Feb 1, 2015

Anak-anak dan Kita


Sebelum saya ulas cerita tentang tajuk di atas, saja saya nak kongsikan dulu kisah saya terlewat bangun pagi tadi. Biasanya, saya 'kunci' alarm, pukul 4.45 pagi pada hari bekerja. Hari Ahad adalah hari persekolahan di sini. Jadi, memang alarm pun dah dikunci, dah set juga dalam 'kepala', esok(Ahad) kena bangun awal, anak-anak sekolah.

Pagi tadi, bila saya tersedar, saya 'termenung' sekejap. "Hari apa ni? Sabtu? Jumaat? Ahad?" Hampir 2-3 minit juga terpinga-pinga begitu. Rasa nak sambung tidur dan rasa seperti harus bangkit segera bercampur baur.  Nak tarik selimut ke, nak bangun tengok jam ni? (Jam dinding dah lama mati, kena tengok jam di handphone). Nampak di luar tingkap masih gelap.  Akhirnya saya bangun ambil handphone dan bila terpandang saja waktu ketika itu sudah 5.16 am, terus saya teringat, "Ahaddd!!"

Terlewat bangun setengah jam. Ohh tidakkk!

Kelam kabut saya ke dapur, uruskan kucing-kucing makan dulu (kalau tak, saya susah nak buat kerja sebab depa dok mengekor saya sana sini ;p). Selesai urusan anak-anak bulus, terus saya masak dan sediakan apa yang patut untuk anak-anak minum pagi dan bekalan ke sekolah. Mujurlah separuh persiapan dah dibuat malam sebelumnya...fuhh selamat, cukup-cukup je masa untuk siapkan urusan daput. Kemudian, anak-anak dikejutkan bangun untuk bersiap ke sekolah.



Ok. Sekarang, back to the tajuk, saya suka nak kongsikan artikel yang saya baca (sumber: huffingtonpost.com).

20 Things I Will Not Regret Doing With My Kids

20 Perkara yang kita takkan menyesal (atau rasa rugi) lakukan bersama anak-anak.  Saya hanya akan senaraikan dan  ulas beberapa perkara saja.  

Untuk artikel penuh, anda boleh baca di SINI. 

Tidurkan mereka.
Ada anak-anak yang suka bila mak ayahnya menepuk-nepuk belakang mereka, membacakan cerita atau bersembang-sembang 'kosong' sebelum tidur. Kadang-kadang, mereka hanya mahu dipeluk dan memeluk sebelum mereka terlena. Treasure the moments. Anak-anak akan membesar dan tak lama lagi, semua 'rutin tidur' ini tidak akan diperlukannya lagi..

Beritahu yang anda sayang mereka. Mulakan tabiat ini sejak kecil. "I love you" atau "Ma/ayah sayang (nama anak)" adalah frasa pendek yang sangat berharga.

Berbual. Melalui perbualan, anda boleh belajar mengenal anak-anak dan perkara-perkara yang mereka suka.  Dengar dan berikan sepenuh perhatian anda. Tinggalkan buat sementara, perkara-perkara lain terutamanya telefon bimbit anda. 

Berkongsi perkara baru. Membacakan mereka fakta sains atau sejarah, membawa mereka ke zoo atau taman untuk melihat pokok-pokok, haiwan dan serangga. Pergi ke muzium. Main bowling. Pergi melancong.  Tengok awan, lihat bintang. Semuanya menyeronokkan untuk anak-anak.

Mendidik anak-anak berkata 'tolong' (please) dan 'terima kasih'. Saya rasa ini tak perlu dijelaskan panjang lebar. Sopan santun adalah nilai murni yang paling penting dan wajib diterapkan sejak kecil.

Membiarkan/menggalakkan anak-anak 'membantu' anda. Biar mereka membasuh pinggan sendiri, bantu anda memasak, melipat baju, menyiram pokok bunga, mencuci kereta, walaupun hasil kerja mereka tidak sempurna dan kerja-kerja anda siap lebih lambat daripada biasa. (bab ni yang lemah ni hehe)

Ketawa bersama. Senyum saja pun ok. Anak-anak akan tahu yang anda suka dan seronok bersama mereka. Mereka akan rasa dihargai. Anak-anak yang merasai dihargai dan disayangi, biasanya adalah anak-anak yang sentiasa gembira dan mudah diurus.

