Apr 26, 2010

Jom Walkathon!

dari google
Walkathon anjuran Persatuan Kanak-kanak Spastik JB. Batuk Abil dan Zarif masih belum reda. Abil juga demam pada malam sebelumnya. Bagaimanapun, melihat TukMi dan TukAyah (ibubapa mertua saya) yang sama-sama bersemangat untuk larian amal ini, saya terus kejut semua anak-anak dan suami .

Acara ini lebih 'happening' daripada Autism Walk anjuran ICSA minggu lalu. Sayangnya, adik-adik saya yang 'happening' tiada bersama.Yang penting niat untuk memberi sokongan tercapai. Oleh kerana anak-anak kurang sihat, kami tidak berjalan kali ni, sekadar terlibat dengan acara senamrobik-nya.SANGAT best! Bukan setakat keluar peluh, stres pun hilang.

Walaupun publisiti untuk acara ini tidak meluas, masih ramai yang hadir memberi sokongan dan sumbangan. Ada wakil dari kelas-kelas pendidikan khas dari beberapa sekolah menengah, wakil-wakil daripada persatuan-persatuan OKU lain dan juga orang awam.

Insaf bila melihat anak-anak dan individu Istimewa.Inisiatif mereka untuk terlibat sama sangat dipuji. Saya 'tabik' pada kegigihan ahli keluarga, khususnya ibubapa serta guru-guru dan penjaga yang mengasuh dan mendidik mereka saban hari.


ok.sekarang boleh layan gambar-gambar.....





3 comments:

keen said...

hahaha..last pic PAPAROM tu plg cute!

prince n princess mum said...

meaningful..

Syahida said...

keen->betol3x :D

prince n princess mum-> thank u for ur comment :-)