Apr 23, 2015

Lajunya!

imej google


Malam tadi,


"Esok dah hari Khamis?" skrip Zarif masa beliau sedang sibuk mengemas buku-buku sekolahnya mengikut jadual.

"Yelahh, dah Khamis..."

"Laaaajuuuunya!" katanya lagi.

"Kann? Minggu lepas, waktu ni, ma tengah dok packing barang-barang adik nak 'camping' kat sekolah...kejap je dah seminggu, rasa macam baru je lagi."

Fuhh, memang laju. Masa yang beredar dengan cepat, tanda-tanda akhir zaman.

Pagi ini, (di dalam kereta)

"Abil, hari ni hari apa?" soalan rutin saya untuk Abil setiap pagi.

Diam.

"Hari ni hari apa Abil?" individu autisme memang selalunya 'pause' sebentar sebelum menjawab sebarang soalan atau memberi respon kepada anda. Jadi, kena bersabar dan beri mereka sedikit masa.

"....." seperti suara berbisik-bisik.

"Hari apa?" saya ulang soalan. Masih bernada lembut, tak boleh main 'terjah'. Nanti dia langsung tak mau jawab. Tak pun, dia akan frust dan langsung jadi moody. Macam kita gak la kan, pagi-pagi dah kena 'petir', harusslahh marah. hehe

"Khamis..." jawab Abil, sayup-sayup je suaranya.

"Yeayyy, betul!" nyaris saya nak lompat bintang sambil memandu. hahaha

Kebetulan saya berhenti di traffic light, terus saya hulurkan sebelah tangan untuk 'hi-5' dengan Abil di belakang. Berseri-seri mukanya. Senyum. Sengihh.

"Sukanya mak!" komen Zarif di sebelah saya.

Ehh, mestilah suka. Hari-hari soalan "hari ni hari apa?" tu ditanya. Dalam 10 kali ditanya, yang dijawab dengan betul, adalah 2-3 kali kot. Jawapan kegemaran Abil; "Hari Selasa." Entah kenapa dengan hari Selasa. Memang hari favourite-nya. Untuk Abil, setiap hari adalah hari Selasa. hehe

Bila Abil berjaya jawab dengan betul, rasa macam dapat duit di pagi hari. hehe

Rezeki dan nikmat saya di pagi Khamis. #Alhamdulillah

Khamis anda bagaimana? :)


Parents who have children with special-needs, 
are always thankful for progress, not perfection. (pinterest)


18 comments:

Aisy Nasiha said...

eh, kebetulan sama inti entry kita hari ni, walaupun kisah lain2...

kegembiraan kita bila anak-anak juga bahagia dan gembira kan... bukan Abil je, aunty sini pun suka bila dah khamis ni, esok jumaat dah,, yey

Mummydearie said...

Nak sep-sep juga!

Kita yang mak budak ni lagilah suka hari Khamis, Syida.... Sebabnya esok Jumaat- selalu rasa macam pergi kerja tapi takda kerja! Pastu lusa dah boleh melenjan dengan anak-anak dan suami. Oh, indahnya dunia walaupun hari berlalu sangatlah pantas!

Aunty ni kan Abil selalu je terlupa hari Rabu. Lompat galah terus ke hari Khamis! Kadang-kadang terus lompat tak berganti-ganti ke hari Jumaat :)

eima said...

hari ni rasa malas nk bekerja .... kah kah kah .....

syok plak dok rumah 2-3 hari lepas

aTieYusof Family said...

Kadang saya pun boleh terlupa hari apa. haha.. bijak abil & zarif...

Salam ukhuwah jg... TQ sudi ke blog sy:)

Puan Kutu said...

hari ni semangat gak keja.pasal esok Lisa sy off..ahead masak kena ptg..syok bley dok terbungkang kt rumah.hahaha..tp nama ja cuti..keja rumah tetap jalan.kita org pompuan ni mana ada istilah cuti ye tak..

nak high 5 jugak dengan abil

azizah green line said...

betul..kejapnya dah khamis kan...

ari ni best sebab gaji..hee

aTieYusof Family said...

Salam singgah Jumaat :)

syida said...

Aisy N/MD/Eima,

nampaknya semua orang pakat2 suka hari khamis,jumaat..hehe

MD, weekend is here! selamat melenjan bersama keluarga ;p

syida said...

atieyusof,
kalo dah sibuk2,kalut2 tu..mmg x ingat dah tarikh apa, hari apa..itu psl saya hari2 tgk kalendar..aktiviti memangkah tarikh mmg dah jd rutin.hehe

syida said...

PK, amacam off day?sempat x membongkangkan diri? hehe
kerja2 rumah ni, sampai kiamat pun x habis huhu..rilek2 aje, mana yg sempat, mana yg larat, kasik pulun! hehe

Azizah GL, komen-mu penuh 'aura' bahagia..maklumlahh dah gajiii hehe

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru? Share catanan2 sekolah atau e-books?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dm files lain dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

KHAIRANI BAHAUDIN said...

Miss you kak Shida... Sory sebab lama tak leave comment.. Tengah mood hibernate. But love reading your story. wish you the best, always. <3

syida said...

khairani, miss u too adik!
thx for reading my blog...akak pun kkdg mood hibernate juga :p

Dunia Zumal said...

Khamis Zumal agak happy sebab Zumal cuti...

hainom OKje said...

Okje kagum dengan awak Syida...tabah, sabar dan sangat redho. Cucu sedara okje ada sorang Autisme...tp dia lagi kesian, tak boleh cakp lagi. Rasanya umur 11 tahun kot

syida said...

DZ, alhamdulillah :)

hainom Okje, awal2 dulu selalu juga hilang sabar..lama2 tu, bila makin banyak ilmu & kesedaran & pengalaman tntg autisme (dgn anak sendiri), barulah pelan2 belajar sabar & redho..semua yg Allah bagi, ada hikmahnya insyaAllah :)

kalau anak2 autisme yg non verbal ni, mmg kita kna lebih bagi perhatian dan peluang, kna ajar cara berkomunikasi selain cara lisan dan kita sendiri kena belajar faham body language & facial expression mereka. Susahh tapi boleh dipraktikkan dengan usaha & doa..

nini said...

Btullll...bila dia mambpu jawab dengan betul...mesti kita sgt terujaa.....kannn

Nurul Shahira said...

Ehem, hari ni dah hari Rabu. Yey :)