Jan 31, 2015

Sedulang Nasi Arab di Hari Jumaat


Siaran tertunda dari semalam.

Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat. Dapat makan nasi arab, tajaan seorang hamba Allah di majlis bacaan yassin dan solat hajat, di Nur Kidz (anjuran Persatuan Kanak-kanak Autistik Islam Johor).

Makan percuma, satu nikmat. Makan dalam dulang, double triple nikmat! (seumur hidup saya yang hampir mencecah 4 series ni, baru beberapa kali je kot makan dalam dulang hehe).

Semalam, sebelum saya ke majlis ini, sempat saya membelek-belek akhbar sambil bersarapan dengan anak-anak.  Keratan cerita tentang seorang ibu dan anak angkatnya yang istimewa (penghidap celebral palsy), sangat menarik perhatian saya.

Untuk anda yang kurang tahu tentang celebral palsy, boleh google atau baca serba sedikit tentang anak-anak berkeperluan khas ini, di sini --->  Malaysian Advocates for Celebral Palsy MYCP




Secara amnya, celebral palsy (cp) ini, adalah sejenis kecederaan otak yang agak serius atau biasanya dikenali sebagai 'spastik'.

Dipendekkan cerita, menjaga anak-anak special needs sebegini, SANGAT mencabar. Kalau kita yang menjaga anak tipikal yang sihat pun terasa susah dan penat, inikan pula ibubapa yang dianugerahkan anak-anak cp.  Jaga seorang anak cp ibaratnya menjaga 5-6 orang anak tipikal, mungkin lebih mencabar lagi :(

Saya jadi insaf bila membaca kisah ibu ini, Nor Wahidah Mohd Baharum. Nur Dania Aleesya Abdullah bukan darah dagingnya, tiada langsung pertalian saudara. Kuasa Allah, beliau terbuka hati dan ikhlas menjaga Nur Dania yang disahkan cp sejak lahir.  Saya K.A.G.U.M!

Apalah sangat cabaran saya membesarkan dan mendidik anak autisme saya, kalau nak dibandingkan dengan ujian yang sanggup digalas oleh Nor Wahidah.  (saya jadi malu dan terasa sangat kerdil)

Baca cerita penuh di sini -> Kasih Hingga Hujung Nyawa

Berita sebegini sepatutnya dijadikan muka depan dan tajuk utama akhbar, bukannya cerita remeh temeh tentang artis dan isu-isu lain yang kekadang tak layak diberi liputan langsung.

Semoga Allah mudahkan semua urusan keluarga ini dan anak-anak cp lain yang senasib dengan Nur Dania Aleesya. Amiin.

Berbalik kisah makan nasi arab sedulang tadi, semalam di Nur Kidz, selain bacaan Yassin dan surah Al-Kahfi, kemudian solat hajat dan jamuan, ada juga diselitkan tazkirah oleh seorang ustaz.  Sejak dah jadi ibu dan masuk peringat umur remaja purba ni, memang seronok dan teruja nak dengar tazkirah.  Kalau masa zaman sekolah dulu, ya Allah, asal tazkirah je, mengantuk. Mengantuk je, tazkirah haha (buruk perangai). *ok melalut sudah*


Paling saya tak lupa isi tazkirah yang disampaikan, (saya tak pandai nak quote sepenuhnya skrip ustaz, tapi lebih kurang begini pesanannya), 

"Anak-anak istimewa kita ni nanti, di hari perhitungan, Allah akan beritahu mereka, kamu tidak akan dihisab, masuklah kamu ke dalam syurga..dan mereka (anak-anak istimewa) pula akan berkata, kami tidak akan masuk syurga ya Allah, kecuali dengan kedua-dua ibubapa kami....

sehinggakan orang-orang lain yang melihat berkata, Ya Allah kenapalah kami tidak diuji sebegitu semasa di dunia dulu.."

Mendengar skrip ini, terus hati saya jadi sebak, airmata tak boleh nak ditahan-tahan, kalau saya sedang sorang-sorang di rumah atau dalam bilik, memang dah menangis semahu-mahunya kot...saya lemah, saya banyak dosa, saya tak layak.., tapi Allah bagi kelebihan, nikmat dan rezeki, seorang anak syurga! Allah...

Balik rumah, saya kongsi cerita dan tazkirah dengan suami, saya beritahu dia,


"Allah, susahnya nak tahan air mata, merah-merah muka dan mata tak nak bagi airmata mengalir, maluuu kalau menangis depan orang!" dan dia ketawa perlahan tengok saya bercerita..hehe
 
Senyum selalu :)

5 comments:

Aisy Nasiha said...

Salam kenal.. alhamdulillah buat ibu yang tabah sebegini. InsyaAllah anak syurga ni bakal membantu ibunya kelak.

Sedap tu makan nasi ramai ramai2 dalam dulang..

syida said...

wsalam aisy nasiha, mmg best makan sedulang :)

insyaAllah amiin..anak syurga satu anugerah, satu ujian juga utk ibubapa..syurga tu kan mahal, bukan senang juga nak kejar pahala...kena ada kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk membesarkan dan menjaga anak2 syurga ni (peringatan untuk diri sendiri)

Jari Manis said...

betul tu Syida...menjaga anak normal sudah mengundang kepenatan dan pengorbanan inikan pula bagi ibu yg perlu menjaga anak 'spastik' mereka memerlukan daya tah ndan kesabaran yg tinggi. Besar sungguh dugaan buat mereka dan semoga si ibu tabah menghadapinya dan bersyukur bagi ibu2 yg mempunyai anak normal dan didik lah mereka dengan sempurna dan penuh kasih sayang

syida said...

JM, setuju sangat...amiin Ya Rabb

Mummydearie said...

Saya yang membaca kesimpulan kata-kata ustaz tu pun rasa sebak. Beruntungnya Syida, dapat anak syurga!

Kagum saya dengan ibu yang ambil anak angkat cp ni. Saya sendiri selalu aje 'tertewas' perasaan bila dengan anak-anak yang sihat. Tak tahan dugaan, cepat amarahnya sampai kadang-kala.