Jan 6, 2015

Terapi Alatulis

dari google

Saya suka alatulis. Obses.

Shopping alatulis untuk anak-anak atau diri sendiri? Suka!

Beli dan kumpul alatulis? Memang suka!

Tengok pelbagai spesis alatulis bersusun-susun di atas rak kedai alatulis? Suka sangat!

Bila dikelilingi alatulis, hilang 1/4 daripada masalah dunia. haha

Bercakap pasal alatulis ni, teringat pada persiapan back-to-school anak-anak. Alhamdulillah, semua alatulis dah siap dibeli. Biasanya pemadam dan pensil, memang antara yang paling kerap perlu diganti. Saya selalu tanya anak-anak, "Makan pemadam ke?" gerammm. Baru ganti semalam, hari ni dah hilang.  Pensil pun macam tu. Kadang-kadang, pembaris dan sharpener pun senasib juga.

Bercakap pasal alatulis juga, teringat juga pada anak-anak mangsa banjir.  Semestinya alatulis antara barang keperluan sekolah yang 'wajib' ada. Mudah-mudahan semua keperluan mereka dicukupkan, berkat bantuan dan sumbangan dari orang ramai. Teruskan menyumbang dan berdoa..

Oh ya, jangan lupa, keadaan semasa pasca-banjir, boleh mengundang pelbagai risiko penyakit berjangkit.  Jom folo fb Kementerian Kesihatan Malaysia untuk info berkaitan kesihatan dan penyakit (semasa/selepas banjir).

Selasa yang ceria. Alhamdulillah

2 comments:

Mummydearie said...

Alright! Nasib kita serupalah ni. Anak saya tu pun sama. Hari-hari hilang pensel, hilang pemadam dan sebagainya. Tapi takpa sebab Mommynya kalau tengok alat tulis pun boleh juling mata. Semua berkenan. Betul juga tu - siapa yang nak naik sekolah ni sebenarnya. Mak ke anak? Hehehe...

syida said...

hahahaha...ya betol. tepat sekali! maknya yang selalu over, macam sendiri yang nak pgi sekolah ;p