May 11, 2015

Edisi 11 Mei

Tahun-tahun awal sebagai blogger, saya kerap buat entri dedikasi. Sempena hari lahir.

Sekarang, dah jarang saya menulis entri-entri begitu.  Bukan tak ingat. Bukan tak suka. Malas pun bukan. Tapi sengaja saya 'eksklusifkan' ucapan-ucapan hari lahir dari saya di blog (cewah). Tiada entri dedikasi di blog, tapi selalunya saya ucapkan secara 'live' pada orang-orang tersayang.




Hari ini, bangun dari tidur, semua rutin bersiap dan menyiapkan anak-anak ke sekolah berjalan seperti biasa. Saya kejut Abil. Kemudian, saya kejut Zarif. Rutin Zarif, bila dikejut, dia akan bingkas bangun dan terus memeluk saya. Pelukan rutin biasanya sekadar dua tiga saat sebelum dia dikerah supaya mandi segera. hehe

Pagi ini, sengaja saya biarkan beliau memeluk saya lebih dari 2-3 saat. Sempat saya nyanyikan lagu happy birthday untuknya sambil gelak ketawa dan dia tersengih dengan mata yang masih 80% tertutup.

"Abil, say happy birthday adik!...." saya beritahu Abil.

"Happy. birthday. adik..." ucap Abil dengan gaya robotiknya (nada suaranya pun monotonous saja, seolah-olah tanpa perasaan. Tapi saya tahu, sebenarnya, ia diucap dengan perasaan yang 'penuh'. hehe)

Selepas solat subuh, saya peluk Nurhan Zarif sekali lagi dan saya doakan beliau secara 'live'. Momen yang cukup manis. Moga Allah makbulkan :)

Saya tak mahu menaip panjang-panjang, susahh ada #sindrommakmak ni. Nanti 'mata masuk habuk' ;p

Syukur..syukur..dan syukur, untuk 9 tahun yang Allah pinjamkan bersama Nurhan Zarif. #Alhamdulillah #bliss



Sekian.


Salam Isnin :)


Don't wait for the perfect moment. 
Take the moment and make it perfect.



16 comments:

Nooriah Abdullah said...

Assalamualaikum syahida..
Happy birthday utk Nurhan Zarif yg ke9 tahun semoga menjadi anak yg dpt membahagiakan ibu ya doa ikhlas dari maktok.

Mar Mansor said...

selamat hari ulang tahun buatzarif

Puan Kutu said...

selamat hari lahir buat zarif.anak manja ni bangun tido mesti peluk mama dulu.hehe..semoga jadi anak soleh yg cemerlang dunia akhirat

Ummu Athiyah Ismail said...

hepi befday zarif..nama sama mcm sepupu saya :)

nurbijen said...

Happy birthday Nurhan Zarif..
Semoga jadi anak yang soleh dan membahagiakan mak ayah...
Membayangkan "adegan" pagi tadi , naluri keibuan saya juga tersentuh... Haih, tak tahu nape lately sensitif sgt...

syida said...

knoor, zarif ckp " tq maktok" :)
sy amiinkan doa knoor..

mar mansor, tq! (bg pihak zarif)

syida said...

PK, tk utk doa ..peluk memeluk pagi2 tu namanya #sindromanakbongsu hehe

syida said...

Ummu Athiyah, tk :)
salam ukhwah..

syida said...

nurbijen, amiin..amiin..
sebetulnya, sy sndiri tahan air mata sambil peluk dia pg td..terpaksa kontrol emosi dpn anak2 hehe

Mummydearie said...

Selamat ulangtahun ke-9, Zarif. Moga berterusan jadi anak yang baik selama dipinjamkan Allah buat mamapapa yang ohsem ni ya!

Sindrom mak-mak nikan Syida, kalau takda hari istimewa pun selalu jerk datang menyinggah. Tetiba jerk emo. Tetiba jerk luruh air mata!

syida said...

hahaha MD, itu la psl...mmg hati tisu spesis mak2 ni...thx for the wish & doa..

u r ohsem too! :)

Aisy Nasiha said...

Happy belated birthday buat Nurhan Zarif.. moga sentiasa sihat dab membesar dengan baik..

Saya pun alami sindrom mak2 sejak petang semalam..

Nurul Shahira said...

Saya yang baca pun mata sikit lagi nak masuk habuk :)

May we bless with all the happiness in the world kak :)

nini said...

Hepi besdayyyyy moga jd anak yg soleh yer

Mummydearie said...

Yuuhuu.... mana pi ni lama tak 'kemas rumah'? Dah penuh sawang dah ni, Syida ^_^ Apa khabar awak di selatan nun?

Lenny said...

eh.. saya baca plak mata masuk abuk..