Feb 26, 2015

Apa Dah Jadi?!


Balik dari sambutan maulud, ada orang hilang kasut.

Siapakah? Nurhan Zarif. huhu

Waktu saya hantar beliau ke sekolah agama tadi, kawan-kawan yang lain sudah pun mula berselawat (memulakan acara sambutan maulud) beramai-ramai di tapak perhimpunan sekolah. Zarif tiba di sekolah terlewat lima minit.

Sambil dia berlari keluar dari kereta, saya sempat berpesan, "Bukak kasut, letak jauh sikit dari kasut-kasut lain. Nanti senang nak cari.." sambil mata saya memandang puluhan, (mungkin ratusan) pasang kasut yang terkumpul di tepi kawasan berhimpun. Dalam hati saya terdetik,  "...hilang juga kasut anak aku ni nanti." dengan muka berkerut risau.

Jadi ibu ni, kena jaga perkataan dan fikiran juga. Sebarang 'lintasan' dalam hati atau 'kepala' adalah tidak digalakkan sebab dikhuatiri makbul! (setuju? tak setuju?)

...dan nampaknya yang 'terdetik' dalam hati saya tadi, sudah jadi realiti.

Petang tadi, saya bersama Abil ke pusat terapi. Zarif balik dari sekolah agama bersama ayahnya. Gambar di atas, dihantar melalui whatsapp, "anak awak hilang kasut". erkk..

Tak apalah dik, kasut je pun. *senyum kelat*

Biar hilang kasut, jangan hilang 'tuan kasut'. #ujiankecilje #esokbelikasutbaru

Zarif: "Hari ni hari paling sedih.."
Saya: "Kenapa sedih?"
Zarif: "..sebab adik hilang kasut..pastu adik rasa macam nak demam.."

Malam ini, Zarif tidur awal. Memang dia demam. Alahaii anak...

Esok saya update lagi.

Salam :)



8 comments:

Puan Kutu said...

sedih sgt ke tu kasut hilang p boleh demam?hehe..betul tu jangan tuan kasut hilang sudah!

moga tak melarat demam zarif tu.get well soon

Nurul Shahira said...

Terkejut hilang kasut tak? Mesti lama Zarif cari kasut dia x jumpa-jumpa. Aduhai.
Semoga cepat sembuh Zarif!

syida said...

Tk PK & N Shahira, pagi ni nampaknya Zarif dah segar sikit walaupun muntah se-round masa tido malam tadi..

penat sangat ber-maulud agaknya (ditambah terkejut hilang kasut) hehe

eima said...

mesti sedih sgt la tu sampai demam tu ... alahai ....

nk buat cam ne kan ,...

syida said...

haha eima, ya kot...xpelah, kasut boleh diganti.demam tu mudah2an tak melarat..pagi ni katanya, kepala masih berat..moga zarif cepat sembuh. Amiin

hainom OKje said...

Hihi....yelah dah banyak kasut yg sama, sure konfius....budak lagilah agaknya.
Betul tu Syida ibu dan isteri ni mmg Allah anugerahkan kelebihan ....so berhati hatilah dlm berkata kata tu...hihi pandai jer nasihatkan org!

syida said...

hainom, alhamdulillah hari ni dah belikan kasut baru.dia siap ckp, x beli pun xpe ma..kalo xde kasut, senang je, adik xyah pgi sekolah..ehhh gituu pulak ;p

Mummydearie said...

Sampai demam alahai Zarif dek kerana hilang kasut. Yalah dah berpasang-pasang kasut putih, saiz yang sama pun haruslah banyak juga.

Si Abang pun pernah kasutnya dipakai budak lain semasa kelas agama. Dahlah dia sopan santun sangat keluar kelas agama, tengok-tengok tinggal sepasang kasut sama saiz tapi berbeza jenama. Terpaksalah dipakainya, kalau tidak berstokinglah sepanjang hari di sekolah!

Balik aje rumah terus dia tak mahu pakai-pakai lagi kasut tu sebab katanya bukan kasut dia!