Mar 1, 2015

Info Makan Angin




Hari ni, sambil 'mengopi' pagi-pagi, saya 'layan' slot kembara dalam Berita Harian Ahad. Nampaknya, mode cuti-cuti Malaysia dah 'on'. hehe

Ada artikel tentang Pulau Duyong, Terengganu. Ada juga info tentang negeri Kedah.  Antara yang dikongsi, tempat-tempat menarik di Kedah; Kubu perang Tanjung Dawai, Lembah Bujang, 'Kota Paris', pusat rekreasi Air Panas Ulu Legong, Dataran Balai Seni dan banyak lagi.  


10 Tarikan di Malaysia? Yang tersenarai; Pulau Langkawi, Taman Negara, Kuala Lumpur, Pulau Perhentian, Gunung Kinabalu, Pulau Pinang, Sungai Kinabatangan di Sabah, Pulau Sipadan, Cameron Highlands, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.

 


Merancang percutian, ada yang suka plan awal-awal, ada pula yang suka 'ad hoc'. Yang pastinya, kalau nak bercuti, eloklah merancang awal, lebih tenang dan mudah membuat sebarang urusan tempahan hotel dan sebagainya. Elakkan merancang 'last minute'.  Nanti peningg. hehe

Cuti sekolah lebih kurang dua minggu lagi.  Kami dah ada 'destinasi'. Hadiah harijadi untuk Abil. Ke mana? Di mana? (Hint: Abil suka slide air). Tempat yang kami tuju ada tersenarai dalam artikel 10 tarikan di Malaysia. Bukan tepi pantai, pulau atau sungai, tapi ada air. hehe

Dah pergi nanti, pasti saya kongsikan insyaAllah. Harap segala perancangan dimudahkan dan seisi keluarga sihat-sihat sentiasa. Saya doakan yang sama untuk anda :)

Bersyukurlah untuk hari ini. Another day, another blessing!

11 comments:

Puan Kutu said...

amboi dah tak sabar Sgt nak bercuti,kami juga yg terpaksa cancel plan cuti..dok rumah jer la cuti sekolah ni.uwaaa..hehe

Syahida Yep said...

huhu jangan nanges PK..ada la rezki uols tu nnti..kna la PK rancang aktiviti kat rumah utk kanak2 riang berdua tu kan? (i feel u)

Nooriah Abdullah said...

bestnye cuti2 malaysia, selalu bila balikkampong tak sempat nak berjalan lah, nak kena plan betul2 ni macam best kan jalan2 dimalaysia semua senang, makan lah yg paling best haha

Nurul Shahira said...

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong?
(Main teka-teka pulak, hehe ^^ )

Selamat merancang percutian:)

Mama Kembar 3 said...

Bestnya dah rancang bercuti ngan anak anak. Mama nnt time cuti sekolah tak leh kemana, sbb time tu time prosess gaji, cuti freeze huhuhu. Enjoy your holiday nnt!

syida said...

k noor, kalau sy jd k noor pun, alang2 balik dari perantauan, haruslah jalan2 cari makan, yg lain tolak tepi hihi

N Shahira, *tettt* salah! haha tungguuuu jawapannya lagi 2 minggu ;p

mama kembar3, alahaiii...sabar ye..org kata, save the best for last..insyaAllah ada tu nanti, masa utk mama & twins jenjalan makan angin pulak..

Nurul Shahira said...

Salah pulak. -_-

Mummydearie said...

Saya pulak terbalik, Syida. Kalau plan elok-elok, memanjang je kena batalkan di saat akhir. Macam cuti CNY ni. Saya dah siap itinerary nak ke Penang tetiba kena batalkan. Baru je plan nak pergi hujung minggu lepas, tetiba sekali lagi kena batalkan sebab ada hal keluarga (again).

Cuti sekolah kami berjalan ke luar kawasan dan bermalam kerana my husband memang tak minat kalau pergi tempat yang crowded. Yang tak crowded cuma dalam rumah ajelah *_*

syida said...

MD, cancel plan bercuti? adoyaii i feel u..tapi nak buat macamna kan, dah tetiba ada hal keluarga,knalah didahulukan mana yg patut huhu..ada la rezki tu nanti insyaAllah...

time cuti sek, pegi tempat2 tumpuan pelancong ni, mmg crowded! better pgi time off peak (i.e.bukan time cuti sek)...utk kitorang, mmg kna redah jugaklah crowded2 pun, sbb time ni sajalah anak daraku balik rumah untuk bercuti...

Aisy Nasiha said...

Ai nk ke mana la tu ya? Kami pun dah beberapa hari merancang cuti ni.. last2 semalam berjaya juga pilih dan book bilik siap2 ...maka adalah plan utk cuti akan datang.. jadi minggu depan fokus tanda paper exm siap2 sblm g mana2..

Jari Manis said...

betul! planning dari awal supaya semua berjlan lancar