Feb 6, 2015

Jumaat Tanpa Idea

"Hmmm, nak tulis apa pulak hari ni?" 


Hujan di luar. Kalaulah 'hujan' juga di dalam 'kepala'. Hujan idea. I wish!

Mencari idea untuk menulis di blog. Bukan senang, tapi tidaklah sesusah mana, somewhere in between. Untuk saya, kadang-kadang idea datang ketika memandu, sedang memasak, waktu 'melepak' atau berbual-bual dengan anak-anak.  Idea juga boleh datang ketika sedang menonton tv, mendengar radio, bersiar-siar atau duduk makan sambil minum 'neslo'. hehe

Ada masanya, idea muncul time tengah baca buku, selak majalah, baca suratkhabar. Eh, banyaknya masa timbul idea.  Macam senang, tapi tak juga. Idea ni, 'sifat' dia macam angin. Sekali lalu je hehe. Kalau tak 'ditangkap' idea tu, memang jawabnya hilang macam angin jugalah.

Maka, jadilah hari-hari seperti hari ini. Jumaat tanpa idea. Hmmmm... *berkerut dahi*

Oh ya, idea juga boleh datang dari facebook! (ini antara sebab saya cancel hajat untuk tutup akaun facebook saya beberapa kali walaupun akaun saya sudah agak 'mandom'.) Kalau betul caranya, facebook adalah 'lubuk' idea!

Pagi ini, saya nak kongsikan sesuatu yang saya 'jumpa' di fb.

Simple Life Lessons


1. Life's not fair. Deal with it. (that's why we believe in Judgement Day).

2. 'Sabar' is beautiful. Find 'sabar' and understand pain.
3. Trust yourself.
4. Give more and help others as much as you can.
5. Read and learn. Read and learn some more.

6. Shut up most of the times but also speak up if necessary, when necessary.
7. Reflect and improve.
8. Find inner peace.
9. Be sincere. Be kind. 
10.Don't trust anything popular. Be sceptical at least. Any product, person, news, ANYTHING.

11. Agree to disagree. Respect different opinions.
12. When people find faults or when meeting someone ignorant say "peace be upon you" and walk away. Don't bother defending yourself or your ideas. They won't listen.
13. Real life is offline.
14. We will all die. Doesn't matter. 
15. Do and engage in useful acts. 

16. Love more. Hate less.
17. Pick good friends.
18. Spend time alone with nature without gadgets.
19. Be loyal and forgiving. We are all imperfect, we have flaws, imperfections and mistakes. 
20.Face your fears and prejudices. What you think all this while might not be true at all. There might be a story behind we don't know...

(kredit: fb Wardina Safiyyah Officialpage)

Jumaat adalah hari yang sesuai untuk 'refleksi'. Muhasabah diri. Jom Al-Kahfi :)


gambar #throwback


Rasulullah s.a.w bersabda; "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” - (Sahih, Abu Daud: 1048, )



12 comments:

Nurulshahira Mohdkassim said...

Sangat terkesan dengan #2: 'Sabar' is beautiful. Find 'sabar' and understand pain.

syida said...

kita lak terkesan dengan #14. Our final destination. *insaf*

Nabila Syifa said...

follow awak #148.hit me back!

syida said...

NS, thx & done!

Mummydearie said...

Hujan idea ni memang tak kira masa tapi yang penting selalu datang masa kita tak di depan komputer. Itu yang pening. Setakat ni memang idea saya tak pernah kering. Baru nak tulis hal yang ni, yang itu, itu, itu datang menerjah. Semput nak mencurahkan idea dalam bentuk tulisan. Idea pulak bukan jenis pendek-pendek ni!

syida said...

hahaha betul tu mummydearie, time kita bukan depan pc, time tu lah idea mencurah2..bila tgn dah atas keyboard, mulalah kaku, x tau nak taip apa ;p

idea mencurah2, panjang2 lak tu, apakah rahsiamu?? hehe

hainom OKje said...

Suka hadis bawah tu. Tq berkongsi ilmu Syida...
Betul betul.... bukan mudah nak tulis entri ilmiah, yg merapu pun jenuh mikir hihi....

syida said...

hainom, tau xpe hahaha

umi alya said...

Terima kasih di atas perkongsian ini..

Jumaat akak kerja

syida said...

sama2.. yg keje jumaat, dapat cuti ahad. ahad hari bekerja utk kami huhuhu

Jari Manis said...

di akhir waktu selepans ASar? in sha Allah

syida said...

JM, begitulah kekdahnya (mengikut hadis tu). ramai2 kita berdoa jom :)