Apr 30, 2015

Drama Pagi Khamis

imej google

Pagi ni. Ada urusan di pejabat pos. Saya bawa Abil bersama sebab dia tak ke sekolah. Cuti hari buruh diawalkan sehari. hehe

Saya sampai di pejabat pos sekitar jam 8.45. Masih lengang. Saya ambil nombor dan duduk dengan Abil, tunggu giliran.

Sampai giliran saya, urusan pengeluaran wang pun dibuat. Seterusnya, saya nak beli setem dari kaunter yang sama. Malangnya, cik kaunter kata, kena ke kaunter setem juga untuk beli setem. Alahai :(

Saya dan Abil pun beredar, kami tekan nombor giliran sekali lagi. Nampaknya ada 4-5 nombor sebelum sampai giliran kami. Lambat sedikit berbanding nombor giliran yang kami ambil untuk urusan pertama tadi.

Kali ni, kami menunggu sambil berdiri saja.

"Jom..jom.." Abil mula bersuara.

"Kejap ya Abil. Ma beli setem kejap. Sekejap je.." saya beritahu perlahan.

Tak sampai 5minit, dia mula bersuara lagi. Kali ni, nampak dahinya dah mula berkerut, Dia dah mula hentak kaki sekali dua. Ok. Not good.

"
Sabar Abil. Tunggu beli setem. Kejap je..." saya cuba pujuk Abil sambil usap-usap belakangnya.

Tak sampai seminit lepas saya pujuk, dia angkat kaki dan hantukkan kepalanya ke lutut. Allah...

Tiga empat orang di depan saya, menoleh. Saya abaikan saja. Sambil terus usap-usap tengkuk dan belakangnya.

Mungkin expectation Abil, pergi pejabat pos. Selesai di kaunter, terus balik. Malangnya, terpaksa pergi dua kaunter, ambil dua nombor dan terpaksa menunggu lebih lama. Dia kusut. Sedikit frust. Tak pandai luahkan emosinya secara verbal. Maka, itulah reaksi dan tindakannya.

Bukan kali pertama jadi begitu. Tapi dah lama juga tak 'berdrama' macam tu. Dugaan..

Apa pun, saya cuba rileks. Setakat orang toleh dan tengok sesaat dua tu, boleh lagi diabaikan. Tapi dalam hati sarat berdoa, janganlah Abil menjerit di situ. Budak 12 tahun, menangis keterlaluan sambil meronta-ronta, not a good sight.

Apa lagi yang boleh saya buat, selain berzikir "Ya Lathiff..ya Lathiff..."

Selepas dua tiga kali Abil menghentak kaki dan menghantuk kepala ke lututnya, tiba-tiba seorang kakak (yang nombor gilirannya lebih awal daripada saya) menyapa saya, "Adik, pergilah dulu, ambil giliran akak..."

Mungkin dia faham dan kesian dengan kami. Alhamdulillah. Allah mudahkan.

Tak sampai lima minit, tiba giliran kakak tadi. Dia signal suruh saya ke depan dan urusan saya selesai tak sampai lima minit. Lega.

Sebelum balik, saya pandang kakak tadi dan angguk kepala, tanda terima kasih.

Tak sempat tanya nama kakak tu tadi, jumpa pun beberapa minit saja tadi. Saya doakan  semoga semua urusan beliau dipermudahkan Allah. Amiin.

Moralnya, bila-bila anda (termasuk saya sendiri) berdepan dengan situasi begini, tak salah kalau kita beri ruang dan peluang untuk memudahkan urusan individu yang berkenaan. Bantuan kecil saja, tapi sangat bermakna.

Remember people with autism have feelings too. Be sensitive and tolerant. 

Ok. Back to happy mode.

Happy long weekend 
semua. Ingat Allah selalu :)




13 comments:

Dunia Zumal said...

