Feb 20, 2015

Library di Rumah Ibu

Dari rumah mak saya;

Sudah 24 jam di sini. Berbaki lebih kurang 36 jam lagi sebelum saya balik ke rumah sendiri. Perjalanan ke sini agak lancar, walaupun banyak kereta atas highway dan hujan pada separuh perjalanan.  Yang penting, selamat. Alhamdulillah.

Semalam, mode 'mandom'. hehe

Makan, tidur, berbual (dengan mak dan adik-adik). Kemudian, makan, tidur dan berbual lagi. Tengok TV. hoho #ohsedapnyamasakanmak

Hari ini, cadangnya nak jalan-jalan cari makan. Mungkin juga pergi main bowling. Nanti bolehlah saya belanja review tak berbayar. hehe (ini baru perancangan saja, harap Allah izinkan)

Tajuk: Library di Rumah Ibu. Dah sebut tentang 'rumah ibu'. Library, apa cerita? hehe

Begini, rumah mak saya ni, ada banyak buku. Mak saya bolehlah dikategorikan sebagai 'ulat buku'. Suka beli buku, baca buku. Maka banyaklah koleksi bukunya. Semua ada dalam bilik tidur mak. Bilik tidur itulah 'library' mak. Buku atas katil, tepi katil, bawah tv, tepi tv. (Ada rezeki nanti boleh buatkan mak sebuah bilik bacaan. Paling tidak pun, buatkan rak-rak cantik untuk buku-bukunya. amiin!)

Sejak semalam, saya sibuk 'menggali' mencari buku. Tak jumpa pulak yang saya berkenan. Kebanyakannya yang saya pernah baca. Pagi ni, saya 'gali' lagi. Akhirnya, jumpa :)

Cinta Tiga Rasa. Tulisan isteri Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Puan Noraslina Jusin.

Motivasi Gaya Rasulullah. Tulisan saudara Mohd Khairul Nizam.


Pagi ni, sempat belek-belek saja. Baca sinopsis di kulit belakang buku. Selak-selak tengok kandungan dan bab-bab menarik. Orang putih kata, browsing :)

Nanti dah khatam, saya belanja review buku-buku ni ya insyaAllah.

Ok, nak breakfast. Pastu nak sambung baca buku. Lepas solat Jumaat, baru jalan-jalan cari makan :)

Kongsi sedikit petikan dari buku, Motivasi Gaya Rasulullah;

Direkodkan daripada Aisyah, nabi berkata, "Wahai sekalian manusia, lakukan amalan sesuai dengan kemampuan kalian, kerana Allah tidak bosan sehingga kamu merasa bosan. Ketahuilah, amalan yang dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (sahih Bukhari, no hadis: 5523)

13 comments:

Puan Kutu said...

untung ada mak yg rajin membaca.moga minat turun ke cucu2..kita pun boleh tumpang baca sama tu yg best tu..

syida said...

PK, betul2..part meminjam & tumpang baca buku tu yg best hehehe alhamdulillah

Aisy Nasiha said...

Kagumnya orang yang berjaya kekalkan minat membaca macam ibu akak ni.. bukan mudah nk konsisten mcm ni..

syida said...

agaknya mak akak ni mmg minat membaca sejak kecik..smlm bawak dia snggh ke kedai buku pun, seronok tgk dia memilih & beli buku :)

MNH SASTERA MELAYU said...

saya pun suka baca buku juga tapi lebih kepada buku politik, novel, kompilasi rencana dan buku biografi. buku agaman saya kurang baca.

syida said...

MNH SM, seronok jd ulat buku ni. tak kisahla genre apa pun pilihan kita, asalkan yg dibaca tu ada ilmu & manfaatnya :)

nurbijen said...

Saya banyak beli buku, tapi jarang dapat khatam buku yang dibeli... haih, malu pulak dgn 'mak'...

syida said...

nurbijen, saya pun gitu gak..nak khatamkan satu2 buku, berzaman! hehe (stamina membaca dah x macam dulu2 sejak jd mak orang ni ;p)

Jari Manis said...

agak sukar nk m=pupuk minat membaca ni sedang kan membaca itu jambatan ilmu..kalau JM ni baca blog rajin lah huhuhu

syida said...

JM, betul3..membaca jambatan ilmu..baca blog pun kira membaca juga dik hehe

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Bagusnya mak sis.
Rajin betul membaca.

Mummydearie said...

Rajinnya mak Syida membaca. Saya pulak yang teruja. Dulu-dulu saya pun macam tu. Bersepah-sepah buku dalam bilik tidur, dekat ruang tamu, dalam kereta, dekat pejabat. Pendekata mana ada tempat 'landing' di situ ada buku. Tapi sekarang ni (sejak pandai main game) lama sungguh tak jadi ulat buku! Masih banyak lagi buku yang belum baca. Tersusun rapi dalam almari buat hiasan!

syida said...

Dr Shikin, alhamdulillah..itu psl bilik tidur mak pun da mcm library hehe

MD, saya pun macam tu..kekadang seronok beli je..pastu jenuh la menunggu nak khatam..stamina membaca dah makin kurengg huhu