Aug 4, 2016

Entri keempat 2016!

imej:asktheblogger.com
2016. Entri keempat.

Ogos. Baru 4 entri?! Unfortunately yes. *nanges*

Takde maknanya nak nanges pun. Semua salah sendiri. Virus M banyak sangat. Ditambah faktor line internet kat rumah yg kerap sangat 'terganggu' (udah ku bayar bil tepat masa, pilih pakej yang agak mahal, servisnya 'gitu gitu' juga)..haishh dugaan.

Selain faktor 'tak berapa nak rajin', line internet yang haru biru, blog saya ini juga dah tak ramai pengunjung. Sejak bertukar alamat ke syahidayep.blogspot.com , memang semuanya 'kureng'; page view, komen, semuanya lah. Sengaja saya tukarkan alamat blog (dah lama saya niat nak buat begitu, cuma baru sekarang tergerak hati nak buat). Takpe, agak selesa juga low profile macam ni. hehe (rujuk entri: Kembali?)

So, apa mimpi menulis hari ni?

Saya dapat 'rasakan' ada masih yang baca blog saya ni. haha

Maka dengan itu, saya rasa kena cari juga semangat untuk update blog secara konsisten. Sejujurnya, yang paling buat saya malas update ialah saya perlu edit gambar, watermark dan sebagainya. Cukupp malaaasss. Tambah pulak sekarang dah ada instagram, masuk je gambar, tulis caption (cerita) pepanjangg, settle!

Tak letak gambar, macam tak best la pulak kannn..

Cabaran seterusnya (selain edit gambar), nak cerita apa ni wehh? haha

Bila tak ada cerita baru, mula la saya garu-garu kepala depan skrin komputer. Bila banyak sangat cerita baru pun susah juga, tak tahu nak taip yang mana satu. Fokus syahidaaaa, fokus!

Oklah buat masa ni, saya go with the flow je. Bila rasa nak blogging, saya on terus, walaupun 'merapu' tak tentu hala macam entri hari ni ;p

Oh ya, dah Ogos eh? Lebih kurang sebulan saja lagi, my 18th wedding anniversary. Subhanallah, masyaAllah, 18 tahun!

Lain kalilah ye saya sambung cerita 18 tahun kahwin, nanti makin jauh 'merapu'nya haha

Minta diri dulu. See you when i see u :)

One small positive blog post in the morning, can change the whole day. (google)


1 comment:

Akina Scarves said...


Salam ziarah
Jemput singgah blog saya
akinascarves.blogspot.my

INSYAALLAH bermanfaat :)