Melatih mereka menghormati orang lain. Ciri-ciri ini biasanya dilatih secara 'tidak langsung'. Apabila ibubapa menghormati dan melayan orang lain sewajarnya, anak-anak akan mengikut teladan dan contoh di depan mata mereka.

----------------------------------------------------------------------------------------
Saya percaya, sebahagian besar daripada perkara yang disebutkan di dalam artikel di atas, sudah pun menjadi amalan.  Amalan yang baik, eloklah diteruskan.  Yang belum pernah dibuat, mungkin boleh dimulakan perlahan-lahan (bercakap untuk diri sendiri ni).

Macam-macam parenting tips zaman sekarang ni. Kebanyakannya guna common sense je, tapi tak dinafikan ramai juga ibubapa yang 'tersasar' dan tersalah cara.  (peringatan untuk diri sendiri)

Ok. Esok kena pastikan alarm handphone di-set betul-betul. Kalau lambat lagi, declare 'cuti wilayah' la jugak nampaknya. hahaha (Orang jb cuti wilayah, aci? hehe)


The Best Thing That You Give To Your Children Is Time. 
JD Ghai


14 comments:

Shahira said...

Thanks for the tips kak. (eheh, boleh ke saya panggil akak ni? Yakin je:)

Simpan persediaan untuk anak sendiri nanti.

Puan Kutu said...

Alhamdulillah semua yang disenaraikan dah dijadikan amalan..cuma yg no 1 tu sejak aiman ada adik dah tak buat.dah besar tido tanpa bedtime story takpe kot.hehe

Cik Sal said...

begitulah rutin setelah punya keluarga,
semoga tugasan seharian akak dipermudahkan ya :)
t.kasih singgah blog saya :)

syida said...

shahira, err..bole kot panggil kak..x panggil kak pun xpe hehe

bagus tau baca ilmu parenting sblm ada anak, nnti senang nak praktikkan sejak anak dlm perut lg...cm akak ni, bnyk buat silap ms anak2 kcik2 dulu..dorg dah bsr baru la tau itu ini bagai..xpelah kan, better late than never :)

syida said...

pn kutu, alhamdulillah..keep it up! bedtime story tu, aiman x kisahhh (kot) haha
kalau teruskan pun, bole je...bonding time hehe

syida said...

tq cik sal..amiin..amiin :)

shahira said...

'better late than never' ~~~its so true. Saya setuju! :)

Nooriah Abdullah said...

peringatan utk semua ibubapa,yg macam akak ni dah lama praktis ni sbb dah separuh abad hehee

Aisy Nasiha said...

InsyaAllah mmg ada buat benda2 kat atas ni tapi samalah dgn PK yang no 1 tu ada masanya mak lena sblm anak2.. bila badan dah letih, letak je kepala dah belayar entah ke mana..

Yang terakhir tu agak jadi cabaran.. payah nak terang dan masyarakat kita pun, memang nampak mengabaikan benda ni. Sebaliknya banyak didik anak supaya outspoken sehingga ada masa tak tahu kelantangan tu tak kena tempat..

Jari Manis said...

betul tu..itu sbb anak akan lebih rapat dengan ibu compare tu ayah kan

QasehnyaRania said...

sedang cuba praktikkan semua ni.bru nk msuk 6 bulan jdi umi.seronok x terkata bila dpt mengulit kesayangan ini
smga kita semua dipermudahkan utk melaksanakannya.aamiin

hihi.aci j kalau nk cuti hti wilayah

syida said...

aisy N, JM, K noor & Qasehnya Rania,

jom sama2 kita jd role model yg baik utk anak2 insyaAllah :)

Mummydearie said...

4.45 pagi? Jauh lebih awal daripada saya! Saya ni set alarm pukul 5.30 pagi tapi kerap juga tersasar. Itupun dah rasa macam tak cukup tidur je walaupun takdalah mengantuk mana pun!

Bab ajar anak-anak menolong tu saya pun lemah sikit. Yalah, kita nak buat kerjarumah secepat mungkin. Kalau minta mereka tolong memang sampai tengah malam pun kerja kita tak siap-siap. Itu ajelah yang saya 'susah hati' sikit nak amalkan :)

syida said...

mummydearie, kalau diikutkan mata, mmg tak daya nk bgn kul 445 tu...tapi ku paksa relakan jua haha (malam mmg kompem kna tido awal)

haa...bab bagi anak tolong tu, mmg kna tgk situasi & timingnya..kalu time nak cepat, mmg kasi anak2 'tlg tengokk' ajelah hehe