Feb 25, 2015

Panas!


Cuaca kebelakangan ini memang panas. Allah..

Sana sini orang bercerita dan mengeluh tentang panas. Di akhbar, di TV, di radio, di pejabat, sekolah, kedai makan dan di rumah. Pendekata, kita semua terjejas dek cuaca panas ni. Tekak cepat kering, badan cepat letih, kepala mudah berdenyut-denyut sakit, ada yang berpeluh-peluh sehingga kena ruam panas. Macam-macam ujian.



Kelmarin, hujan petang di tempat saya setelah sekian lama tak hujan. Syukur alhamdulillah walaupun hujannya sekejap saja.  Kesan hujan, rasa panas berkurang sedikit di sebelah malam hingga pagi semalam. Hari ini, belum jam 8 pagi, matahari dah mula memancar terik.

Harap-harap selepas ini, ada lagi hujan di celah-celah musim panas, insyaAllah.


sumber: Berita Harian


Musim panas ni, anda apa khabar? 
Saya doakan anda semua kekal sihat dan bertenaga selalu :)

12 comments:

Nooriah Abdullah said...

alhamdulillah syida kat brunei ni ok je taklah sepanas kat Malaysia sana, kdgkala ujan turun jugak, take care ya banyakkan minum air..

syida said...

insyaAllah..tq k noor, ni yg rasa nak pindah brunei ni haha

hainom OKje said...

Okje alhamdulilah sihat Syida....
Betul tu. memang panas sungguh cuaca sekarang ni, perit bila terkena kulit!...

Nurul Shahira said...

Dalam berita dikatakan cuaca panas ni akan berlanjutan sehingga hujung bulan 3. Allah.

Kena ambil extra precaution bila cuaca macam ni.

Puan Kutu said...

cuaca panas yg katanya smp boleh bawa kematian..takut kan..apa pun kena jaga kesihatan,bykkan minum air.

kita manusia ni OK juga ada aircond,paling tidak setiap rumah mesti ada kipas kan..kesian sy pada haiwan dan tumbuhan..

syida said...

hainom, tau xpe..jalan kejap2 kt luar pun dah terasa PANASnya..xleh imagine macamana keadaan orang2 yg bekerja bawah matahari terik..

N shahira, dengar2 nya macam tulah...risau air empangan kering je..sangat mencabar nnti kalo air dicatu/ditutup..

syida said...

PK, betul tu, cuaca panas yg ekstrem mmg bole menyebabkan maut. nauzubillahiminzalik..

saya terpikir juga mcm PK, kesian kat pokok2, haiwan jalanan :'(

syafisyifa' said...

Betul tu..cuaca panas sgt.kna minum byk air

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Ramai yang datang klinik sebab sore throat sekarang ni. Kenelah banyak kan minum air.
Bibir masing2 dah crack sebab kurang minum air putih.

syida said...

syafisyifa', betul3

Dr Shikin, tu la kan..cuaca panas, kurang minum air, mmg banyak penyakit leh hinggap..harap semua berkesedaran utk jaga kesihatan masing2

Mummydearie said...

Saya baru aje baik dari demam, batuk dan sakit tekak. Nak kata terlebih makan buah limau, tak juga. Bergilir-gilir dalam rumah kena selsema. Nasib baiklah demam saya tak menular ke anak-anak pulak!

syida said...

alahai...serumah kena selsema ya MD? Alhamdulillah MD dah sihat...mujur anak2 x demam..syukur.musim panas ni, take care ya!