke depan."

"Rasulullah SAW tidak berpeluang merasai kenyang daripada roti (yang dimakannya) selamanya dan begitu juga daripada daging (yang dinikmatinya) kecuali ketika dhafaf (makan bersama orang ramai)."

"Sesungguhnya uban Rasulullah SAW lebih kurang 20 urat rambut putih."

"Bahawasanya Nabi SAW memakai cincin di sebelah tangan kanan Baginda."

"Diriwayatkan daripada 'Aisyah r.h.a., beliau berkata:"Nabi SAW menyukai manisan dan juga madu."

"Tidaklah ketawa Rasulullah SAW melainkan dengan senyuman sahaja."

"Nabi SAW tinggal di Makkah selama 13 tahun (setelah) diwahyukan kepadanya dan Baginda tinggal di Madinah selama 10 tahun. Baginda wafat ketika berusia 63 tahun."

*kesemua di atas adalah petikan daripada buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW. (gambar di bawah)
 


Dah hampir setahun suami belikan saya buku ini, tapi masih belum saya khatamkan lagi. Allah.. Jom jadikan Nabi SAW idola kita, jom sama-sama praktis sunnah-nya.

Buku-buku comel terbitan PTS di bawah pun sangat menarik untuk bacaan anak-anak. Nanti boleh cari di kedai buku :)


dari fb PTS


Masa telah memisahkan kita dengan Rasulullah SAW. Semoga dengan pembacaan dan pendedahan pada buku-buku sebegini boleh membantu kita mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat.

"Berusahalah mengenali Nabi kita, Muhammad SAW di dunia, agar Baginda SAW kenal kita di Akhirat kelak." Penerbit, Telaga Biru Sdn Bhd

Maafkan kami ya Rasulullah..Maafkan kami :'(



3 comments:

Jari Manis said...

Salam maulidur rasul..terima kasih sudi singgah di blog JM..so ini kunjungan balas ye

syafisyifa' said...

salam maulidur rasul...teringat saya semasa menetap di johor dulu

syida said...

Salam maulidurrasul JM & syafisyifa', tk sudi singgah & tinggalkan komen. Salam ukhwah :)