Salam Selasa. Jerebu. Malas nak cek IPU. Kekadang dah terasa 'lemas' dan susah bernafas, tapi bila tengok IPU, taklah tinggi mana. Biar betul.
Apa pun, menjelang petang semalam, lepas ambil anak dari sekolah agama, sengaja saya ajak suami ronda-ronda hingga ke tepi laut. Nak tengok sejauh mana tahap jerebu.
Dalam hati, tolonggglah sekolah cuti esok..tolongglaaah. Kalau tak diumumkan cuti, saya dah pasang niat nak 'mencutikan' sendiri anak-anak saya hehe. Jerebu maaa... Tak bagus untuk kesihatan :)
Menjelang maghrib semalam, sah diumumkan cuti untuk sekolah-sekolah di Johor dan Melaka pada hari ini (selasa). Alhamdulillahh...
So. apa aktiviti musim jerebu? Tak tahu lagi. Kami semua baru selesai minum pagi. Dapat cuti sekolah free sempena jerebu memang best. Yang tak best, bila tengok luar, nampak asap tebal dan kabus yang sangat mengganggu dan bikin sesak nafas. haihh..