Feb 4, 2015

Dawai Hijau dan Cloud 9

Hari ni, nak selit sedikit cerita tentang anak autisme saya. (Autisme: Tahukah Anda?)

Individu autisme biasanya ada satu objek kegemaran, atau 'sesuatu' yang mereka ingin sentiasa ada bersama.

Abil suka dawai.  Dawai yang sifatnya tak berapa nipis mahupun terlalu tebal, mudah dilentur dan tidak tajam (yang terakhir ni, ciri-ciri dawai mengikut 'piawai' saya, untuk memastikan keselamatan Abil).

(Lihat gambar bawah) Dawai hijau bergulung ni, saya biasanya lihat ia digunakan untuk mengikat dahan-dahan pokok kecil. Asalnya, mak dan ayah mertua saya gunakan dawai ini untuk mengikut pokok-pokok orkid mereka.  Bila Abil jumpa, dia terus berkenan.  Akhirnya sekarang, saya memang sentiasa pastikan dawai hijau ini ada dalam stok simpanan saya. (beli dari kedai DIY)

Apa dia buat dengan dawai ni? Biasanya dia akan potong atau patah-patahkan lebih kurang sepanjang 5-6cm. Kemudian dia akan cantum dan bengkokkan 2-3 potongan dawai menjadi bentuk T. Selalunya, dawai tersebut akan dipusing-pusingkan sesuka hati (secara berulang-ulang).

Dawai ini (bukan yang bergulung, tapi yang sudah dipotong dan dibengkokkan) memang sentiasa ada di tangan Abil. Cuma, bila ke sekolah, ke pusat terapi atau ketika membuat sebarang aktiviti, dawainya akan disimpan atau diletak ke tepi.  Beliau tak ada masalah untuk 'berpisah' dengan dawainya. Alhamdulillah

Dawai ni, fungsinya lebih kurang macam 'ubat penenang'. Waktu Abil stres atau kusut, memang dia 'wajib' cari dawainya.  Ia salah satu cara Abil bertenang dan mengawal emosinya dengan lebih berkesan.

Lain individu autisme, lain pula 'objek' kegemaran mereka. Ada yang suka meramas kunci, atau memegang selimut atau bantal, malah ada juga yang mempunyai tabiat-tabiat tertentu, yang dilakukan untuk membantu meredakan tekanan dan stres.

Bercakap soal mengawal tekanan/stres/gangguan emosi dan bertenang, individu tipikal (seperti kita) pun, biasanya ada objek atau cara tertentu yg biasa kita lakukan apabila keadaan memerlukan, betul tak?

Cerita lanjut tentang ini, boleh baca di sini : Apakah yang dimaksudkan dengan Stimming?



Selain dawai hijau (di atas), ada satu lagi 'ubat penenang' Abil, wafer coklat Cloud 9! hehe

Beliau baru discover coklat ni beberapa hari yang lepas. Abil memang suka coklat, tapi tak semua coklat dia berkenan. Yang ini, dia memang suka. Selagi ada, memang dia takkan berhenti makan. erkk..

Semalam, hampir 6-7 ketul Cloud 9 ni dia makan berterusan. Lepas tu, mulalah nampak kesan-kesan 'sugar-high' sepanjang hari.  Melompat, terkinja dan ketawa lebih daripada biasa. Hmmm..

Hari ni, mesti disorok wafer coklat ini. Abil pula, kena bagi minum air putih lebih sikit hari ni. Kasi detoks!



Coklat? 'ubat penenang' saya juga :)

Satu lagi, aiskrim magnum! hehe

Apa 'ubat penenang' anda? Meh la kongsi story :)

Stimming, can help a person with autism, 
manage challenging situation. 
Please don't stare, learn to accept.

**psst, jangan makan coklat dan aiskrim banyak sangat, 
nanti gemoks ;p




13 comments:

Puan Kutu said...

Ohh baru tahu info barubpasal anak autisme..istimewa sungguh dawai pun boleh dijadikan objek penenang.

Cloud 9 ni sedap.sy pun suka!

Terapi stress sy tido n makan.hehe

syida said...

Oo yes, tido! selain makan, kalau stres, mmg tido yg terbest. haha

Mummydearie said...

Oh, baru tau tentang habit anak autisme ni! Nasib baik Abil masih boleh berpisah dengan dawainya ni. Kalau tidur bermalam di mana-mana, kena bawa juga ke dawai ni Shida?

Saya tak pastilah apa habit saya nak hilangkan stress sekarang ni. Banyak sangat habit sampai lupa apa nak tulis :)

Jari Manis said...

aiskrim dan cloud 9...hurmm ilmu baru nih

aryan azra said...

hai abil...acik pun suka coklat high 5 sikit..

coklat juga dapat menenangkan perasaan yg sedang resah..

syida said...

mummydearie, bagusnya Abil ni, sejak da besar ni, dia pandai jaga sendiri dawai dia..kalau hilang pun, dia tak marah..cuma mencari2 jugak la..itu psl kena ada stok yg bergulung tu, ilang yg lama, leh ganti yg baru. time tido, dia sendiri letak bawah bantal kepala hehe

syida said...

JM, cloud 9 tu kesukaan Abil..aiskrim (magnum) tu ubat stres maknya ehehe

aryan A, coklat mmg ubat stres yg terbaek..kalau sy, ngapp seketul mars/snickers/crunchy, hilang sekejap segala masalah dunia haha

umi alya said...

bw pengubat stress bg seorang blogger, ahakk

syida said...

umi alya, kekdg bw pun bole bikin stres haha

hainom OKje said...

Cucu sedara okje ada sorang autisme, rasanya dia masih belum pandai cakap walau umur dah 8 tahun tak silap. Abil mcm mana Shida?

syida said...

abil mula bercakap sepatah2 ms umo 4thn. umo 7-9thn, berckp 2-3patah. smpai skrang, bole la buat ayat pendek smpai 4patah perkataan..tp dia x pandai bersembang. berckp bila perlu je, bila dia nak apa2..

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Macam best je Cloud 9 tu.
Rasa macam nak cari jugak esok.

syida said...

Dr Shikin, mmg buleh tahan sedap rasanya.plg sy suka,harganya kategori harga patut hehe