May 27, 2010

Darjah 6 yang best!

Saya suka kelas darjah 6 tahun ini. Tahun lepas, muridnya cuma tiga orang. Tahun ni, jumlah pelajarnya meningkat 3x ganda. Alhamdulillah.


Gelagat mereka sentiasa ceria dan menghiburkan. Ada-ada saja lawak spontan.


Minggu lepas, saya buat kuiz sains dan matematik untuk mereka. Bila sebut saja kuiz, memang anak-anak ini cukup teruja dan bersemangat sekali. Pantang disuruh bertanding, memang mereka akan 'berlawan' habis-habisan. Sayangnya tiada hadiah lumayan menanti pemenang.


Learn thru play. Memang sangat berkesan bila buat kuiz. Anak-anak murid tak mengantuk dan letih sepanjang 2 jam belajar.


Untuk memastikan kuiz berjalan dengan adil dan saksama, saya bahagikan mereka sama rata. Setiap kumpulan akan mempunyai 'kekuatan' yang lebih kurang sama. Bilangan pelajar yang cerdas dan agak lambat dicampuradukkan bagi setiap kumpulan.


Jom layan gambar.


Teachers who cannot keep students involved and excited
for several hours in the classroom should not be there.
~ John Roueche



No comments: