Feb 27, 2015

Baca Kosmo!

Dalam banyak-banyak akhbar bahasa melayu, saya suka beli dan baca Kosmo! sebab harganya RM1 saja. hehe

Walaupun lima ke sepuluh minit saja sudah cukup untuk 'mengkhatamkan' Kosmo!, saya rasa kebanyakan pengisiannya menarik, banyak visual, sesuai dengan harganya yang sangat mesra pengguna.  Paling penting, akhbar ini jarang menggunakan berita-berita 'sampah' atau yang berunsur s*k* sebagai berita muka depan untuk melariskan jualan. (tak macam sesetengah 'akhbar' tu kannn..)

Pagi ini, selak-selak Kosmo!, ada tiga mukasurat penuh, liputan tentang autisme. Alhamdulillah :)





Ada perkongsian pengalaman ibubapa yang mempunyai anak-anak autisme dan juga sedikit latar belakang tentang Pusat Perkembangan Minda (LetzHop) di Selayang.





Usaha akhbar Kosmo! memberi ruang untuk berita berkaitan autisme memang wajar dipuji.  Kenapa? sebab ia membantu mewujudkan kesedaran dan pengetahuan tentang autisme di kalangan masyarakat.

Penting ke? Kalau anda nak tahu, statistik kanak-kanak autisme makin bertambah setiap tahun. Mengikut kajian oleh National Autisme Association (NAA) USA, nisbah kanak-kanak yang berjaya dikenal pasti mempunyai sindrom autisme meningkat dari 1:500 orang (pada tahun 2000) kepada 1:150 orang (pada tahun 2007) dan 1:110 orang (pada tahun 2010). Scary.

Setakat ini belum jumpa statistik dari kajian yang dijalankan di Malaysia. Apapun, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, memang saban tahun, bilangan kanak-kanak autisme makin ramai.

Anak-anak autisme ni mempunyai banyak potensi, sama seperti anak-anak tipikal (normal) yang lain. Boleh diajar dan belajar, dilatih, diasah bakat dan kebolehannya, tapi ada 'caranya'. Tanpa ilmu tentang autisme, susah nak bantu mereka. Bayangkan kalau anak-anak kita, saudara mara atau anak-anak rakan atau jiran terdekat yang termasuk dalam statistik di atas, tentulah kita nak beri sokongan dan bantuan, kan? 

Ok. Saya tak mahu bercerita panjang. Yang beli Kosmo! jangan lupa baca ruangan ini. Yang belum beli Kosmo! silalah beli kalau anda berminat dengan info berkaitan autisme. ('iklan' percuma untuk Kosmo! pagi ini ;p) 

Yang nak tahu lebih lanjut tentang autisme, bole baca link di bawah, atau pm saya :)


Jumaat yang santai. Anda baca akhbar apa hari ni? Ada apa-apa cerita menarik?

Selamat hari Jumaat. Jom selawat :)


9 comments:

Nurul Shahira said...

Kosmo walaupun harga murah, tapi info yg dipaparkan valuable.

syida said...

N Shahira, betul3 :)

Abhamz SSU said...

byk bahan dlm kosmo

Bunda a.k.a KN said...

Salam Jumaat dan salam ukhuwah dari BUNDA...

Puan Kutu said...

sorang abg dekat office sy minat betul dengan paper kosmo.wajib beli setiap hari.sy tumpang baca je..hehe tp memang betul beritanya ada value gitu.sy setuju!

syida said...

Bunda, salam perkenalan :)

Abhamz SSU/PK, geng kosmo le kita :)

hainom OKje said...

Pernah baca kosmo dulu masa kerja, tumpang kawan punya paper hihi.... Betul awak ckp Syida walaupun nipis tp isinya menyeluruh.

Tulah okje nikan malas membaca, paper online pun tak tentu bulak lagi

syida said...

sy sejenis yg tak puas bc paper online.itu psl beli gak paper offline hehe..tp yg terpaling murah je i beli haha

Mummydearie said...

Lama dah tak baca newspaper. Paper online jerk. Itupun sebab rasa tak umpph tak pegang paper tu, malas juga nak baca. Tak pernah sebenarnya saya baca Kosmo ni. Silalah percaya!