Zumal pernah duduk 3 jam di pejabat pos hanya untuk bayar bil... tertekan rasanya masa tu...

aTieYusof Family said...

Biasalah klu anak2dah start berdrama kan..kadang tak kira tempat..kita ni mmg kena sabar byk kan..hehe..abil..abil boleh kwn dgn abg Pa'e... baik nya akak tu kan...:)

syida said...

DZ. 3jam? fuhhh...bertabahlah kalo jd mcm tu..mujolah skrang da boleh byr bil online hehe

atieyusof, yelah..budak2 ni kekdg mood-nya x menentu.mmg kna bersedia je fizikal & mental. cuma kalo budak pra-remaja mcm abil ni, mmg kna latih dia kawal emosi, kot tak, susah nak bawa dia kemana2 kann..kna doa & usaha bebanyak..

hainom OKje said...

Terkesanlah baca entri ni Syida....entahkan mampu ke tidak okje nak menjadi sebaik kakak tu. Kekadang kita manusia ni terlupa nak prihatin, terlalu pentingkan diri sendiri. Perbuatan baik insyaallah akan dibalas baik jugak....

Aisy Nasiha said...

Masa saya sakit tangan pagi selasa tu, isu autism ni dibincangkan di mhi tv3.. terharu dan ambil pengajaran daripada situlah saya kuatkan semangat pergi ke sekolah walaupun tangan tengah sakit. Sesungguhnya saya pasti Syida pun termasuk dalam kategori ibu yang super tabah dan super kuat semangat..

Ada masa kita tak sangka dapat pertolongan daripada orang yang tak dikenali, kan? Alahamdulillah. Segala yanh baik2 tu insyaAllah sebab Allah masih sayangkan kita..

Selamat bercuti.. tak balik subang ke?

syida said...

hainom Okje, biasalah kita manusia ni, mmg selalu selfish (termasuklah saya sendiri)..huhu

Pengajaran untuk kita semua, insyaAllah..

Aisy N, selamat bercuti 4 hari...kali ni, lepak rumah aje..x balik subang :)

nini said...

Kanak2 autisme sangat mencabar kan kak....

nurbijen said...

Alhamdulillah, ada insan prihatin... Berkat doa mama...

Puan Kutu said...

insyaallah klu kita Mudah kan urusan sorg,Allah akan galas yg sama..semoga perjalanan kakak tu dirahmati..sebak pulak membacanya..ke sy nimmg Jenis emo?haha..

sabar..Bukan Mudah kan melayan anak syurga seperti abil..

Nurul Shahira said...

Alhamdulillah, ada juga orang yang faham kita disekeliling. :)

Dan pasal Pos Malaysia. Hurm. Dah banyak kali jugak kena macam tu. Nak bayar bil & nak beli setem, kena berurusan di kaunter berbeza. Rasanya boleh disekalikan kut? Tapi, mungkin SOP diorang tak benarkan buat macam tu. Entah la T_T

syida said...

nini/nurbijen/PK,

alhamdulillah..ada masa orang faham, ada masa tidak..tp tu la kan, cabaran membesarkan anak syurga. pahala Allah tu mahal huhu

macamana susah sekalipun, ada yg berkali ganda lebih susah dari kita..so, life goes on. kena latih n ajar abil semampu yg boleh..biar senang bercampur gaul dengan masyarakat insyaAllah

syida said...

Sha, yelah agaknya, ikut SOP kot huhu..apapun, dlm situasi macam akak hari tu...kalau boleh buat urusan lain (pd kaunter yg sama) alangkah bagusnya..

Mummydearie said...

Kalau kita tolong permudahkan urusan orang lain, Insya Allah urusan kita pun dipermudahkan olehNya!

Setahu saya setiap kali nak beli setem kat pejabat pos, beratur jerk tak payah ambil nombor. Tapi saya pun selalu jer pergi ke pejabat pos yang sama jerk! Mungkin kat tempat lain berbeza kot.