Mar 11, 2015

Sesekali Naik Pentas


Mode: Berkongsi rasa gembira :)

Sesekali Naik Pentas. Siapa? Nurhan Nabil. #anaksyurga

Sepanjang bersekolah, inilah kali pertama Abil terima anugerah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Memang 'penutup' yang manis untuk Abil tahun ni, sebab tahun depan dia akan berpindah ke sekolah menengah. Saya masih berfikir-fikir dan berkira-kira perancangan untuknya selepas ini.  Adakah akan terus bersekolah di kelas pendidikan khas, atau sebaliknya? Entahlah.

Hari dan tarikh kejadian (di atas); Sabtu, 7 Mac 2015.

Majlis anugerah yang sepatutnya bermula jam 9 pagi, ditunda hampir 2 jam kerana memberi laluan pada mesyuarat pibg sekolah.  Risau saya dibuatnya. Saya takut mood Abil 'terganggu' sebab terpaksa menunggu lama. Sedangkan Zarif yang duduk sebelah saya sepanjang mesyuarat pibg berlangsung pun, dah macam 'cacing kepanasan'. "Laparlah, boringlah, tak tahu nak buat apalah..." Macam-macam!

Abil menunggu dengan cikgu dan rakan-rakan lain (yang bersedia untuk naik pentas menerima hadiah). Saya tak pasti di mana mereka ditempatkan sebab tak kelihatan di dalam dewan. Mungkin di dalam kelas atau di kantin.  Yang pasti, saya rasa sangat lega bila mana mesyuarat akhirnya selesai dan murid-murid penerima anugerah dah mula beratur di luar dewan. Nurhan Nabil masih ok. Nampak relaks dan pada masa yang sama. 'blur'. hehe

Termasuk Abil, ada lima orang penerima hadiah dari kelas pendidikan khas. Peluang untuk terima penghargaan dan naik ke pentas, bersalaman dengan guru besar dan menerima tepukan, nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak saya nafikan. Alhamdulillah, rezeki Abil tahun ni :)

Penting sangat ke, terima anugerah? Tak dapat anugerah pun, anak-anak saya semuanya champion (bagi saya). Kalau dapat, kira bonuslah, Maknya tumpang suka aje :p

Oh ya, bila tengok gambar Abil dapat hadiah kat atas nun, saya rasa sangat berterima kasih sebab guru-gurunya faham keadaan Abil. Salah seorang guru, siap temankan Abil berjalan dari bawah pentas naik ke atas. Kemudian, guru besar pula nampak 'sporting' dan tak kisah, walaupun Abil susah nak beri eye contact pada kamera (banyak kamera kat bawah pentas, dia tak tahu nak tengok mana satu agaknya, langsung tutup mata haha).

Kenangan. yang. manis. Sekian :)

Live every moments. Laugh everyday. Love beyond words. (google)


13 comments:

Nooriah Abdullah said...

tahniah dari kaknoor utk abil ya, best nye kan orang ambil gambar ramai abil pun sampai confuse dah nak tengok yg mana satu kan..

hainom OKje said...

Tahniah Abil....tahniah Syida. Betul ....mak bapak mmg bangga kalau anak naik pentas. Sampai sudah Syida anak anak okje tak de naik pentas pun hujung tahun. Redho ajelah hihj

syida said...

tq knoor, pening al-konpius abil dibuatnya bila kena berdiri tgh pentas tu utk diambil gambar..hehe

tq hainom Okje. rezki anak2 lain2..x dpt naik pentas pun xpe, yg penting jd anak2 yg soleh solehah..kann?

Puan Kutu said...

tahniah abil..kita yg membaca n melihat abil naik pentas dah cukup teruja.mamanya tentulah lebih lagi kan..

Nurul Shahira said...

Tahniah Abil, tahniah maknya jugak :)
Alhamdulillah, kenangan manis tu, tak semua orang bertuah nak rasa dapat anugerah ni semua & berada atas pentas. Tak semua ada kekuatan untuk berdiri atas pentas berhadapan dengan ramai orang.Ohh, tahniah again Abil:)

Naik pentas, terima hadiah @ anugerah, tak dapat tak ape, no problem, tapi bila sesekali dapat, rasa terharu & lebih bermotivasi, kan kak?

ibuhebat said...

Alhamdulillah.. Tahniah Abil, tahniah Akak!! :)

wa said...

Tahniah Abil...moga2...abil dapat terima hadiah 18kali lagi..... syukurlah...tan tahniah pada mama Abil jugak sebab jaga abil.dengan baik...

syida said...

PK/Sha, alhamdulillah..macam sy ckp dlm entri tu, terima anugerah & naik pentas ni, bonus. Penyuntik motivasi juga.. sayang dan bangga pd anak2 tetap sama, walaupun tanpa anugerah atau naik pentas :)

syida said...

ibuhebat(yati), tq..tq! :)

wa, amiin..mekasih...tanggungjawab besar ni, rasanya macam banyak je lagi kekurangan dan kelemahan akak sbg ibu..mudah2an Allah terus bantu (akak doakan utk wa sekeluarga juga..amiin)

Dunia Zumal said...

Tahniah buat Abil... Teruskan kejayaan k ^-^

Jari Manis said...

Tahnih=ah Abil...auntie JM proud of u tau

syida said...

alhamdulillah, tq DZ & JM :)

Mummydearie said...

Tahniah, Abil. Tahniah juga buat mamanya yang tak sudah-sudah berusaha untuk anak syurga ni. Respek dengan Syida. At least, jasamu pasti akan dibalas oleh-Nya suatu hari nanti, Syida. Oh, sedih pulak tetiba...

Betullah tu, anak-anak memang sentiasa champion pada pandangan mata ibu mereka. Tak kiralah apa orang kata, yang penting anak-anak kita, permata paling berharga dalam hidup kita *_*