Apr 26, 2016

Berpagi-pagi hari Selasa



3.7km. 3729 langkah. 64 minit.

So far, beginilah rutin saya (tiga kali seminggu). Bawa anak autisme saya, Nurhan Nabil morning walk. Puas juga ajak dia berlari, tapi dia tak nak. Takpelah, berjalan pun ok. Terbakar juga 241 kalori pagi tadi, sebelum kami top up semula kalori baru semasa bersarapan di kedai mamak berdekatan (adoyai).

Emm, kalori keluar, kalori masuk. Ok kot, daripada banyak yang masuk tapi tak ada yang keluar. haha

Saya sejenis yang tak nampak gemuk. Tapi sendiri yang bawak badan, sendiri ingat berapa kg berat dan berapa saiz baju yang muat. Atas kesedaran dan keinsafan itu (hehe), maka saya cuba amalkan rutin ini selain senaman ringan di rumah (pada hari-hari lain bila tak ada sesi morning walk). Alhamdulillah, berjaya juga istiqomah setakat ni (walaupun tak pasti sampai bila, hehe). Saya mahu pastikan usaha saya ni berterusan bukan hangat-hangat awal minggu lepas tu terus suam-suam kuku. huhu

Oh ya, seronok bila berpagi-pagi di taman ni. Udara nyaman, tengok pokok, tengok burung, tengok orang. haha

Tengok orang? ;p

Saya kagum tengok abang kakak, pakcik makcik (kebanyakannya berbangsa cina) yang dah berusia tapi masih cergas berjalan mahupun berlari. Sesetengahnya gigih bertongkat atau berpimpin tangan dengan ahli keluarga. Mereka juga datang awal. Saya sampai di taman jam 7.15, baru nak warm up. Mereka sudah berpeluh-peluh bersenam dan dah berjalan atau berlari beberapa pusingan.

Paling seronok bila ada yang ramah mesra sambil senyum-senyum tegur kita. 

"Good morning!" "Selamat pagi!" 

Ada juga yang datang dengan muka masam atau 'tanpa perasaan' hehe. Masih mengantuk agaknya. Mungkin juga memang air muka mereka begitu. hehe

Ok. Sekarang dah tengahari, jumpa lagi nanti :)


An early morning walk is a blessing for the whole day. 
Henry David Thoreau

1 comment:

Akina Scarves said...
This comment has been removed by a blog administrator.