May 7, 2015

Cerita Tentang Cookies

Syoknya minggu ni. Cuti panjang hujung minggu lepas, so hari bekerja hanya Selasa, Rabu, Khamis di tempat saya. hoyeahh ;p

Kalau setiap minggu macam ni, best! #dalammimpi 


Hari ni hari Khamis. Asal Khamis je, saya blogging. Asal saya blogging je, hari Khamis. Buat masa ni, macam tu lah rentaknya.  Bak kata rakan blogger saya, "...yang penting, jangan abaikan blog."

Baik bos :)

Ok. Berbalik pada tajuk. 

Semalam, saya dan suami bertungkus lumus menyiapkan lebih kurang 50 mini pek cookies (party pack) untuk sambutan hari lahir kelas kanak-kanak pendidikan khas di sekolah Abil.  Hampir 4 jam juga baru siap, dari mem-baking sehinggalah kepada membungkus dan men-deko.

Bak kata suami, ini baru buat 50 bungkus. Bayangkan macamana kalau buat beribu-ribu bungkus..fuhh!

Penat tapi seronok. Berpeluh-peluh tapi puas hati. Sebab semuanya kami buat sendiri dan kosnya, jauh lebih menjimatkan daripada party pack yang diisi dengan 'jajan-jajan' yang pelbagai. Semuanya homemade, lebih sihat kott. hehe

Semasa melihat saya dan suami menyiapkan party pack untuk kawan-kawan Abil, Zarif mencelah;

"Adik punya nanti, jangan lupa tau! Nak yang macam ni jugak..." sambil tersengih.

Tengok-tengok kalendar pagi ni, tinggal beberapa hari je lagi nak ke 11 haribulan.  Ok dik, don't worry, esok lusa mak ayah membiskut lagi insyaAllah.






psst...kawan-kawan sekitar JB, kalau nak tempah doorgift/goodies/party pack/hadiah hari guru dan yang sewaktu dengannya, bolehlah hubungi 017-8449575.

Jangan lupa 'skodeng' Ig cookies kami: Crunchy Cookies 

Oh ya, bercakap pasal umur dan hari lahir, baru-baru ni saya terbaca fakta menarik tentang usia orang jepun dari fb Dr Hamid Arshat.  Katanya, di sebuah pulau namanya, pulau okinawa ramai penduduknya berumur 90 tahun keatas. Mereka banyak makan ikan dan sea weeds, selain hidup cara mudah dan stress-free. Dalam usia yang lanjut itu juga, orang-orang Jepun di pulau itu masih boleh berkebun. MasyaAllah :)

Jom baca lebih lanjut tentang tips awet muda di SINI.

Selamat hari Jumaat (esok!) ;p



Age is just the number of years, the world has been enjoying you.

(pinterest.com)




9 comments:

Puan Kutu said...

eh nama sy dipetik hari ni.,hehe so ni kira family business la ekk..bagus goodies camni dr jajan tu semua.,lebih sihat untuk kanak2!

eima said...

cara hidup kite yang membuatkan kita sakit dan pendek umur ... wlupun ajal itu ditangan tuhan

syida said...

PK, ala2 petik bintang la pulakk hehe
yeszza mmg party pack sihat hehe doakan biz saya maju ya :)

eima, setuju :)

hainom OKje said...

Patutlah nampak pro doorgift ni, rupanya mmg lama dah dlm bisness ni hihi....seronok kalau En Hubby pun tolong sekalikan Syida.... Kalau buat sorang sorang boring jugak tu

syida said...

Okje,
idokla pro sgt punn..amatur je tu hehe baru start biz ni awal thn ni...
en suami kna tlg sbb kalo sy buat sorg2, jawabnya sampai esok baru habis membungkus bagai :p

Nooriah Abdullah said...

bestnye kalau dekat kaknoor pun nak tempah utk tunang anak tak lama lagi syida

syida said...

alahaii knoor, baca komen knoor ni rasa mcm nak pindah brunei skrang jugakk haha
tp kan knoor, sy ni amatur je..knoor lg otaiii..hasil tgn knoor 10x lbh canggih drpd sy punya ni hihi

Mummydearie said...

Baru nak tanya, ai mamapapa sibuk membiskut? Rupa-rupanya memang buat bisnes. Kalau buat beribu-ribu, haruslah buat kat kilang gitu, Syida ^_^

Nurul Shahira said...

All the best untuk bisnes kak :). esok-esok kalau dah kena produce sampai ribu-riban, itu tandanya dah kena bukak kilang, hehe :)